Written by serenity | December 6th, 2011

Artikel ini asalnya dari blog lain, tetapi kami ialah penulis asal artikel tersebut, dan kami kini memaparkan artikel ini di sini, dengan sedikit ubahsuai. Kebelakangan ini kami perhatikan kebanyakan perkahwinan selebriti ditaja dan kadang kala, kami juga tertanya-tanya bagaimana sebenarnya sesetengah syarikat pengeluar produk yang ingin memasarkan barangan mereka sebagai ‘barangan mewah’ atau luxury brand memilih duta mereka.

Duta kereta Audi, Hugh Jackman

Perlu ditekankan di sini, barangan menjadi mewah kerana kualiti dan keeksklusifan barangan itu. Jam Rolex misalnya, ialah satu jenis barangan mewah dan duta yang mewakilinya ialah Tiger Wood, juara Golf dunia. Untuk barangan seperti kereta Audi, dutanya ialah Hugh Jackman dan Jet Li ialah duta terbaru jam tangan mewah buatan Switzerland, iaitu Hublot Geneve.

Bagi barangan jenama mewah antarabangsa, satu pemilihan yang teliti dibuat sebelum duta untuk jenama mewah dipilih, kerana duta ialah sebagai simbol yang mewakili imej dan keeksklusifan barangan mewah tersebut.

Kalau diperhatikan, Rafflesia mempromosikan barangan kemasnya sebagai barangan mewah. Nilai dikatakan jutaan dan ratus-ribuan, setanding dengan harga Rolex, Audi dan Hublot, tapi setakat ini pemilihan duta yang mewakilinya tidak mencerminkan kemewahan.

Kalau nak diperkatakan tentang khalayak sasaran, sudah tentu syarikat ini mahu memasarkan barangan mereka kepada golongan elit di malaysia (makcik di kampung tidak akan berbelanja jutaan untuk mutiara, lebih baik mereka membeli emas kerana ia boleh dijual semula tanpa banyak masalah).

Tapi kalau dutanya tidak mencerminkan ‘kemewahan’ ini, sudah tentu agak sukar bagi syarikat ini untuk mencapai objektifnya. Oleh sebab itu, kami tertanya-tanya juga sama ada Rafflesia benar-benar telah mempertimbangkan tentang pemilihan duta mereka.

Sebelum ini, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang terlibat dengan kontroversi telah dipilih. Secara jangka pendek, memang Rafflesia boleh dikenali dengan cara ini (ahem, publisiti buruk juga tetap satu publisiti) tetapi untuk jangka panjang, mengaitkan barangan mereka dengan pasangan yang imejnya tidak begitu bagus di mata masyarakat adalah sesuatu yang tidak bagus untuk ‘perletakan produk’.

Cuba fikirkan, apa yang membuat Memey Suhaiza dipilih? Mungkin secara peribadinya, dia seorang yang baik dan bersopan-santun, tetapi tidak popular di kalangan isteri-isteri orang atas sebab tertentu, dan Rafflesia pula mengambilnya sebagai duta sedangkan sebahagian dari segmen sasaran produk Rafflesia sudah tentu datin-datin yang ingin kelihatan cantik dan berstatus bagi terus menambat hati suami mereka dan mengekalkan kerukunan rumah tangga? Ada satu ironi di sini.

Untuk barangan yang benar-benar mewah, kita boleh perhatikan yang duta yang dipilih ialah dari selebriti-selebriti yang terkenal di peringkat dunia. Kalau duta barangan Rafflesia ialah Datuk Nicol David, sudah tentu akan terserlah keeksklusifan dan kualiti barangannya, setanding dengan nama juara skuasy dunia itu yang masyhur. Tapi kami ada sedikit pelik bila nilai barangan yang setanding ataupun melebihi jam Rolex itu hanya menggunakan pelakon suam-suam kuku di Malaysia yang dikenali kerana kontroversi.

Dan jangan ingatkan kami tentang laman sesawang Rafflesia. Kami pernah membuat perbandingan laman sesawang Rafflesia dengan laman sesawang Mikimoto yang merupakan sebuah syarikat pengeluar set barang kemas berasaskan mutiara yang terkenal di arena antarabangsa. Buktinya, terdapat beberapa versi laman sesawang Mikimoto, iaitu Jepun, Amerika dan United Kingdom. Mikimoto, asalnya ialah dari jenama Jepun. Perhatikan perbezaan rekabentuk laman sesawang dan pemasaran bagi dua jenama ini:-

Mikimoto ( http://www.mikimotoamerica.com/ )

• Mikimoto menggunakan rekabentuk laman sesawang yang diintegrasikan dengan unsur Flash.
• Mikimoto menggunakan imej-imej beresolusi tinggi
• Menggunakan tema biru laut untuk rekabentuknya (kami kira kerana ianya seolah mutiara berkultur yang berasal dari laut dalam).
• Memaparkan informasi lengkap tentang set mutiara
• Memaparkan lokasi-lokasi stor internasionalnya (mudah diakses pelbagai pihak)
• Memaparkan item-item dengan pilihan lengkap mengikut kategori (set, gelang, rantai dan sebagainya) dan paras harga yang boleh dipilih oleh pelanggan
• Memasarkan mutiara, dengan itu ianya meletakkan gambar barangan dan informasi lengkap mengenainya
• Memiliki ciri interaktif dengan sistem pembelian melalui ‘cart’ dan ‘pembelian secara dalam talian’
• Integrasi proses interaktif dengan media sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’

Rafflesia ( http://www.rafflesia.com.my )

• Rafflesia menggunakan kod HTML yang sangat asas untuk rekabentuk laman sesawangnya (dari segi pemilihan font Times New Roman dan pautan peringkat asas)
• Imej logo menggunakan piksel rendah dan nampak tidak profesional
• Letakan imej-imej yang berterabur apabila pautan-pautan diklik
• Tiada unsur interaktif dengan medium media sosial
• Hanya ada ciri ‘register’ tapi didak diterangkan daftar untuk apa (i.e Dapat sebutir mutiara percuma? Dapat newsletter? Dapat masuk peraduan? Dapat diskaun?) Ianya juga adalah mungkin hanya borang pendaftaran dalam talian menggunakan ‘javascript’.
• Hanya menggunakan warna hitam dan merah yang tidak dapat dipastikan peranannya untuk mewakili Rafflesia dan Mandalay sebagai jenama
• memasarkan imej sebagai barangan kemas yang dipakai oleh selebriti (bukan barangan itu sendiri), kerana itu ia dipenuhi dengan gambar selebriti memakai set barangan Rafflesia ( kadangkala kamu tidak nampak sangat barang kemas tersebut) tetapi dari segi product placement juga agak berterabur kerana selebriti yang ditunjukkan mengenakan barangan kemas ini ada yang taraf diva, ada yang sekadar pernah dilihat menunjukkan penutup buah dada silikon berharga RM 20 di eBay (kesimpulan yang boleh dibuat, Rafflesia ingin memberitahu yang ‘selebriti dari tahap diva sehingga tahap marhain’ memakai barangan mutiara jenama ini (yang agak bercanggah dengan perletakan nilai sehingga jutaan ringgit)
• Tidak ada informasi asas mengenai mutiara, hanya menunjukkan selebriti memakai set barangan Rafflesia (di majlis anjuran Rafflesia)
• Sekali-sekala kita ‘diberitahu’ yang set barangan kemas tersebut bernilai ratusan ribu ringgit atau jutaan melalui peminjaman kepada selebriti sewaktu majlis perkahwinan mereka (Lisdawati, Memey Suhaiza). Ianya mengingatkan kami pada peraturan penceritaan “show, don’t tell“

Pemilihan duta dan rekabentuk  laman sesawang untuk sesesatu jenama mewah boleh saja menggunakan apa jua pelan pemasaran, tetapi ‘kebolehpercayaan’ itu penting. Duta dan laman sesawang ialah imej korporat sesebuah jenama atau syarikat perniagaan. Sekiranya imej yang cuba diberitahu itu gah, tapi tidak ditunjukkan melalui imej duta dan medium asas iaitu laman sesawang, jangan salahkan umum jika mereka berasa ‘curiga’.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to (ARTIKEL)Bagaimana Duta Jenama Mewah Dipilih?

  1. M&M says:

    hurm….menarik artikel ni. saya pon dah tgk perbandingan website 2 company ni. rase2 nye saya punya website /blog pon lg canggih dr Rafflesia kot…hehehe. kalau blh taja wedding artis juta2 rasanya mampu kot nak upah web designer utk bina website Rafflesi yg lebih canggih dgn min price hanya RM1k..

    0

    0
    • siapakah says:

      mmg seddeeyyhh sgt2 website Rafflesia yg sudi menaja jutaan ringgit wedding seseorg berbanding website MIKIMOTO dan lain2..malah ade je yg x segah mane brgnnye, tp website n marketing strategy thru on9 especially way way better that this rubbish…1st impression je ntah ape2…nak2 font n pixel yg dgunakan..mcm website2 MUTIARA SABAH kt PASAR PILIPINA TU JAHHHHH

      0

      0
    • huhuhaha says:

      btol3…menarik artikel ni…leh wat panduan cz saya stdy pasal advertising….

      0

      0
  2. hmm says:

    ikut suke la marketing strategi dorg doh xefek sape2

    0

    0
    • cha says:

      efek gak kat negara kut… macam tak serious je nak promote produk..

      0

      0
      • Manjakani says:

        Cara dia Refflesia wat prmosi mmg nampak cam merepek tpi pd ak agak effektif. x caya ? cuba korang bg hantaran kat bakal bini korang jenama reffliesia aku sure sngt dia akan canang 1 kampung. Sbb nama refflesia tu sndiri ada class tersendiri dlm negara ni. Tentang kualiti? mmg x berani nk komen la..

        0

        0
  3. macho says:

    Apa bende nie..tak paham la..

    0

    0
  4. siapakahitteww says:

    mmg seddeeyyhh sgt2 website Rafflesia yg sudi menaja jutaan ringgit wedding seseorg berbanding website MIKIMOTO dan lain2..malah ade je yg x segah mane brgnnye, tp website n marketing strategy thru on9 especially way way better that this rubbish…1st impression je ntah ape2…nak2 font n pixel yg dgunakan..mcm website2 MUTIARA SABAH kt PASAR PILIPINA TU JAHHHHH

    0

    0
  5. anoymous says:

    Beautifulnara lari dari topic, kata nk inform macamane brand mewah pilih celebrities, tp buat perbandingan antara 2 jenama mewah yg setaraf. Nk condemn Rafflesia la 2. ckp biar bersuluh sikit, nk kutuk Rafflesia, jgn la nk pakai title lyn. Hahaha Klakar betol.

    0

    0
    • Baby Jane says:

      xkelakar pun? :P

      0

      0
      • anoymous says:

        x klakar bg kau sudah la. ko ingat Rafflesia je ade hidden agenda? Beautifulnara nie xde. Jgn dok percaya sgt apa yg derunk tulis.

        0

        0
      • anoymous says:

        maafla kalau ade suma xsetuju, ade byk lg pandangan yg kita bleh bincang dr Abang Nara nie. Dea tahu ke apa strategy Rafflesia 2? setakat buat perbandingan 2 website, korunk pun reti. Cuba banding Habib Jewel ngan Tiffany and Co, sama ke? mesti la laen. Dia patut amik pandangan professional yg terlibat dlm business jewellery nie, bkn maen hentam je. Analysis betol2, nie setakat dea ade pandangan tp x de bukti. Sorry la I’m allergic to bias. X suka, xpe, x rugi pun. Abang Nara ttp gak untung kn? HAHAHAHA

        0

        0
        • bunga says:

          apadaaaa.. mmg la website habib ngan tiffany co tu tak sama. habib tu mana sama taraf dgn tiffany… jauhhhhh skali (sila check harga dia laaaa…) kalau nak buat perbandingan mesti la apple dgn apple, cam mikimoto (harga ratus ribu) ngan rafflesia tu (konon nyer harga pun ratus ribu ke juta2… ye betul ke idak..)

          0

          0
        • anoymous says:

          iya betol, tp reputation rafflesia dgn mikimoto x sama. target customer pun x sama. Rafflesia is local jewellery, kedai dia ade satu je kowt. Mikimoto is international brand, marketing strategy derunk lg meluas sbb market derunk lg high-standard. Rafflesia wikipedia pun xde. International customer tahu ke? Derunk ras website 2 cukup utk basic use, apa slhnya? Mikimoto international brand ade org sendiri to update their website. Rafllesia, miskin kedekut and rasa website x penting mcm mane la? kalo nk compare patut local with local. sorry.

          0

          0
        • danica says:

          kau reply kat orang bongok tu, tak faham bahasa. dah tentu abang nara ke penulis jemputan ke compare sebab harga barangan rafflesia tu dikompangkan macam barangan kemas international. mikimoto punya pearls pun kalau juta2 rare punya pearls, bukan bersepah macam pearls rafflesia, so kalau harga kununnnya dah kalahkan harga pearls international, nasib la kalau orang bandingkan dengan mikimoto. kengkonon dia pun boleh buat comparison, padahal tak mampu pun nak tulis artikel yang bagus cam ni, cuma tahu komplen jek. ^^ dengki letteww

          0

          0
  6. pizza says:

    Motif? Yang aku nampak ialah Rafllisia kaya without the supposed class and education and pemilihan artis bermoral rendah menunjukkan as if depa ada hidden agenda. Need I say more?

    0

    0
    • Infinity says:

      Hehe…ku curiga oo… ntah2 tetiba plak jadi mcm kes Ac Mizal dan gelang-gelangnya…hehehe…

      0

      0
      • syaz says:

        betul2..ntah harga dia xde la mahal mana kot kannn…letak juta2 bg nampk exclusive…seb baik xminat mutiara2 ni…anyway..rafellsia ni jenama terkenal antarbangsa ke? ke terkenal kat malaysia je?

        0

        0
    • Infinity says:

      Emm..ku curiga..kami curiga… semua kita curiga… Ntah2 tak pasal2 kes mcm Ac Mizal dan gelang2nya plak nanti hikhik… Kan bagus sederhana jerrrrr…

      0

      0
  7. mmm says:

    btol la…dari diowang dok sponser artis kawen..its better diowang improve website diowang dlu….website is about around the world…owg ngara luar lau nk tgok artis diowang sponser pun mlalui website…lau website chokia xda guna flash…lembab…owg pun xbminat bk buka… diowang msti guna website developer yang pling murah kat m’sia kot

    0

    0
  8. Miss X says:

    Saya sgt setuju dgn tulisan ini. Lain kali perlu lebih prihatin pilihan pesonaliti untuk digunakan sbg tajaan. Perlu pilih yg betul2 sesuai utk menjual nama produk bukan tangkap muat je. Kalau nak promosi sesuatu barangan yg exclusive dan berjenama, artis yg dipilih pun mestilah punya aura yg sama. I dnt think Memey & Norman were the right choice for their event lately. It didn’t have a lasting impression. Yg org boleh relate, Norman-Memey scandal & controversies. Even now, kalau ada article tentang mereka berdua pun, ramai yg masih turn-offs even after marriage.

    0

    0
  9. fareth says:

    Memalukan gak website Rafflesia tu. Even assignment aku buat website dulu pun best sikit. Betul ke harga Jutaan?

    0

    0
  10. Cauliflower says:

    Apekah mutiara rafflesia ni sebenarnya mutiara biasa2 je yg belambak2 dkt pasar di sabah? pastu saje wat branding lebih2 jual mahal2..huhu…..harap2 tidak la begitu, kalau betul..ramai la org kena tipu.

    0

    0
    • yan says:

      adik-beradik slim world, london weight management, yun nam, new york skin solutions kot..mahal nak mati tapi produk biasa2 aja dong…………

      0

      0
      • aku says:

        sebut pasal produk kecantikan, aku tertipu dengan l.w.m. sampai hr ni,aku tkena eczema…:-(

        0

        0
        • Norma Jean says:

          Sila report kepada Persatuan Pengguna. Anda patut tuntut balik duit anda. Hak anda. Sila sertakan dgn laporan doktor, resit2 yg LWM kasi waktu anda bayar.

          0

          0
        • zazmi says:

          repot ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

          0

          0
  11. baby says:

    setuju. mak2 datin is the main aim customer. jangan lah letak memey tu jadi duta. berdasar kan drama2 kat TV, mak2 datin ni cukup tak suke dgn perempuan yg err..cm memey tu ah. kalau nak cantik & muda, ade je maya karin, fazura, baru2 ni, siti saleha tu ha. nak yg lebih eksklusif? kita ada nicol david. takpun letak lah selebriti yg kawin dgn VIP yg bujang and ade tittle (bukan isteri kedua, ketiga) mcm datin paduka umie aida tu. kan.

    pasal website. err, budak2 class aku punya assgnment web design lebih cool drpd website rafflesia ni. tolonglah improve. takkan tak mampu nak hire org buatkan web. i bet jual 1 rantai pun dah boleh hire 2,3 org buatkan.

    0

    0
    • aku says:

      Tak mampu nak hire web designer sebab barang tak laku lagi…wakakakaaka…

      0

      0
      • bendera says:

        tak hadapnya datuk nicole tu nak tajaan reflesia tu.. takde kelas hokey. dia atleast ternama dunia, apa kelas nak match dgn reflesia tu~~

        0

        0
  12. szrixz says:

    omg! mmg buruk website dia…ni time aku buat college assignment 5 tahun lepas buat website pun lagi cun berganda ganda…and talking from a person that has least expertise of web design. this is herrandous!

    0

    0
  13. aimaniman says:

    yuppp tu le teknik pemasaran yg kurang bijak drpd raffelesia…

    jom dapatkan hadiah car sign panas dr oven heartbeat…

    0

    0
  14. what??? says:

    what??? plezzzzzzzzz, buat website yg ad flash graphic pon xtau ke??? ak mmg mnyampah thap nak lempang muke dia sjak tau dia ad skandal ngan norman…. pastu lh bangga2 lak, tlg la memey… da la belakon pon suam2 kuku… bukan stakat tajaan raffilesia yg “hado” ni dia xlayak… masuk muzium negara pon spttnye dia xlayak… yg muzium negara pon satu, tlgla… byk lg org yg spttnye dihargai… cthnye mcm sudirman @ p ramlee… bkan nye memey yg perampas ni… mnyampah akuu…grrrrrr

    0

    0
  15. jsnhsdhka says:

    ??

    0

    0
  16. Miss A says:

    hmm…mmg mcurigakan. mungkin ke mutiara2 Raffelsia ni low quality? bile da low quality, xkan die nak jadikan selebriti yg ade name jadi duta kan?

    0

    0
  17. HUMMER69 says:

    APALAH YG ADA PADA RAFFLESIA TU…
    DESIGNED TAH APER KE BENDA.
    HARGA MENJERUT LEHER..
    QUALITY TAK SEBERAPA!
    LEBIH BAIK BVLGARI, CHOPARD ETC..
    BUKAN TAK NAK SUPPORT BARANG
    TEMPATAN…
    BUAT APA BELI KALO HARGA KETUK
    KONON MCM MANUFACTURED FROM PARIS..
    PADAHAL2 QUALITY MCM BERSEPAH2
    PAT PETALING STREET!

    0

    0
    • pink says:

      Kann..penah ke nampak design die ygsgt exclusive..tapenala..tepekla kt siti ke,,mane2artis..pattern lame je nampak…sgt mcm muarh2 ke mutiara die

      0

      0
  18. cik lara says:

    *like* gile artikel ni..

    Raflesia ni mmg xde kualiti pun..from marketing strategy pon tau..sponsor artis yg ‘hado’ sure la sng je dapat..cer sponsor artis yg ‘GAH n betul2 intelektual’ boleh ke dorang dapat?sure x mampu nk penuhi ap yg dorang nak..
    yg retis 2 org tu pon mmg layak la dpt sponsor brg yg ‘hado’ sbb dorang pon yg ‘hado’ je..

    0

    0
  19. Jemi says:

    Rafflesia ni setakat sponsor je lah. Barangan x berjual. Apek n nyonya fu setakat gila publicity je..

    0

    0
    • HUMMER69 says:

      HAHAHAHA! BTOL2!
      APEK DGN NYONYA GILA GLAMOUR!
      TAKDE EXCLUSIVE PUN BARANG DORANG.
      HABIB JEWELS STANDARD LAGI TINGGI DARI DORANG. PUN TAK KEMARUK LIKE THEM.
      DARI HABISKAN DUIT ON THEIR
      “EXCLUSIVE” PRODUCT..
      LEBIH BAIK HABISKAN UTK PERKARA
      YG BLEH BAWAK FAEDAH.

      KALO YG PANDAI TU…
      AKAN TAHU BEZAKAN QUALITY.
      BAK KATA PEPATAH:
      HANYA JAUHARI YG KENAL MANIKAM

      ***************************************************************

      0

      0
  20. xserikserik says:

    tu la pasal.ambik artis yg hado jadi model.pastu artis yg ‘sejuk (x laku)’ni bergaya ler bagai nk rak brg pinjam tu… x malu ke?pastu senyum tersengeh2 mcm kerang busuk.dahlah kontraversi jer lebih pastu ada pulak yg bingai pegi taja brg kemas untuk dua ekor bingai ni…dua2 bodoh.nk taja pun agak2 ler..ni pi taja malaun yg bikin kecoh sbb isu meloyakan.mak2 datin pn pikir 1000x nk beli brg kemas tu bila dpt tau pasangan yg ‘bajek baik’ pakai..hak tuiiiiiii…

    0

    0
  21. vivie says:

    owh..aku sgt setuju and tak kisah tentang siapa akn jdi modelnye dan siapa akan ditaja..tapi pleaselah jgn memey yg geli2 tu..sbb jgn kata berangan nk pakai baju mcm dia..tengok pun dah rasa berkudis satu badan..sekian

    0

    0
  22. cecibo says:

    Syella kamarudin lpas nie akan dipilih menjadi duta kepada mini cooper ops silap audi, ops!!! silap sbenanye bukan audi tp auldi (jenama kereta mainan remote control dlm tin tu, made in china)

    0

    0
  23. aninomos says:

    Artikel/kajian/komen yg sgt terbaik…

    0

    0
  24. chopard pernah sponsor majlis rebecca islam kan, tapi tu sebab si kwen dgn daduk kaya… kalau diberi pilihan aku nak chopard dari mutiara murah sabah ni…

    0

    0
  25. gobana says:

    wohoo..jet li duta jam aq..hublot bigbang!

    0

    0
  26. tipahlaser says:

    elehhhh ckp jer lebey korang neh…cer obat nyamuk amik korang jd duta ..mau sain berdesup2 pastu bangga kalah artis.. bior la sapa nk taja sapa dah derang punya REJEKI pahang tak…mutiara murah ker, mini cooper ker hatta maggi cup pong itu semua TAJAAN hokey terpiley plak tu dlm banyak2 artis cop kelasss ….

    korang hado? korang mampu? pegi terjun gaung la woiiiii takat mampu komen kutuk2 jer satu hapo pong tarak! MUAhahahahhaha

    0

    0
    • bendera says:

      kitorang mampu ktuk2.. memey mampu balas??? takkk.. reflesia mampu balas?? lagi tak.. kang pecah tembelang plak kheen

      0

      0
    • TABUAN says:

      WAHAI TIPAHLASER…
      KO INGAT KITA2 NI MUKA DESPERATE KE….?
      SORRY LER TAKDE MASA NAK JELES..
      TAK TAHU LAH KALO KO KAN…
      MUNGKIN KO TU GELOJOH SIGN CONTRACT JADI DUTA SPENDER CAP BUAYA…

      :-))

      0

      0
  27. gigi kayu says:

    refelsia pukimaq

    0

    0
  28. Bawang Bakong says:

    mengingatkan aku kpd kes ac mizal dulu….adakah ada persamaan nya??huhuhuu nsb baik mak aku x minat pearl..dia suka emas je sbb harga makin naik

    0

    0
  29. Saya says:

    Kalaulah saya owner Rafflesia, saya akan mengucapkan jutaan terima kasih kerana membantu saya menambahbaik syarikat saya dengan komen-komen berguna melalui artikel tersebut. :)

    0

    0
  30. a says:

    ayam sgt website die…

    0

    0
  31. Cincin belah rotan says:

    Common sense, korang ingat kalau betol harga barang kemas rafelsial ni juta juta diorang nak kasi pakai free lebih kurang ke??kalau btol nilai sebenar jutajuta dah lama perampok ambush..rafelsial ni lebih kurang mcm ‘dato-beli abc mizal jugak ni.. Duh

    0

    0
  32. Youre so right. Im next to you. Your website is obviously worth a read if anybody comes throughout it. Im lucky I was able to because now Ive obtained a totally new take a look at this. I didnt realise that this issue am important therefore universal. You absolutely use it in perspective in my opinion.

    0

    0
  33. taksayangmulut says:

    sedihnya tgk website.. jamu mak dara pun ada flash.

    0

    0
  34. Thanks, very good article!

    0

    0