Written by AbangNara | April 7th, 2014

Dalam diam rupanya Arja Lee sedang menyulam cinta dengan seorang pelakon naungan MIG Talent, Shima Anuar. Abang Nara yakin ramai gadis di luar sana yang kecewa kerana tidak lagi berpeluang mengorat pelakon kacak ini. Pengakuan Arja Lee ini menunjukkan ke”gentleman” dan kemachoannya. Kalau dah cinta, tak perlu sorok-sorok takut saham jatuh. Tak gitu?
arja lee bercinta shima anuar

Bukan setakat mengaku bercinta, Arja Lee juga turut memberitahu perancangannya untuk mendirikan rumahtangga pada umur 33 tahun. Untuk makluman, pelakon kacak ini kini berusia 30 tahun. Kata Arja Lee menerusi Berita Harian:-

Ya saya memang mempunyai teman wanita. Apabila bercakap mengenai temawan wanita, saya ada dia saja (Shima Anuar), tiada lain. Saya sangat serius dengan dia sebab saya sudah mengenali dia lebih kurang setahun dan rasanya semua tahu dia siapa.

Kalau nak cakap pasal tahap seterusnya, saya tengah sibuk dan dia pun sibuk, jadi rasanya kami tidak terlalu tergesa-gesa ke arah membina rumah tangga.

Saya merancang untuk berkahwin pada umur 33 tahun, jadi ada 3 tahun lagi. Dia pun masih muda dan isu kahwin ini tiada masalah bagi dia. Saya tidak berfikir untuk terus berkahwin dan bertunang dalam masa terdekat tapi kami memang rapat. Sekiranya bukan jodoh saya dengan dia, kami masih lagi berkawan baik.

arja lee bercinta shima anuar

Umur 33 tahun untuk lelaki cantik benar dah untuk berkahwin. Kalau ikut orang kita, dah agak lambat sebenarnya. Harap perancangan Arja Lee akan menjadi kenyataan. Kalau hati betul dah suka, nak cepatkan majlis pun bagus jugak. Tak perlu bercinta lama-lama. 3 tahun macam-macam boleh jadi. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 responses to Arja Lee Akui Sedang Bercinta Dengan Shima Anuar

  1. minah jambu merah biru says:

    heloooooo macm pesss aje

    0

    0
  2. Olga says:

    ye kerr..sapa ni?

    0

    0
    • blurrr says:

      adik cucu mak kau anak kiah sbelah rumah tunang abah ko anak pak aji ngok ngek masjid kampung sebelah!!!

      0

      0
  3. Aiman says:

    ada aku kisah?

    0

    0
  4. nyah meletop says:

    mamat ni bukan gay ke…i ni best friend ngan ikram….

    0

    0
    • Lorde says:

      nyah, orang gay ke apa..entah2 dah taubat nak mulakan hidup baru dengan perempuan ke jalan lurus. kau jeles ke, nok? kau bila lagi nak kawin dengan pompuan, nyah?

      0

      0
    • Y says:

      IKRAM TU GAY EH? AKU TGK MUKA & GAYA MCM AYAM BETINA AJE..CERITA DGN POZIAH GAUS TU KOMPOM LUARAN SAJA..UNTUK KABER LINE..kawan pun dgn pondan..mcm ko..hahahahaha..

      0

      0
  5. sofea jane says:

    siapakah makluk yg mjd gepren dia?? tak kenal dan tak kisah laaa…nara takde citer lain ke??? tak glem la depa nih…tak payah la publish..buang masa oi…

    0

    0
    • zaza says:

      girlfriend dia ni yang berlakon highland tower tu.yang kena rasuk.jadi hantu tu. shima.

      0

      0
  6. aiman says:

    x pyhla kawen ngan dia.. dia ni GAY la…

    0

    0
  7. Lorde says:

    Fellaz, saya pun tahu dia PERNAH jadi gay dan kalau dia masih gay…mungkin dia nak berubah dan cuba ke jalan lurus. so silalah sokong. mana korang nak? dia jadi pondan macam any dalam botol atau dia at least CUBA kahwin dengan perempuan dan mula hidup baru. jangan asyik hentam and negatif. respect orang sikit tak kira apa2 pun orientation gay ke pengkid ke alien ke

    0

    0
    • sokong lorde says:

      Biasa ler lorde.. org pendek akal… bukan di doakan tp kutuk memanjang.. esok esok ada keturunan dia mcm tu.. baru padan muka dek suka hina org…

      0

      0
  8. hamba Allah_2 says:

    apa lah masalanya kalian, biarkan dia.
    niat dia murni, yg hampa nk cemuh nk kata gay bagai dh kenapa -.-”
    doakan depa cepat kawin, itu yg terbaik .

    0

    0
  9. Yanti Penang says:

    awat nya hang kata depa lagu tu?, hang pi kata depa gay, depa ada main ngan hang ka, kalau setakat dengak aja, pi mati la ngan hang, orang nak jadi baik pun hang nak cemuh.

    0

    0
  10. observer says:

    LIDAH DIA PENDEK. KELAKAR BILA DIA BERDIALOG DALAM DRAMA.

    0

    0
  11. Glamer Gilerrr says:

    Dah2 la mengutuk org.. diaorg yg dpt pahala.. comment yg positif kan elok.. dunia nak kiamat dh.. nanti hari kiamat esok2 korang cari dia nak mintak maaf sb mengutuk dia masa kat atas dunia ni…

    0

    0
  12. piz says:

    shima ni yang belakon dalam highland tower tu kan?? yg kena rasuk tu?

    0

    0
  13. misi nani says:

    ohh dah ada gf rupanya..minat arja lee ni sejak citer misiku kuza..mantap lakonannya n hensem pula…happy for u & shima

    0

    0
  14. eureka says:

    Maaf komen lari dari topik. Kenapa pembaca tak boleh komen utk berita pelangsingan London Weight Management…Ramai yg ada pengalaman buruk dgn syarikat pelangsingan tu. Nasihat saya hati2 kerana anda memang akan dapat rawatan dan slim kit percuma tetapi anda akan dipujuk utk membeli rawatan lain yang akhirnya akan menjadi satu paksaan. Boleh layari komen mereka yang dah tertipu dgn syarikat ini .Admin patut siasat dulu .

    0

    0
  15. what ever says:

    amboiii suka suki je kan korang kan ngate.. dia ni kawan ngan aku dari kecik, sekolah sama tempat tinggal pun sama block jngan nak mengutuk sangat eh.. family dia aku kenal eh.. jaga diri sendiri sudah…( ni baru betul artis yang aku kenal sebb dia berjiran .hehehehe)

    0

    0
  16. sokong lorde says:

    Sori ler… mulut org lbh teruk dr tangki septik… sabar jer ler… tp nape ko ketawa lakkk… konpius aku… ko ni perli ke? Backing retis niiii…..?

    0

    0
  17. 9 ler says:

    muka mamat ni macam samaaaaa je dengan mamat yg kes tangkap basah pakai boxer tu..kan kan kan?

    0

    0
  18. what ever says:

    backing la tu.. yang “hehehe” tu sebb ketawa ada cite pasal dia masuk dalam BN ni then kenal lak tu.. gile glamour jap aku kenal retis ni jadi kawan zaman kanak2.

    0

    0
  19. Motard says:

    ohohoh what ever lah..aslkn dia berubah

    0

    0