Written by Bella | March 10th, 2015

Arja Lee, agak lama juga kita tidak melihat lakonan beliau bukan? Kali terakhir ialah ketika drama bersiri Misiku Kuza 2 ditayangkan. Peminat mula bertanya, mana hilangnya Arja.

Terdapat beberapa pihak yang mendakwa Arja kini kurang tawaran untuk berlakon kerana telah diboikot oleh produser drama. Perkara tersebut terjadi apabila Arja telah menolak satu tawaran lakonan.

Namun, Arja yang merasa sedikit terkilan dengan perkara tersebut menjelaskan beliau menolak tawaran itu  secara baik atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ia berpunca pada satu tawaran lakonan yang saya terpaksa menolak  atas sebab-sebab tertentu, saya tolak disebabkan komitmen kerja dan fokus saya terhadap dengan satu produksi lain.

Saya memang tolak cara baik, tidak berkasar dan bahasa saya cakap pun tidaklah menyakitkan hati, itu saya berani jamin, tetapi lain pula jadinya sehingga disalah tafsir mengatakan saya demand.

Arja sebenarnya tidak mahu mengambil terlampau banyak tawaran dalam satu masa kerana  tidak mahu menimbulkan sebarang kecelaruan dan masalah ketika bekerja. Buat Arja, beliau mahu menjaga kualiti dalam kerjanya.

Dalam melakukan sesuatu, kita haruslah menjaga kualiti kerja kita. Kami rasa isu boikot ini hanya berdasarkan rasa tidak puas hati dan salah faham. Tidak mengapalah, rezeki itu ada dimana-mana sahaja dengan pelbagai cara, jangan cepat putus asa dan mengalah.

Sumber Berita: Murai

 

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Arja Lee Diboikot Penerbit?

  1. arja liu says:

    hmmmmmmmmmmmmmmmm…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Orang yg kena tolak tu mungkin telah bercerita macam2 sebab tak puas hati dan mungkin akibatnya mempengaruhi penerbit2 lain. Apelaa…pasal hal kecil tu pun mau boikot2 ke. Tak professional langsung.

      0

      0
  2. pakcik koala says:

    pelakon anu dalam botol. hebat.. pakcik bagi 5 bintang.. sangat menjiwai

    0

    0
  3. diva says:

    eleh, dia ni ada masalah disiplin actually. datang shooting lambat mana tak bengang producer.

    0

    0
  4. anon says:

    pernah join sesi audition utk penari rtm tahun 2004 dlu..
    nampak mamat ni, pandai menari…dr segi percakapan, nampak baik..
    lembut orangnyeeee..heeeee

    0

    0
  5. kak gja says:

    sy kenal budi bahasa arja lee ni..sy pernah train dia utk partime job dkt hotel 5 star..sangat berbudi bahasa, cekap.dia menarik diri dari bekerja di hotel tu gara2 ade staff hotel marah sbb 3 hari training arja di bayar gaji coz org lain tidak dikira gaji.dia sgt berhemah.sblum dia menarik diri,, dia minta maaf dkt semua dan says tq atas latihan untuk 3 hari tue..last jumpa dia di pasar malam sentul..dia tegur sy.kalo kate dia tolak n dia demand,,x taulah sy..sy harap dia masih pegang prinsip mcm dia dulu.

    0

    0
  6. mojo says:

    Handsome,tapi asyik berlakon drama kemaruk bured,kemaruk kawin,kemaruk celah kangkang.carilah kisah lain pula.bila nak berubah?

    0

    0