Written by AbangNara | September 7th, 2010

astro raya

Kuala Lumpur, 6 September 2010 – Dalam usaha untuk meneruskan kemeriahan tayangan program-program istimewa sempena Syawal pada tahun ini, Astro menghadiahkan dua buah saluran bonus istimewa; RAYAHD dan MUSTIKA RAYA kepada para pelanggan Astro B.yond dan pakej Mustika bermula pada hari Raya pertama untuk masa yang terhad.

Ketua Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Kami di Astro berasa amat berbesar hati untuk memberikan tawaran istimewa ini kepada para pelanggan Astro B.yond dan pakej Mustika bersempena dengan musim perayaan ini sebagai tanda penghargaan kerana telah menyokong perkhidmatan kami selama ini.

astro raya

Para pelanggan Astro B.yond beruntung kerana menerima nilai tambah bagi program-program Raya yang telah dijadualkan melalui saluran-saluran Melayu yang sedia ada seperti Astro RIA, Astro PRIMA, Astro OASIS, Astro WARNA, Astro CITRA dan Astro CERIA.

Ini merupakan kali pertama filem-filem Melayu dan program tempatan dibawakan dalam bentuk definisi tinggi melalui platform Astro.”

Para pelanggan Astro B.yond boleh menonton program-program yang disediakan di dalam saluran RAYAHD (saluran 188) secara percuma. Program-program yang dijangka akan menemui para pelanggan ialah seperti filem Jangan Pandang Belakang, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys, drama mini bersiri lapan episod berjudul ‘10’ dan dua buah konsert iaitu Konsert Separuh Akhir AF8 dan Konsert Akhir AF8. Kesemua program yang telah dijadualkan akan bersiaran dalam bentuk definisi tinggi dan bersiaran dari 9 September hingga 17 September 2010.

astro raya

Siaran definisi tinggi yang ditawarkan melalui perkhidmatan Astro B.yond membolehkan para pelanggan menukar pengalaman menonton TV dengan warna yang lebih cantik, gambar yang lebih jelas dan bunyi sekeliling seperti dalam pawagam.
Untuk pelanggan Astro yang melanggan pakej Mustika, sebuah saluran tambahan iaitu MUSTIKA RAYA (saluran 134) pula akan diberikan secara percuma.

Saluran MUSTIKA RAYA ini akan menayangkan dua buah program muzik hebat yang memaparkan artis-artis besar yang pernah dan sedang menempa nama dalam bidang masing-masing. Para pelanggan pakej Mustika akan dihiburkan dengan rakaman konsert 40 Tahun – Bagaikan Bermimpi dari Esplanade Singapura pada tahun 2009 oleh kumpulan Sweet Charity, pemegang banyak anugerah muzik di sepanjang empat dekad berkecimpung dalam dunia muzik yang juga dikenali sebagai lagenda rock tanahair.

Selain itu, para pelanggan juga akan dihiburkan dengan rakaman karnival muzik yang terbesar di Indonesia iaitu; Karnival Muzik SCTV 2007 dari Jakarta yang dimeriahkan dengan persembahan dari artis-artis terkemuka dari tanah seberang seperti Dewa, Peterpan, Andra Backbone dan Mulan. Saluran MUSTIKA RAYA ini akan bersiaran dari 9 September hingga 22 September 2010.

astro raya

Tawaran terhad hebat ini tidak terhenti di situ apabila semua para pelanggan Astro berpeluang untuk menonton program-program terbaik yang ditawarkan di dalam pakej Mustika melalui saluran prebiu; saluran MUSTIKA BARKER (saluran 130) pada 9 hingga 17 September 2010. Istimewa sempena musim perayaan, program-program yang terdapat dalam saluran ini akan ditayangkan secara penuh.

Di antara program-program menarik yang menanti para pelanggan ialah drama mini bersiri lapan episod dari rangkaian program Suatu Ketika iaitu Tangkal Besi dan Apa Dosaku dari saluran Astro Citra; program-program hebat dari Astro Warna seperti Adnan Sempit the Series, Terkono dan Spontan serta; filem-filem Hindi hebat dari saluran B4U seperti Hum Tumhare Hai Sanam, Major Sahab serta program Hindi tempatan hebat seperti Rentak Bolly dan Wassup Bolly.

Saluran RAYA HD (saluran 188)
• Bersiaran pada 9 – 17 September 2010
• 2 filem: Jangan Pandang Belakang & Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
• 1 drama mini bersiri 8 episod: ‘10’
• 2 buah konsert: Konsert Separuh Akhir AF8 & Konsert Akhir AF8
• Untuk pelanggan HD sahaja

Saluran MUSTIKA RAYA (saluran 134)
• Bersiaran pada 9 – 22 September 2010
• 2 buah konsert: 40 Tahun – Bagaikan Bermimpi & Karnival Muzik SCTV 2007
• Untuk pelanggan pakej Mustika sahaja

Saluran MUSTIKA BARKER (saluran 130)
• Bersiaran pada 9 – 17 September 2010
• Astro Citra: Tangkal besi & Apa Dosaku
• Astro Warna: Adnan Sempit The Series & Terkono
• B4U: Hum Tumhare Hai Sanam, Major Sahab, Rentak Bolly & Wassup Bolly
• Untuk semua pelanggan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Astro Sediakan 2 Saluran Bonus Sempena Hari Raya Ini

  1. budakbaik says:

    banyak plak channel2 astro neh

    tapi…aku nak chenel v balik!!!!

    p/s yea 1st ….hahahahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. emilda says:

    suke dpt 1st ehh???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. aries_april says:

    alah…letak la citer box offc…
    bru best..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. Miss Poco says:

    kalau raya beh bek isi program2 yg berunsurkan agama sket…cth : mengaji, nasyid raya dsb…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. budakbaik says:

    kalau tau boring apa lagi…

    pegila beraya..

    takkan tercongok kat depan tv jer hihihi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. budakbaik says:

    kalau tau boring and nntah hapa-hapa lagi…

    pegila beraya..

    takkan tercongok kat depan tv jer hihihi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. zzz says:

    sambutan raya di malaysia penuh dengan hiburan dan makanan .Nak tau tak lepas raya ramai yang masuk wad .. sebab dah langgar pantang makan ..Yang di jalan raya pula berlanggar sesama sendiri .Betapa hebatnya raya kita ..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. kipoci says:

    saluran Hd tp ulang cita lame ape kes…!!..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. Aza says:

    Woot! besarnyer gambar Amitabh Bachchan – btw full schedule utk saluran2 lain kat sini yea http://www.astro.com.my/raya2010/

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. ihateindons says:

    Ni apahal ada show karnival music Indon nih? Astro ni mmg besar punya c****ka. Indon dok sebok boikot kita pastu kita pulak terhegeh hegeh tayang show dia. Baguslah. Pasni negara lain pulak pijak kepala malaysia. Diorang tau kalau buat taik ngan malaysia tak kan ada kesan negatif.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. […] Astro Sediakan 2 Saluran Bonus Sempena Hari Raya Ini (13) […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. Vennie Ngo says:

    Wow, this was a really quality post. In theory I’d like to write like this too – taking time and real effort to make a good article… but what can I say… I procrastinate a lot and never seem to get something done.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. I thought it was going to be some boring old post, but it really compensated for my time. I will post a link to this page on my blog. I am sure my visitors will find that very useful.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. New Balance says:

    The following is unquestionably proper and nothing at all improper with earning from a website link establishing and submitting a comment into blog site, you’ve to decide to comment on the do go along with backlinks.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0