Astro On The Go Explorer Memang Meriah!!!

Hiburan

Astro On The Go Explorer Memang Meriah!!!

Hari Sabtu yang lepas, Abang Nara telah pergi ke Sunway Pyramid. Buat untuk jalan-jalan windows shopping, tetapi untuk menghadiri event Astro On The Go Explorer yang pernah Abang Nara ceritakan di sini dahulu.

aotg

Advertisement

Sampai-sampai sahaja, Abang Nara lihat lebih kurang 50 orang blogger sedang bersiap-sedia untuk memulakan penggembaraan mereka bersama Astro On The Go. Semuanya tengah setting iPad masing-masing. Muka masing-masing nampak teruja dan tak sabar nak menang hadiah-hadiah yang awesome .

aotg

Blogger-blogger ini akan bergerak secara 2 orang dalam satu kumpulan. Jadi ada lebih kurang 25 kumpulan. Niat di hati memang Abang Nara nak join sekali tapi kuota dah penuh pulak. Terasa rugi gila kerana hadiah yang ditawarkan ialah Samsung Galaxy S4, iPad Mini, wang tunai dan banyak lagi. Jeles Abang Nara dibuatnya!!!

aotg

Setelah selesai membincangkan strategi masing-masing. setiap pasukan dengan muka tak sabarnya memulakan pengembaraan Astro On The Go Explorer mereka. Tugasan mereka amat mudah. Menggunakan iPad yang diberi, mereka perlu membaca hint yang diberikan dan meneka check point. Di check point tersebut, kena jawab soalan dan lakukan apa yang diarahkan di dalam iPad itu. Senang je kan?
aotgTugasan Abang Nara lagilah mudah. Abang Nara kena duduk di satu check point dan bantu/buat kacau kepada pasukan-pasukan yang datang ke situ . Check point Abang Nara di Toys R Us. Ada patung Spiderman yang bersesuaian dengan tema kanak-kanak. Comel tak Abang Nara posing kat atas tue?

aotg

Bukan Abang Nara seorang je yang kena posing meniru gaya Spiderman di check point ini. Kesemua blogger yang terlibat pun kena buat. Itu syarat untuk lulus dan pergi ke check point seterusnya. Abang Nara respek dengan kesemua peserta. Diorang memang sporting, sempoi dan cekap. Sekejap je dah setel buat apa yang diperlukan di check point ini.

aotg

Lebih kurang 2 jam juga kesemua blogger ini bertarung melengkapkan arahan yang diberikan menerusi iPad masing-masing. Memang penat berlari ke sana ke mari tetapi muka masing-masing nampak sangat enjoy. Senang cerita, event Astro On The Go Explorer ini lebih kurang macam treasure hunt lah. Memang kalah belakang cerita, yang penting semua orang have fun.

aotg

Selesai menjaga check point, Abang Nara kembali ke pentas Astro On The Go Explorer ini. Terkejut beruk dibuatnya. Tiba-tiba ramai orang memenuhi kawasan tersebut. Kesemuanya tengah menunggu persembahan-persembahan menarik yang bakal berlangsung. Suara jeritan daripada penonton mula kedengaran apabila flashmob lagu Gentleman dimulakan.

aotg

Tamat sahaja tarian bertenaga ini, muncul seorang lelaki kacak yang melakonkan kembali babak daripada drama Jodoh. Awek-awek yang hadir hampir kesemuanya cair melihat kehenseman si jejaka.

aotg

Aksi romantik yang berlaku di antara si jejaka dan seorang wanita ternyata meruntun jiwa penonton. Namun kesedihan itu hanya sekejap sahaja kerana tidak lama kemudian Johan Raja Lawak muncul menggamatkan suasana. Memang first class lawak-lawak yang dibuat oleh Johan. Pecah perut Abang Nara.

aotg

Tidak lama selepas itu, Altimet muncul bersama Ila Damia untuk menggamatkan lagi suasana. Mereka berdua berduet menyanyikan lagu tema drama Oh My English. Makin seronok apabila penonton turut sama menyanyi bersama-sama. Terbukti drama Oh My English sangat kuat penangannya.
aotg

Sambil Altimet dan Ila Damia mendendangkan lagu, suasana menjadi semakin gamat apabila pelakon-pelakon Oh My English memunculkan diri mereka. Seorang demi seorang keluar dengan pakaian sekolah. Abang Nara pun turut teruja kerana sebenarnya Abang Nara memang minat dengan Oh My English ini.

aotg

Dan saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Aaron Aziz akhirnya keluar diiringi jeritan yang amat kuat. Hebat betul penangan Aaron Aziz. Pasti populariti Aaron semakin bertambah apabila membawa watak cikgu Malik di dalam Oh My English. Setiap kali Aaron Aziz bercakap, suasana bertambah gamat dengan sorakan gadis-gadis yang meminati pelakon kacak ini.

aotg

Selesai sahaja kemunculan Aaron Aziz, pengumuman pemenang Astro On The Go Explorer pun bermula. Korang tengok tue betapa gembiranya si jejaka dan si gadis kerana berjaya membawa pulang iPad mini dan wang tunai RM500. Diorang berdua ini merupakan pen”tweet” terbanyak menggunakan hashtag #AstroOTGExplorer sebanyak event ini berlangsung. Argh ~~~ Abang Nara tak tahu ada hadiah kategori ini kalau tak confirm Abang Nara yang menang punya.

aotg

Dan inilah muka mereka yang bertuah berjaya memenangi tempat ketiga sehingga tempat pertama event Astro On The Go Explorer ini. Lihatlah betapa gembiranya mereka. Tersenyum lebar kesemuanya. Mana taknya, hadiah semua best-best. Jutaan tahniah abang Nara ucapkan. Ini semua hasil usaha keras anda.

aotg

Diharap Astro akan menganjurkan lagi event Astro On The Go Explorer ini tahun hadapan. Abang Nara confirm akan masuk. Teammate Abang Nara tak lain tak bukan akak Redmummy. Kitoarang dah siap bincang strategi untuk menang tahun depan. Korang pun layarilah www.astroonthego.com untuk mengetahui pertandingan seumpama ini di masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...