Written by Bella | April 27th, 2016

Laman sosial masa kini memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka yang bergelar artis. Melalui medium seperti Instagram dan Facebook, mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan peminat. Namun, pada masa yang sama ia mengundang pelbagai kritikan dan spekulasi daripada orang ramai.

Pelakon yang sudah cukup lama berada dalam industri lakonan Malaysia iaitu Esma Daniel berpendapat artis harus bijak mengendalikan laman sosial mereka agar tidak dihimpit perkara negatif.

Mereka harus hati-hati dengan netizen dan perlu berfikir sebelum memuat naik sesuatu  di media sosial.

Zaman saya bukan seperti sekarang. Jika sesuatu kejadian berlaku hari ini, ia mengambil masa agak lama untuk disebarkan pada umum. Situasi agak berbeza dengan sekarang, yang saya sifatkan sebagai zaman netizen.

Bagi saya, artis perlu berhati-hati dengan netizen. Maksudnya, mereka perlu berfikir dulu kesan baik dan buruk terhadap diri dan umum setiap kali memuatnaik gambar atau status di media sosial masing-masing.

Teknologi ini ada kesan baik dan buruk dalam jangka masa panjang. Jika kita tidak pandai menggunakannya secara baik, ia boleh memberi impak buruk pada kita.

Esma juga memberitahu, sekiranya tercetusnya kontroversi yang membabitkan perbalahan atau salah faham di antara netizen, artis itu juga  perlu bijak mengendalikan isu berkenaan agar ia tidak berpanjangan.

Setiap perkara akan ada baik buruknya, begitu juga dengan penggunaan media sosial. Sebolehnya seseorang artis itu harus menjaga nilai eksklusif mereka dan tidak memuat naik segala hal di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

8 responses to Artis Perlu Tahu Baik Buruk Bila Muat Naik Sesuatu, Kena Hati-Hati Dengan Netizen- Esma Daniel

  1. kamal says:

    Nak buat camne artis skrg ramai yg bodoh2…….artis dulu yg dpt gelaran datuk/datin mesti jaga adap diorg artis skrg yg dah datuk2 pun kdang lg bodoh x caya cuba tgk IG “DATUK” siti nurhaliza…….selfie la buat video syok sendiri l mcm budak2 kecik baru dpt hp….. dpt laki tua pun x matang2 lg……Allah dah bg petunjuk & hidayah dgn keguguran tu belajar2 la berubah ye…….jgn kecam sy ye sekadar nasihat & bg pandangan je….

    0

    0
    • Natalie says:

      keguguran bukan satu atau hidayah tapi keguguran yang diberi adalah untuk menguji keimanan dan keredhaan dia terhadap Allah. Sama ada dia tetap akan redha, sabar dan tetap serahkan segala kepada Allah sambil berdoa atau dia akan turut bersedih dan pasrah. Ternyata dia tetap seorang yang penyabar dengan ketentuan Allah.

      0

      0
  2. Kalo la smua retis ade pemikiran cmni. Tp nk buat cmne kan? Artis rasa dgn penulisan boleh buat kontroversi yg menaikkan nama dorg. Terutama kalo bab gado..hahahaha~ Dulu retis naik sbb bakat. Skrg?

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    masalah sekarang retis2 ni mana pandai cover line…terang2 buat salah pon x nak ngaku,org minta maaf pon x nak layan,lebih suke kan kontroversi murahan..

    0

    0
  4. akutetapaku says:

    artis yg educated tau baik buruk sebelom upload ape2 pun kat sosial media…
    artis yg low skit ni…bajet acah2 mcm hollywood je buat pangai bengong2…

    0

    0
  5. Natalie says:

    It is not wrong for an artist to share part of their daily life with their fans. Not only in Malaysian, in fact from Hollywood and even Bollywood are doing the same. To me, it is one way or another to just get to know their daily life. Sharing what they are doing on that day, what activities they have on that day, what are they eating or where are they going are just enough information for us fans. Selfie is just sufficient to let the fans see them virtually. Viewers often misunderstood the real intention. Before the world of IG / FB, we always share pictures thru a photo album – taking every picture of places we went for holiday, events or even just casually. But now that it has been replace by IG and FB, all that we need to do is just to upload. No more of bringing heavy albums from places to places and No more of going to each other houses just to view the album / videos taken.

    I agree with what Esma said completely. Uploading those pictures and videos is really up to an individual and those individual must take full responsibility of what they upload. A choice!!! I choose to be private but if you choose to be public, then you must take the consideration of what Esma said. We can’t please everyone that views our IG/FB. You must be completely ready to face anything that comes your way and if you cannot take the heat, then please on the fan and cool urself down.

    0

    0
  6. Sam says:

    Slagi ada karats yang mmbackup perbuatan buruk retis, slagi tu la retis akan buat.

    0

    0
  7. SEKADAR NASIHAT says:

    Kalau boleh retis2 semua… Jgn lah cipta kontroversi murahan. Walaupun bertahun2 berlalu, korang percayalah akan ada netizen yg up dan ungkit lagi pasal kontroversi tu . Huhu… Aku harap korang smua boleh naik dgn bakat, kerja2 kebajikan dan perkara2 lain yg mendatangkan faedah. Bukannya gosip pakai seluar koyak, selpie 24 jam, video /aksi lucah, pakwe makwe berkepit ke mana2 dan sebagainya… Please la… Meloya aku baca tajuk2 mcm ni…

    0

    0