Written by Bella | March 20th, 2016

Meskipun sudah mempunyai teman lelaki yang merupakan seorang juruterbang , pelakon MIG Atikah Suhaime memberitahu beliau masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Atikah yang masih lagi baharu dalam industri hiburan ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya dahulu  dan mahu memperbaiki kualiti lakonan beliau. Malah,  teman lelakinya juga turut bersependapat dalam hal berkenaan.

Belum terfikir lagi untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh pasti saya akan maklumkan kepada semua.

Buat masa ini biarlah saya memberi fokus kepada karier terlebih dahulu kerana saya pun masih baharu dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.

Tambah Atikah, perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main-main kerana seseorang itu harus memikul tanggungjawab dari pelbagai aspek.

Kami masih muda dan jauh lagi perjalanan kami. Buat masa ini biarlah kami stabilkan karier terlebih dahulu dan barulah fikir soal kahwin.

Bukan kerana tanggungjawab selepas berkahwin sahaja perlu di ambil kira, tetapi biarlah anda kenal luar dalam pasangan anda itu bagaimana sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Sumber Berita : mStar Online

5 responses to Atikah Suhaime Belum Fikir Soal Kahwin Walaupun Sudah Ada Kekasih Hati

  1. el says:

    MIG production sudah ketandusan pelakon ke, asyek die ni aje yang belakon dalam filem filem MIG sekarang

    0

    0
    • LOLA says:

      hahahaha tahu takpe.. sikit2 atikah ni yang berlakon mcm takde orang lain dah.. skrg tgk david teo mcm tgh angkat sorg lagi artis baru dia.. yang namanya Intan Najuwa tu.. sama2 la tgk power ke tak power hahahahah jangan kayu sudah

      0

      0
  2. Muz says:

    She can’t even act
    Sila bersara

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Ayat cover padahal kekasih yg x nak kawin dgn dia trololol.. kekasih nak main free jek kui3..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Masih baru dlm industri? Engko da bertahun kt malaysia ni Atikah Suhaimie,filem ko semua flop,bcuz? U cant act

    0

    0