Written by AbangNara | March 3rd, 2012

ASTRO sekali lagi dengan bangganya melancarkan dua (2) buah saluran definisi tinggi (HD) baru pada 1 Mac 2012, iaitu KIX HD (saluran 729, ASTRO), sebuah saluran yang dipenuhi aksi-aksi terhebat merangkumi pertandingan seni pertahanan diri campuran ‘mixed martial arts’ (MMA), pelbagai rancangan realiti dan siri TV, serta tayangan filem lewat malam yang mengujakan dan Celestial Movies HD (saluran 309, ASTRO), sebuah saluran filem berbahasa Cina bertaraf dunia yang menawarkan filem-filem Cina blokbuster terkini dan filem-filem hit Asia secara eksklusif dan pertama di Malaysia. Melalui penambahan saluran-saluran KIX HD dan Celestial Movies HD ini, maka pelanggan ASTRO B.yond HD akan dapat menikmati 18 buah saluran HD keseluruhannya kini.

astro hd

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran KIX HD dan Celestial Movies HD di pelantar ASTRO B.yond HD. Melalui penambahan dua buah saluran ini, pelanggan boleh terus menikmati pelbagai kandungan yang bermutu dalam bentuk HD dan kami bakal melancarkan lebih banyak lagi saluran HD di masa akan datang,” kata Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi ASTRO.

astro hd

KIX HD akan bersiaran berpaksikan tema , ‘Aksi di Siang Hari, Suspen di Kala Malam’ dalam bentuk definisi tinggi. Pada bulan Mac ini, bersedialah untuk pengalaman yang menyeronokkan dengan menonton KIX HD yang menyajikan paparan pelbagai rancangan terhebat bertemakan aksi, seram serta mendebarkan dalam HD. KIX HD akan menyiarkan beraneka macam rancangan TV yang akan membuatkan adrenalin para penonton berderau seperti A Yaksha, sebuah siri (12 episod) drama aksi epik era Joseon di zaman purba Korea, yang telah mendapat penilaian tertinggi di sana. Nantikan juga siri kejohanan seni mempertahankan diri ekstrem, iaitu DREAM 2012, sebuah program tahunan MMA wajib tonton yang dipentaskan di Saitama, Jepun yang memaparkan lagenda Fedor Emelianenko menentang bintang sukan angkat berat Satoshi Ishii. Bukan itu sahaja, para pencinta filem juga boleh menantikan filem-filem seram dan juga aksi lasak antarabangsa yang akan membuatkan anda terpaku di tempat duduk masing-masing.
astro hd

Di saluran Celestial Movies HD pula, pelanggan ASTRO B.yond HD akan dapat menikmati filem-filem blokbuster Cina dari Hong Kong, China, dan Taiwan serta produk-produk hit Asia lain dalam bentuk HD. Celestial Movies HD juga akan menampilkan program-program menarik di belakang tabir serta perkembangan berita dunia hiburan terkini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton tayangan perdana esklusif filem-filem blokbuster Cina di Celestial Movies HD antaranya The Sorcerer and The White Snake, Overheard 2, 1911, A Beautiful Life, My Kingdom dan Virtual Recall. Semua pelanggan ASTRO B.yond HD akan berpeluang untuk menonton Celestial Movies HD untuk suatu tempoh yang terhad, apabila saluran ini hanya akan dapat ditontoni oleh pelanggan New Emperor Pack kemudiannya selepas tamat tempoh itu.

astro hd

Kini, ASTRO B.yond HD menawarkan 18 buah saluran HD dan penonton boleh terus menikmati pengalaman HD yang tiada tolok bandingannya dengan pilihan program dari sekitar rantau ini dan antarabangsa, hanya dengan ASTRO B.yond HD. Saluran-saluran ini termasuk ONE HD, ASTRO Lifestyle HD (Food Network Asia HD & Li HD), AXN Beyond HD, AXN HD, HBO HD, Fox Movies Premium HD, FX HD, StarWorld HD, Sundance Channel HD, Discovery HD World, National Geographic HD,History HD, Astro Supersport HD & HD 2, ESPN HD, ASTRO Zhi Zun HD serta KIX HD dan Celestial Movies HD yang baru dilancarkan.
astro hd

Sementara itu, bermula 1 Mac 2012, semua pelanggan ASTRO akan dapat menikmati ESPNews (saluran 818, ASTRO). Para peminat sukan yang melanggani ASTRO Family Pek turut dapat mengikuti perkembangan terkini dunia sukan melalui ESPNews; saluran yang memberikan perkembangan terbaru dunia sukan 24 jam sehari.

astro hd

Untuk keterangan lanjut dan cara-cara untuk mendapatkan ASTRO B.YOND HD dan untuk pengalaman menonton definisi tinggi yang tiada bandingan, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my/byond untuk keterangan lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Astro Melancarkan 2 Saluran Definisi Tinggi Baru – Kix HD Dan Celestial Movies HD

  1. Lagubestbest says:

    Ah, channel banyak tapi selalu ‘takde cerita’.

    0

    0
    • . says:

      diam lah ko !!

      0

      0
      • Lagubestbest says:

        oh lagi satu, channel hd kat astro sekarang ada tempel logo channel terlampau BESAR, semak ah, orang nk tgok citer, bukan tengok logo channel.

        0

        0
      • bad says:

        hd la mcm mana pon aku bet ramai tgk cenel biasa sbb xde SUBS… HD tp xde SUBS sia2 jugak

        0

        0
      • Only CT (In The World) says:

        Setuju2 dah x de subtitle….lagi satu Fox tu kenapalah x de subtitle lepas tu alih bahasa, buruk sgt drama2 kt Fox suara dia…hilang selera nk tgk Criminal Minds dgn Bones

        0

        0
  2. Tapak Kaki says:

    Kalau hashshedi skali pong, tp xda subtitles pong x guno estero oi. aku ni mwakili org yg x brapa pandai dalam bhaso ogang putih neh. harap maklum yee..

    0

    0
  3. aaaaaaaaaaaaaaaaaaa says:

    astro ohh astro…tmbh channel je la keje nye,pastu naik kan bil skit2..wtf !!

    0

    0
  4. KakLong says:

    Tambahla chanel byk mana pun,kalo ujan takleh tgk tak guna gak..
    caj kemain mahal, tp teknologi kuno…
    hampeh!!!!

    0

    0
  5. huhu says:

    kesah aku~
    xde astro kt rumah pon aku leh hidop la~

    0

    0
  6. […] ASTRO sekali lagi dengan bangganya melancarkan dua (2) buah saluran definisi tinggi (HD) baru pada 1 Mac 2012, iaitu KIX HD (saluran 729, ASTRO), sebuah saluran yang dipenuhi aksi-aksi terhebat merangkumi pertandingan seni pertahanan diri campuran ‘mixed martial arts’ (MMA), … Continue reading → […]

    0

    0
  7. pueiii says:

    skit2 GILA2 PENGANTIN POPULAR, LAGENDA BDK SETAN, PAPADOM, ulang sampai mati..Astro KEBAL undang2

    0

    0
    • pizza says:

      Rajin2 la gugel tgk share holder dia sapa. Baru kau tau pasal apa dia kebal, service hampeh time ujan tapi masih kena bayar bil mcm biasa.

      0

      0
  8. Ade error @ bugs ms view guna firefox.sila check says:

    Content Encoding Error

    The page you are trying to view cannot be shown because it uses an invalid or unsupported form of compression.

    *Please contact the website owners to inform them of this problem.

    0

    0
  9. cikgu bedah says:

    mana pegi B4U? gi letak channel bella wat pe? dh muntah tgk citer latin kat tv3

    0

    0
  10. setia astro beyond HD+PVR says:

    Kecian, pasal astro pun mengamok.. Potong jew la, law xpuas ati.. Abis citer.. Ramai agi yg berminat kat luar sana.. Njoi pun dah ada.. Xlama agi byk la siaran kat Njoi tu nanti.. Haxhax.. Sy masih setia kat astro superpack1.. Haha

    0

    0