Written by Bella | June 2nd, 2016

Sekitar tahun lepas, penyanyi Asfan Shah yang pernah popular dengan lagu Terhenti Disini telah ditumbuk oleh adik iparnya yang merupakan seorang pelakon iaitu Bil Azali.

Menurut beberapa sumber, Bil tidak berpuas hati dengan cara Asfan yang tidak menjaga hati kakaknya itu dengan baik dan masih berlagak seperti orang bujang meskipun sudah berkahwin.

Malah, Bil mengakui beliau mempunyai segala bukti yang menunjukkan Asfan mengabaikan isteri dan anak-anaknya.

Terbaru, Asfan memberitahu hubungan beliau dengan Bil sudah kembali jernih dan mereka tidak lagi membangkitkan isu pergaduhan tersebut demi menjaga aib kedua-dua pihak.

Tiada lagi isu dengan Bil berkaitan perkara itu. Hubungan kami kembali akrab dan tiada apa yang perlu diungkit lagi.

Didalam hubungan kekeluargaan, kadang-kadang akan timbul salah faham juga. Ada sebab mengapa insiden antara Asfan dan Bil bergaduh, apa perkara sebenar disebalik semua yang berlaku hanya mereka yang tahu dan baguslah kalau mereka sudah berdamai. Tak best kalau lama bermasam muka dengan ahli keluarga lama-lama.

Sumber Berita : Harian Metro

4 responses to Asfan Shah Sudah Berbaik Dengan Bil Azali

  1. melati says:

    Sian ..sonyap, biar saya yg bersuara .”..KOMEN..”..wakaakakakakakakaka

    0

    0
  2. siapa dia ni says:

    saya pun nak bersuara jugak lah. hmmm sape dia ni ? krikkrik.

    0

    0
  3. someone says:

    baguslah dah berbaik.. lagipun tengok ig asfanshah dengan wife dia pun nampak bahagia je skrang.. ada hikmah kot apa yg jadi sblm ni.
    btw, asfan shah ni berbakat.. lagu2 dia semua best..
    cuma dia tak popular sgt..
    hopefully, one day nnti, ada lagu yg boleh menaikkan nama dia..
    ke kalau dah kawin mmg susah nk popular? kikikiki..
    btw, aku akan terus support kau bro!

    0

    0
  4. tarabas says:

    bil api da bayar, bil air da bayar, bil astro dah..
    errrr bil azali ni bil apa plak ni..

    0

    0