Atikah Suhaime Nafi Berdua-duaan Dalam Rumah Kekasih

Hiburan

Atikah Suhaime Nafi Berdua-duaan Dalam Rumah Kekasih

Nampaknya nama pelakon baharu Atikah Suhaime tidak putus-putus dihimpit dengan kontroversi, selepas beliau dikritik kerana kerap menayang kekasih beliau  di akaun Instagram, kini beliau dikatakan sering berdua-duaan di rumah kekasihnya.

Advertisement

Mengakui ada berkunjung ke rumah kekasihnya itu, Atikah bagaimanapun menafikan bahawa mereka berdua-duaan dan sebenarnya berbuka puasa beramai-ramai bersama rakan mereka.

Biarlah orang nak bercakap apa pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sebenarnya, saya pelik sebab kenapa saya pergi ke rumah kawan-kawan yang lain tetapi tidak ada pula timbul isu. Apabila saya ke rumah teman lelaki saya, nak jadikan isu.

Memang saya ada ke rumahnya malah saya ada muat naik gambar saya sedang memasak untuk berbuka puasa tetapi bukan hanya kami berdua sebaliknya kami berbuka puasa beramai-ramai bersama kawan lain.

Memandangkan beliau seorang diri dan berjauhan dengan keluarga yang berada di Singapura, beliau sudah menjelaskan situasi sebenar kepada keluarga malah mereka tidak terkejut dan meminta agar mereka bersedia menghadapi apa-apa gosip yang menimpa dirinya.

Saya seorang diri di sini jadi saya bertanggungjawab untuk menjaga maruah keluarga saya. Mereka tidak terkejut dengan gosip itu kerana saya sudah memaklumkan kepada mereka untuk bersedia dengan apa-apa gosip.

Kalau tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana gosip dan kontroversi seeloknya jangan memuat naik sesuatu yang boleh mengundang fitnah. Simpanlah kemesraan anda bersama teman lelaki sahaja. Mulut orang ni kita tidak boleh tutup daripada membicarakan sesuatu keburukkan orang lain.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...