Written by serenity | November 6th, 2011

Khabar yang bertiup tentang Ash, 28, peneraju kumpulan Gabba Gabba bercadang untuk menikah hujung tahun ini dengan pelakon Sherie Merlis, 39, diakui sendiri oleh empunya diri yang sebelum ini memberikan bayangan di Twitter miliknya. Kosmo melaporkan yang Ash mengakuinya untuk mengelakkan khabar angin.

Insya-Allah bulan Disember ini, tetapi saya tidak boleh beri tarikh yang khusus. Kita hanya merancang. Kami sudah melalui proses merisik tetapi tidak bertunang. Kami sedang menuju ke arah yang dituntut agama.

Saya berkenalan dengan Sherie kerana kerja. Saya terlibat sebagai pengarah muzik dan dia berlakon dalam drama bersiri tersebut. Tapi jujurnya, saya masih tidak ada tarikh dan tidak buat persediaan. Ini kerja Tuhan.

Sherie ada nilai-nilai menghormati saya sebagai seorang lelaki. Seperti apa yang ditulis dalam buku agama, seperti seorang Fatimah menghormati Saidina Ali. Saya rasa dia ialah orangnya. Dia wanita paling baik saya pernah jumpa dalam hidup dan doa saya termakbul.

Saya tidak mencari atau membuat perancangan. Ini adalah pertemuan yang diatur oleh Allah. Jujurnya, saya tidak mencari pengganti dan dia bukanlah pengganti. Sherie adalah anugerah Allah kepada saya.

Gaya percakapan Ash yang juga bekas suami Dira Abu Zahar kali ini banyak ke arah keagamaan memberikan bayangan yang dia sudah berubah. Katanya ia bemula sejak dia mengikuti kelas agama dengan ahli kumpulan Al-Mawlid, Amer Munawer:

Kehidupan saya sekarang tenang kerana Allah Taala. Saya belajar agama bersama Amer. Sudah ditakdirkan pertemuan saya dengan Amer sewaktu saya bertindak menyusun lagu untuk EP Amer yang mengandungi dua buah lagu, Seluruh Mahabbah dan Maha Suci Allah. Itu adalah projek pertama saya selepas bercerai dahulu.

Syukur saya dipertemukan juga dengan Amer, dia orang yang betul. Saya rasa perubahan diri saya. Lebih sayangkan Rasul Allah. Makin faham kehidupan dan ada tujuan dalam perjalanan ini. Saya juga boleh mengenal manusia yang jujur dan tidak.

Kami mengucapkan tahniah dan semoga perubahan ini akan membawa Ash dan Sherie kepada kehidupan yang lebih bahagia.

Baca Yang Ini Pulak:-

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Ash Akui Bakal Bernikah dengan Sherie Merlis

  1. ADINDA says:

    Alhamdulillah , Allah membuka pintu anda untuk berubah.Saya salute kepada artis yang ingin berubah..berubah ke arah kebaikan..

    tahniah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 31 Thumb down 1
    • macho says:

      Alhamdullilah..skarang dh rmai artis berubah..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
    • along says:

      alhamdulillah…. sherie merlis berhak dapatkan yg terbaik. terharu dulu dgr cerita dr norlia ghani yg mengatakan waktu dia sakit dulu terkena buatan org dulu, sherie merlis ni lah yg jaga dia, basuh berak kencing dia…Yelah, waktu tu kan sherie tgh couple dgn rusdi ramli. Bukan senang nk dpt bakal menantu cam sherie merlis ni, zaman sekarang ni anak sendiri pun kdg2 takdak mau nya basuh berak kencing mak bapak sendiri, apatah lg ini bakal menantu. Sebab tulah sampai sekarang norlia ramli masih sayang dgn sherie, tp apa nk buat jodoh takde dgn rusdi ramli. Mgkin ini yg terbaik unt terbaik unt mereka, sesungguhnya Allah akan kurniakan wanita yg baik itu dgn lelaki yg baik juga, insyaAllah…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 64 Thumb down 0
      • ashraf says:

        Asal nak cari bini kena tgk rupa ekk……ni kalo rupa cantek perangai mcm apa xcantek gak beb…..bagi aku org yg kita tgk xcantik bila perangai bgos nampak cntik beribu kali ganda dari org yg nampak cantek tapi perngai hampeh…

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  2. rai says:

    harap2 lepas ni boleh ler ubah cara pemakaian bakal isteri ye…hehehe
    sekadar pendapat…
    bagus dah komen gni…suka….byk betul ke arah keagamaan….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 1
  3. [...] Here : Beautiful Nara Tags: Akui, bakal, bernikah, Dengan, Merlis, [...]

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  4. Gabal says:

    Sape nih? hmm…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  5. meeradiana says:

    congrate to my aunty..
    hopefully kekal hingga hujung nyawa..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 1
  6. Kingdom says:

    Congrats! Dah mcm ashton kutcher dgn demi moore..pape pn all da best bro.semoga kekal hingga akhir hayat.insyaAllah..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  7. shushu says:

    alhmdulillah kalau mcm tu…kak sherry pun berubahla sama tau…jgn la smoking2 lg..huhuhu

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
  8. Princess says:

    alhamdulilah dh byk artis2 kita berubah ke arah jln yg baik…mungkin kita dh semakin hmpir ke penghujung… Allah berhak nak beri hidayah kpda sapa2 pn kan….

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  9. ex-mrsm kuantan says:

    err.. sherie merlis anak sabah ni bukan umur dia 42 tahun ke sekarang?
    masa tahun 1985, dia form 4 di MRSM Kuantan dulu.
    dia cantik.. perangai pun bagus.. jodoh tak mengira usia..
    semoga jodoh berkekalan hendaknya..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  10. MIAZARRA says:

    ALHAMDULLILAH……cinta tk mengenal usia….ajal,maut,jodoh dan pertemuan telah ditentukkan olehnya….kita hanya mampu merancang allah jua yg menentukkan…yg baik dtg darinya yg buruk dari kita…..
    semoga dipermudahkan segala urusannya….amin.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  11. lailatarabas says:

    apepon, sama2 kita mendoakan agar jodoh diaorang berpanjangan sehingga ke hujung nyawa..insyaAllah, AMIN!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  12. Reena says:

    Tetua pun tp Sherie Merlis ni still cantik..dia pun takde bikin kecoh (kalo ada, tak hengat pulak)..gosip sana sini. Xpe la Ash, kalau dah jodoh tu kawin jer lah..at least SM ni ok sket drpd awek yg memula dulu ko kepit.. alhamdulillah gak ko dah berubah..teruskan ke arah kebaikan.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  13. elena says:

    syukur….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  14. jul rahman says:

    alhamdulillah… Sherie ni org sarawak, cantik manis orgnya…semoga jodoh berpanjangan kekal higga hujung nyawa…Amin

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  15. lolok says:

    Sherie ni bekas tunang rusdi…apa tah anak pelakon popular veteran gak tak ingat nama.tapi dia dah kawen da sekarang kan??dorang tuang lama tapi apa leh buat.harap Sherie cepat ya kawin cantik dia ni :)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  16. kak bee says:

    akak suka dia ni…bab isap rokok tu tak kira le…klau dh mengharung dugaan cam dia usahkn rokok…dadah pun org amek.alhamdulilah….moga kali ini ok je…..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1