Written by AbangNara | June 5th, 2015

Irma Hasmie merupakan salah seorang artis wanita terawal yang telah berhijrah dan bertudung. Penghijrahan Irma mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dengan Redza Syah Azmeer yang sama cantik sama padan dengannya. Selepas bertudung, Irma juga dilihat banyak mengurangkan aktiviti berlakon. Tak salah jika Abang Nara katakan Irma antara ‘role model’ di kalangan selebriti terutama di kalangan mereka yang berhijrah.
irma hasmie

Susulan ramai selebriti wanita yang berhijab dan membuat keputusan bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Irma Hasmie meminta para peminat untuk memberikan artis-artis ini ruang. Kata Irma:-

Syukur Alhamdulillah ramai artis yang telah menerima hidayah daripada Allah kerana peluang itu bukan senang diberikan. Apa yang penting, bagi terus kekal dengan imej baru tersebut kita perlu lihat pada niat. Jadikan niat penghijrahan itu untuk Allah dan bukannya untuk orang lain.

Apabila mereka berubah, kita perlu bersyukur dengan melihat perubahan yang mereka lakukan. Seharusnya kita memberi dorongan dan sokongan pada mereka biarpun ada melakukan sedikit kesalahan kerana perubahan itu tidak semestinya boleh dilakukan secara mendadak

irma hasmie

Sedikit sebanyak Irma sudah tentu bercakap dari segi pengalamannya. Kita selaku peminat haruslah memberi sokongan dan kata-kata positif buat selebriti yang berhijrah. Bak kata Erra Fazira, janganlah hentam sahaja. Awal-awal ini pasti ramai yang masih tercari-cari jenis tudung yang sesuai dan kadangkala tampil dengan fesyen yang agak pelik. Kita cuma perlu bersabar dan tegur apa yang sepatutnya tanpa melukakan hati mereka. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
irma hasmieP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. lebih banyak design yang berkualiti dengan harga yang berpatutan website IzieFashion, Facebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Artis Baru Berhijab Perlu Diberi Ruang – Irma Hasmie

  1. aku says:

    syukurrrr…..alhamdullilah

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Suka pasangan ne redza azmeer and erma hasmie.. Kalau kat indon teuku wisnu dan shireen sungkar antara role model pasangan yang hebat juga!..

    0

    0
  3. unknown says:

    u and diana amir adalah role model yg sangat tepat.. respec both of u.. semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat ALLAH dan bahagia disamping keluarga memasing.. luv u both..

    0

    0
  4. miss whatever says:

    Alhamdulillah..

    0

    0
  5. Sayang kak Irma says:

    salam jumaat semua…
    jujur aku ckp…dlm ramai2 retis y berhijab aku suka kat kak irma ni..dlu sblm dia berhijab aku x berapa minat kat dia..tpi menjak dia berhijab…berkawin aku suka ngan dia..antra pasangan kapel retis y aku suka..wlpn kak irma ni berhijab tpi dri segi percakapan pn dia jaga..selain dia kak diana amir pn sama..klau mcm kak abby abadi…wardina..minta maaf le aku x minat dia org…dia org ni dh berhijab tpi mulut leh tahan…

    0

    0
    • Anor says:

      Just because they are opinionated? Aku pun kadang2 tak setuju dgn Wardina or Abby tapi they have the right to voice their views. Yg paling aku anti perempuan Melayu lembik lemah gemalai takde opinion.

      0

      0
  6. dikcik says:

    Bagus laaa semakin ramai artis yg berhijab ni…mohon kekal laaa sampai bila2 berhijab…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Yes perlu diberi ruang untuk berlakon. Sebab bila dah berhijab terus xde job offer. Duduk rumah jaga laki la jawabnya. Xpun buka kedai tudung. Kuangkuangkuang

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      memang betol ! artis tudong ape watak nk kasi pon tk tau la..tkan nk kasi dorang watak pompan simpanan tol tak ?????? tkan nk kasi dorang watak yg baik2 aje sampai bila ? last2 dudok rumah jaga laki suda laa..ape guna ada laki kalau tk boleh kasi bini senang..

      0

      0
  8. ctz7 says:

    Irma ni selepas dia berhijab, mukanya berseri-seri seperti ada nur. Tudung dia pun simple aje.tak perlu nak colourful macam traffic light atau fesyen yang berlebihan.

    Tahniah Irma, semoga bahagia bersama suami dan anak-anak.

    0

    0
  9. ain says:

    HAH!! BEGINILAH CARA BERTUDUNG DAN BERHIJAB BUKAN MEREPEK2 SEPERTI SETENGAH2 ARTIS PAKAI. BAJU SENDAT BONJOL SANA SINI. BULU MATA EMPAT KATI.SELUAR KETAT NAMPAK BENTUK BETIS KAKI DAN PUNGGUNG MENGIURKAN..WAHAI ARTIS2 IKUTLAH CONTOH ARTIS NI..BARU BETUL..

    0

    0
  10. nil says:

    ANONYMOUS…

    AWAK NI DAH KENAPA…? BILA AWAK KOMEN BNYAK SGT KOMEN AWAK YG TAK BERNAS,..MENGHENTAM SESUKA HATI…
    BUKA AWAK SORG JE..ADA LAGI YG 2-3 ORG KOMENNYA NTAH APA2 NTAH. KITA NI SESAMA ISLAM..KALU AWAK TAK SUKA JGN REPLY,…
    SEBB APA AWAK KATA MCM TU,..SEBB MNGKIN AWAK JUGA TIDAK PERCAYA KPDA REZEKI YG ALLAH SWT BERIKAN..MUNGKIN AWAK NI JNIS YG MASIH MNGHARAPKAN BANTUAN DRPDA ORG AGAKNYA?..
    MAAFLAH YER…JGN SESEKALI KITA MENGELUARKAN STATEMENT YG BOLEH BERCANGGAH DGN AKIDAH KITA..MEMBAWA KEPADA RENDAHNYA METALITI KITA, DIRI KITA.
    JIKA ADA ARTIS YG BERKATA BEGITU,..AWAK TENGOKLAH APA YG TERJADI.
    SO KEEP YOUR LANGUAGE.

    0

    0
  11. norlis says:

    IRMA DAN SUAMI NPMPK “NUR” DLM FAMILY MEREKA.

    0

    0
  12. LittleApple says:

    Alhamdulilah. Benar apa kata kak irma. Bukan artis yang baru berhijab je yang perlu diberi ruang. Kita yang biasa2 ni pun kalau baru2 berjinak2 dengan tudung harus diberi ruang. Maybe setiap orang berbeza cara perubahan nya. Ada yang mendadak ada yang kena makan masa. Kita don’t put high too much pressure or expectation on them. Kalau ada salah, tegur lah baik2. Itu lah baru muslimah/muslimin yang sebenarnya. Jangan kepala berhijab, aurat tertutup tapi mulut tak tau nak tutup. Muhasabah diri. Assalamualaikum :)

    0

    0
  13. ain says:

    NIL AWAK ADA MASAALAH DALAMAN?? SETIAP MANUSIA ADA PENDIRIAN DAN PENDAPAT MASING2 DAN BERHAK MENGELUARKAN PENDAPAT.TIADA PENDAPAT YG SALH ATAU YG BETUL.INI HAK MASING2.RASA2 NYA AWAKLAH ORG YG PALING SESUAI MENGIKISKAN RASA DENGKI DAN KEMARAHAN TERHADAP SESIAPA YG BERI PENDAPAT.ITU HAK SESEORANG..AWAK NAK SMUA ORG BERI PENDAPAT YG SAMA? ITI BODH NAMANYA..ALLH BERI OTAK DAN AKAL..AWAKLAH YG PATUT BERFIKIR SECARA DEWASA BUKAN MEMARAHI ORG YG INGINKN MEMBERI PENDAPAT.SUKA HATI DIALAH.SEKURANG2 NYA SAYA LETAK NAMA DAN ALAMAT EMAIL SAYA..AKU HANYA BERSELINDUNG DI BALIK NAMA BOHONG DAN TIADA EMAIL..TAK PERLULAH NK REPLY
    APA YG SAYA CKP NI..SAYA TAKKAN BACA..ADIOUS.BYE DAN GOOD LUCK

    0

    0
  14. Anonymous says:

    ya betul saya setuju .

    0

    0
  15. Anonymous says:

    bukan keep your language tapi watch your language..ckp omputih pun tak betul nak betulkan org.malu je.

    0

    0
  16. minah jambu sayang nenek says:

    cantek2 irma pon dia pakai make jugakkk mana ada natural beauty..emma embong jugak yg naturak beauty..

    0

    0