Awal Ashaari Jelas Sebab Mengapa Lara Alana Lambat Bercakap

Hiburan

Awal Ashaari Jelas Sebab Mengapa Lara Alana Lambat Bercakap

Keletah Lara Alana anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya cukup memikat hati ramai.

Advertisement

Namun, seperti biasa ada sahaja pihak yang ingin mencari kesalahan ataupun ketidaksempurnaan melibatkan Awal Ashaari dan anaknya itu. Sesetengah pihak yang menonton program Lara Oh Lara mempersoalkan mengapa Lara agak pendiam.

Mengulas mengenai masalah pertututuran Lara, Awal memberitahu anaknya itu yang kini sudah memasuki usia 2 tahun, sedikit keliru kerana penggunaan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Masalah itu ditambah pula dengan dialek berbeza yang digunakan ibu dan ibu mentuanya untuk bermesra dengan Lara.

Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan. Saya cakap Melayu dan Inggeris.

Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa. Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap.

Ada kanak-kanak yang cepat untuk bertutur dan ada yang sebaliknya.Namun, kita janganlah cepat melabelkan mereka mempunyai “masalah lain”. Biarlah Lara mempelajari sesuatu itu perlahan-lahan agar lebih faham.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...