Written by Bella | July 30th, 2015

Tanggal 29 Julai menyaksikan beberapa menteri baharu telah dilantik selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk melakukan rombakan kabinet. Antara menteri baharu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia yang kini diterajui oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Atas perlantikan baharu tersebut, penggiat industri seni hiburan tempatan berharap agar Datuk Seri Salleh akan bertindak segera selepas mendapat beberapa maklum balas mengenai masalah-masalah yang timbul didalam industri seni tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia  (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, dia gembira dengan perlantikan tersebut memandangkan menteri berkenaan pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2011 dan seharusnya memahami hal yang berbangkit.

Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.

Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami.

Pada masa yang sama, Jurey berharap agar pihak di jabatan Komunikasi dan Multimedia dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan penggiat seni di Malaysia agar mereka lebih memahami segala pergerakan dalam industri yang kini kelihatan sudah malap dan tenat. Malah, beliau turut memohon agar Datuk Seri  Salleh tidak pilih kasih dan ikhlas dalam satu kerjasama yang dibuat pada masa hadapan.

Industri seni tanah air harus kita akui memang agak tenat sekarang, tidak semua karya mampu menarik minat penonton apatah lagi jika ia harus bersaing dengan filem dari luar yang cukup menarik. Kalau drama pula, macam tiada idea lain semuanya berdasarkan novel sahaja. Kami harap dengan adanya menteri baharu ini, adalah sedikit perubahan ye.

Sumber Berita: mStar Online

9 responses to Artis Mahu Menteri Baharu Selesaikan Masalah Seni Dengan Segera

  1. Anonymous says:

    jgn buat scandal dgn retis pompuan pulak..

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Bodek tak hengat….
      Benci betul… lum apa2 dah mengampu bukan main!
      Tu la tipikal Meleis…

      0

      0
      • Anonymous says:

        masalahnye menteri ni ada masa ke nak tgk citer melayu yg ntah apa2 tu??

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ntah..Kesian menteri tu nanti nak hadap masalah ntah pape..Kalau niat nak hasilkan yang betul2 bermutu dan bagus, berbaloi lah gak nak layankan…
          Kalau setakat nak jadikan semua makin kaya dan glamer tapi penonton disaji cerita copypaste sejuta kali pastu bangang2 syok sndiri ceritanya tu watpe, baik tkya ler…Menteri layan bini lg bagus lah..

          0

          0
  2. Anonymous says:

    Masalah ape yek?..masalah xboleh berpeluk cium,baring atas katil dan dukung2 dalam drama/filem?

    0

    0
  3. nyonya says:

    Ap yg tenat sgt? adegan peluk2x sentuh… sekali berlakon dh kaya… job x putus2x. tenatlah sgt..

    0

    0
  4. Lara says:

    Takat nak buat pilem bohsia bohsia rempit rempit, datang la Sultan sekali pun, kalau takder mutu.. saper pun takmo tengok.

    0

    0
  5. jingle_jick says:

    kalau la aku menteri kat atas nie, dah lame aku hampuk kepala penerbit/pengarah yg suke buat drama porn nie…

    0

    0
  6. anonym says:

    dato seri ni mesti tak syok dgn jawatan barunya yg bersangkutan masalah artis malayisa yg ‘tah apa apa’ ni…..buang masa je

    0

    0