Written by AbangNara | February 28th, 2017

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ary Malik yang telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.17 malam tadi. Berita sedih ini telah disampaikan oleh suami Ary Malik sendiri iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin. Sebelum ini Ary Malik telah dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat dan berada di dalam keadaan kritikal.

ary malik meninggal dunia
Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu. Ary sudah mengesan penyakitnya itu sejak hampir setahun lalu, dan pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Doktor sebelum ini turut mengesyaki barah yang dihidap Ary merebak ke bahagian kepala.
ary malik meninggal duniaSemoga Ary Malik ditempatkan di kalangan orang yang beriman dah rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

48 responses to (AL-FATIHAH)Ary Malik Meninggal Dunia

  1. ctz says:

    Al fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat

    10

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Innalillahi Wainna Ilaihirajiun..
      Setiap yang hidup pasti akan mati…
      Cepat atau lambat… bersedia atau tak…
      Bila tiba sakaratul maut… takkan terlewat walau sesaat.

      17

      0
  2. Anonymous says:

    “INNA LILLAHI WAH INNA ILAIHI RAAJI’OON” May Allah bless Ary Malik the Jannat

    5

    0
  3. Mat Terengganu Che Hafiz says:

    Al-Fatihah.
    Bang Nara ko dah x der gambar lain ke nak letak ?

    18

    0
    • Anonymous says:

      nak letak gambar mana?
      gambar bertudung?
      mana nak carik?
      ish kau ni. otak sempit ke?

      13

      1
    • Fidot says:

      Baik ltk pic masa dia pakai topi master chef tu, xla nmpk rambut. Nara, ko ni mmg suka menambah dosa berkoyan2 ke???

      2

      5
      • Anonymous says:

        apa kolot sgt pemikiran korg. aku bukan jahil sgt. cuma boleh tak otak korg bersih sket. kita tak tahu keadaan dia, mana tahu sebelum dia meninggal, dia dah bertaubat dan allah terima taubat dia. korg tak payah marah abg nara, korg ingat dia xkede keje ke.

        mungkin abg nara main random pilih gmbar. niat abg nara utk menunjukkan mana satu ary malik. kot2 ada org terlupa muka dia.

        klu korg ni baik sgt,,xde nye masuk2 keje terus bkk blog artis. hahaha

        34

        0
    • sakit mata says:

      Utusan pun guna gambar sama dik oiii..Nara ni ambk dari situ…tak yah nak cerewet sangat laaa…

      5

      1
  4. Anonymous says:

    Innalillahirojiun…smoga roh nye di tmpt kn org2 yg beriman..

    6

    0
  5. melati says:

    Al Fatihah …sepatutnya Nabil…..

    0

    36
  6. Ohyeah.. says:

    AlFatihah
    Salam takziah kepada keluarganya
    Semoga mereka tabah menghadapi masa masa sukar ini

    5

    0
  7. sentap says:

    nara ooiiii…blurkan la rambut & leher..lengan ketiak dia…menambah dosa arwah je…hrp fmly dia pun tutup akaun IG dia…byk sgt gmbr seksi…kesian arwah..

    A-fatihah…semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman…amin

    7

    7
    • Anonymous says:

      tak perlu lah awak bgtahu suruh tutup akaun ig sebab banyak gambar seksi. tu dosa dia dgn tuhan. mana tahu sebelum dia meninggal, dia sempat bertaubat dan allah terima taubat dia.

      dan satu lagi, tak perlu suruh nara blurkan segala nya sebab xde saipa kecoh mcm kau melainkan diri kau sendiri. org tu dah meninggal, apa kata sebut innalilah sahaja. tak perlu cakap benda yg tak perlu

      15

      1
  8. Anonymous says:

    semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama golongan org yang beriman…arwah sentiasa senyum sahaja..seorang yg ceria…Al-fatihah

    6

    0
  9. NoName says:

    Good bye Ary… You will be missed..
    Pengacara yang terbaik di zaman remaja ku..
    B strong Ary’s family.

    14

    0
  10. Hsa says:

    Al Fatihah …semoga ditempatkan dikalangan org yang beriman..

    2

    0
  11. Sabahbilang says:

    Semoga arwah d tempatkan d kalangan org2 yg beriman.. Semoga fmly,husband ank2 arwah sabar,tabah pemergian arwah..

    1

    1
  12. nasha says:

    pendapat tentang Nampak rambut tu betul. dosa atau dia dah minta ampun kita mmg tak tahu tp kita tak seharusnya sebarkan. sebab bila kita sebarkan, kita dosa. apa pun, arwah seorg yg baik. ALFATIHAH

    10

    0
    • misha says:

      susah nak puaskan hati semua orang. dah memang arwah free hair, mana nak carik gmbar arwah yg bertudung. ye.Arwah memang seorang yang baik dan ceria. alfatihah

      3

      1
    • Anonymous says:

      Betul. Setuju. Banyak dah kes, makcik makcik inform kat orang ramai supaya jaga account social media jangan tayang gambar seksi dedah aurat. Anak perempuan dia meninggal muda. Muda sangat lagi, belasan tahun. Kebetulan anak dia freehair. Lepas meninggal, berhari hari mak dia mimpi arwah anak mintak mak dia tolong padamkan gambar gambar dia kat facebook (masa tu zaman facebook lagi).
      Sebab dalam tu banyak gambar arwah freehair.

      Sekarang dah ada setting untuk orang dikenali boleh padamkan account FB si mati. Senang sikit kerja. Nak lagi senang, tinggalkan email/username/password kita kat mana mana yg kita rasa bila kita ‘dah takda’ family kita akan jumpa tempat tu.

      Maybe ada yang kata aku reka cerita. Sebab zaman sekarang boleh nampak orang tak pentingkan aurat dah. Islam akan kembali pada asalnya bila kiamat makin hampir, iaitu islam dianggap agama asing, umat Islam ditindas dan dianggap pelik. Bertudung jadi pelik, menutup aurat pun dianggap kuno one fine day.

      Aku just inform apa aku tahu je. Maaf kalau ada yg tersinggung. Bukan nak bajet baik. Kalau baik sangat, aku pun tak masuk blog gossip. Kalau kita tahu sesuatu ilmu tu, tapi kita tak tegur bila org buat salah. Kat akhirat nanti kita akan dipersalahkan, kenapa tak menegur. Sebab kat akhirat nanti masing masing nak lepaskan diri.

      2

      0
  13. Anonymous says:

    Al-Fatihah.. kita yang masih hidup ni kena beringat kematian bila-bila masa je. jadi untuk elakkan gambar dan aib kita disebarkan, kena pastikan kita sentiasa tutup aurat . kite belum tentu sempat bertaubat.

    1

    4
  14. sapesapeje says:

    anonymous ni nara ke ? setiap kali org marah nara mesti dia back up . betul ape yg mereka cakap kita seharusnya menjaga aurat org yg telah meninggal . yang duk sebar lagi gambar aurat tu dah kenapa ? sibuk nak kejar berita xde masa nak blur segala . lagi satu tlg delete post pasal gambar bini hang tu nara . rimas tgk . org nak tgk artis bukan nak tgk bini hang .

    3

    4
    • fifizafa says:

      susah kalau org kampung.com mcm kau.
      eh tp kampung2 kau pon, gigih jugak masuk blog artis kan?
      hahahah.

      mana nak carik gambar arwah pakai tudung?
      klu kita blur sekali pon, org boleh google je.
      tak payah la nak betolkan diri org lain.sila betul kan diri dan hati kita.

      BTW, saya bkn abg nara.

      6

      1
    • sapesapesapesapetuuuu??? says:

      ini blog abg nara. suka hati dia lah nak post gmbar bini dia ke..makcik dia ke..anak dia ke..jiran dia ke..

      ni sy nak tanya awak..nape rajin masuk blog sini eh?
      baca zikir ke? opss, nak baca gosip. hahahah. so klu nak baca gosip, sila tenangkan hati dan jiwa, tak perlu nak meroyan.

      BTW saya bukan nara

      8

      1
  15. Adele K says:

    Al- Fatihah untuk Ary Malik..
    Aku cukup terkesan dgn berita ni. Kesian anak2 yg ditinggalkan. tak dpt bayang kan kehidupan tanpa seorang ibu selepas ni..
    Akak aku pun ovarian cancer juga stage 2. aku berdoa semoga kakak aku sembuh, bebas dr penyakit ni, akak aku start dgn ada cyst, cyst tu tumbuh balik wlupn da remove..bila doc check tisu pd cyst tu sah ianya cancer ovary. Akak aku terus buat kemoterapi dan rambut nya gugur, berat bdn turun..masa tu aku sgt sedih tgk keadaan dia, tp kita sbg ahli keluarga tk bole nk tunjuk kan kesedihan.kita kena beri kata semangat dan doa yang terbaik. sekarang akak aku free cancer, baru 2 tahun, aku berharap sgt2 cancer tu tak berulang. sebab selalu nya klu dia menyerang balik ianya akan ke tahap yg lebih teruk tanpa pengetahuan kita. Aku sedekah kan al-fatihah dan doa semoga arwah Ary Malik tenang disisi pencipta-Nya. Al- Fatihah..

    18

    0
  16. sapesapeje says:

    fifizafa n sapesapewatever, ada sy cakap kamu ni nara ke ? sentap pesal ?
    sy tulis situ anonymous kan ?
    x kisah la org google nmpk gambar arwah x bertudung sbb skrg sy cite pasal blog nara .
    faham ke tidak ?
    dan ada sy bgtahu sy masuk sini utk berzikir ? xde kan ? yg melencong sangat tu kenapa ?
    sy dah ckp sy nak tgk artis bukan nak tgk bini nara .
    susah nak cakap dengan org yg kurang faham .

    SO WHATEVER ok ?

    0

    4
  17. boboiboy says:

    innalillah hiwainnailaihi rajiun..
    saya tak kenal pun siapa arwah ni..tgk gambar pun sy tetap tak kenal..pengacara eh..hmm

    1

    1
    • KakLinaPomMeletop!!! says:

      Mesti ko budak2 bawah 20 tahun kan? Arwah nama besar pengacara generasi remaja zaman 90-an

      0

      0
      • just another human being says:

        Nama besar ke pangkat besar ke awak ingat Allah takut ke? Sharifah Aini pun mati, Azean Irdawaty pun tak tongkat langit padahal kedua2 ni kalau dari segi bakat dan kemasyhuran mmg tiada tandingan.

        0

        0
  18. joshua says:

    kenapa sibok sngt psl gambar dia, kan dia tak bertudung, so ape masalahnya??? Masa dia hidup pun dia tak bertudung, so kenapa bila dia mati org sebok nak suruh tutup rambut dia???

    2

    1
    • Netizen XYZ says:

      Diorang kurang membaca biarkan ajeee. Buku amalan dah tutup pun. Takyah nak overjudgemental sgt netizen. Al Fatihah, Ary Malik. She looks genuinely happy. You’ll be dearly missed. I remember you from Masterchef. Such a sweet person…

      0

      1
      • Anonymous says:

        Maaflah… nak cakap sikit.. Dosa rambut tetap mengalir walaupun dah mati… Disebabkan itulah aurat perempuan kena jaga… Kita yang menjerit dekat dalam kubur siapa yang tahukan?

        1

        0
        • tolongla weh says:

          ape bodohnye ko dosa rmbut tetap mngalir .. tolong la jgn taksub sgt smpi jd bangang . ko igt Allah tu zalim sadis kejam busuk ati mcm ko , ko igt Allah maha kuasa penilaian dia terhadap dosa pahala manusia secetek sehina ko ???? tlglaaa jgn berlagak tuhan …. silap2 ko yg masok neraka x keluar2 sbb duk memandai2 seumur idup ko .

          1

          3
        • KakLinaPomMeletop!!! says:

          Jgn benda yg ko x pasti. Dulu2 org melayu mana ada pakai tudung. Maksud ko nenek moyang ko dulu semua berdosalah. Kita patut bersyukur generasi baru skrg terdedah dgn globalisasi baru ramai pakai tudung. Tp jgnlah hina siapa x pakai tudung, ramai antara mereka berakhlak mulia.

          0

          0
  19. just another human being says:

    Sebagai seorg Islam, kita kena tahu dosa seorg perempuan salah satu nya tidak menutup rambut. Apa saja berkaitan aurat samada masih hidup atau sudah meninggal kena diambil berat. Masa hidup kita wajib tegor kalau wanita Islam tak tutup aurat dan sesudah mereka mati kita wajib padamkan segala yg berkaitan aurat mereka kerana mereka sdg tersiksa di akhirat. Tentang samada mereka sudah bertaubat sebelum mati dan Allah menerima taubat mereka, itu urusan mereka dgn Allah. Jangan kita buatkan mereka tersangkut utk ke syurga kerana gambar tidak menutup aurat yg kita sebarkan. Sebenarnya kalau kita tanya tok nenek kita, gambar org yg dah mati samada menutup aurat atau tidak hendaklah disimpan saja dan haram digantung di dinding atau di tayang di dlm frame. Itu sbb kubur org Islam tak ada gambar hanya ada nama si mati berbeza kubur org Cina atau Kristian.

    0

    1
  20. just another human being says:

    KakLinaPomMeletop, kalau jahil tentang ugama, jangan tunjuk kat disini. Nampak sgt awak ni tak ada didikan ugama. Kesian sunggoh. Islam bukan agama utk org Melayu saja kak oi tapi Islam dianuti seluruh dunia. Di mana2 ada umat Islam. Jangan bodoh sgt sampai tak tahu hukum hakam. Hukum menutup aurat bagi wanita Islam sudah tertulis dlm AlQuran sewaktu AlQuran diturunkan kpd Rasulullah. Org Arab dari dulu sudah menutup aurat malah di kampong saya tahun 60an wanita sudah bertudung dgn tudung yg besar dan panjang yg dipanggil kain kelubong. Skrg ni ramai yg bertudung tapi separuhnya kerana fesyen. Dulu wanita bertudung kerana benar2 menutup aurat.

    0

    1
  21. just another human being says:

    KakLinaPomMeletop, satu lagi harap awak tanya mak atau nenek atau nenek saudara awak zaman dulu2 zaman nenek kecik2 lagi, org perempuan solat pakai kain batik dgn tshirt je ke? kalau nenek jawab dulu pun kena pakai telekong dan kain laboh tutup kaki maka awak boleh faham la ajaran islam suruh wanita tutup aurat dah tertulis dlm AlQuran. Tak perlu nak dipertilkaikan.

    0

    0

Leave a Comment

Optional