Astro Buka Semua Saluran Sebagai Tanda Penghargaan

Hiburan

Astro Buka Semua Saluran Sebagai Tanda Penghargaan

Baru-baru ini pelanggan Astro telah mengalami masalah untuk menonton saluran yang dilanggani kerana terdapat gangguan perkhidmatan. Berdasarkan penerangan di Facebook Astro, gangguan itu berpunca daripada kebakaran di premis Astro di Bukit Jalil. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya yang bersabar sepanjang gangguan perkhidmatan tersebut, Astro akan membuka kesemua saluran bermula daripada 6 petang, 29 Ogos (Jumaat) ini.
astroKesemua saluran kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports akan dibuka untuk tontonan pelanggan Astro sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. Berikut ialah petikan penjelasan yang diambil daripada Facebook Astro:-

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

Advertisement

astro

Maka hujung minggu inilah marilah kita bersantai sambil menonton Astro beramai-ramai di rumah sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti luar. Maklumat lanjut boleh layari www.astro.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...