Written by Bella | June 25th, 2015

 Susulan berita Zulin Aziz yang diganggu dan dituduh menggunakan bomoh untuk memikat hati Ariz Forteen, penyanyi kumpulan itu mengakui beliau turut diganggu oleh wanita misteri  apabila bertindak untuk memberikan komen yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Malah, wanita misteri itu pernah menghubungi beliau dan tidak bercakap sepatah perkataan selain mengugut untuk meludah muka Ariz sekiranya berjumpa di luar.

Saya pun pelik dan terkejut, wanita yang sama juga pernah menghubungi saya tetapi bila bercakap di talian dia diam dan tak bercakap apa-apa.Kehidupan saya ini diganggu berlarutan hampir 3 tahun, sehinggalah sampai satu tahap saya buat tak tahu, dia mesej saya yang berbunyi ‘kalau aku jumpa kau di luar, aku ludah muka ko’.

Ariz menyifatkan wanita itu sebagai seorang yang psiko dan turut akan mengganggu ahli Forteen yang lain apabila tidak berpuas hati dengan beliau. Namun, Ariz sedar perkara seperti ini adalah harga yang perlu dibayar olehnya saat bergelar seorang artis.

Saya pun tak tahu kenapa, saya ni baik hati sangat tak buat laporan polis  mengenai kes ini, sebelum ini kalau dia tak puas hati ganggu saya, dia akan ganggu ahli forteen yang lain. Orang yang sama juga akan komen dekat Instagram Amir dan Wan cakap yang bukan-bukan, saya agak trauma tetapi inilah harga  yang saya perlu bayar untuk bergelar selebriti, sabar sahajalah yang mampu saya buat.

Ya memang ada risiko untuk berhadapan dengan perkara ini apabila memilih jalan untuk bergelar seorang artis, tetapi adalah lebih baik untuk Ariz membuat laporan polis jika perbuataan wanita misteri itu sudah melampaui batasnya sehingga menimbulkan rasa takut dan trauma.  Anda harus berjaga-jaga dengan wanita tersebut kerana tidak tahu apa yang difikirkan mungkin ia akan membahayakan anda.

Sumber Berita: Murai

 

 

 

9 responses to Ariz Forteen Mengaku Ada Wanita Misteri Ingin Meludah Mukanya

  1. Anonymous says:

    pompuan tu baru belajar guna smartfon dan media social tu..tu yg camtu..meroyan..harap pompuan tu bacalah ye komen neh..kui3..

    0

    0
    • minah jambu gi bazar ngan nenek says:

      tu bermakna pompan tu nk mengatal la ngan uu…u tkan tak tau ? jangan layan lah ngan pompan ini macm ! buang masa aje ! dia nk ludah muka u ? ludah lah kalau dia berani ! macm la Malaysia ni dh tkde undang2 nk ludah muka orang ! eh helo pompan gatal u ingat ludah muka orang tk masok jail ke ??????? suka2 ke nk ludah muka orang !!! helo Ariz lain kali jangan layan lagi pompan yg macm ni n mungkin pompan ni MENTAL u nk kena jaga2 untok keselamatan u jangan kelua sorang2 ok ..lov uu..

      0

      0
  2. BukanPerempuanMisteriItu says:

    Ker kau yang dah sakitkan hati perempuan tu dulu? Memang tak dinafikan ramai orang yang saiko tak tentu pasal sekarang ni, tapi kebanyakan masalah datangnya bersebab, bak kata orang tua2 tak ada angin, pokok tak bergoyang.
    Poyo jer artis selebriti semua ni.

    0

    0
    • N says:

      hahahaha iols pun pk cenggitu!

      skrg ni play victim la kan.dah kalau betul xde salah,g je report polis.ape ade hal kan.
      ni nnt mesti takut kalau dia dah report polis maka terungkai lah segalanya hahaha.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Weii kalau sakit hati direct kot marah2 sekali dua harung dan cakap apa yg buat sakit hati tu. Ini call berkali2, bukan dia seorang tapi semua ahli pernah kena, bila jawab call boleh pulak diam tak cakap apa2..Kahkahkah..Lepas tu boleh lagi marah cakap nak ludah muka..Gilo ka apa..Napa tak hambur je cakap sebab apa marah..Sekejap call2, sekejap diam senyap tak bercakap, sekejap kata nak ludah, sekejap meroyan kat laman sosial..Saiko la tu..Peminat gatal terhegeh bodoh kena rejek ke..Dorang tercuit pempuan saiko, hodoh dan bodoh..Peminat saiko yg tacing membabi buta..

      0

      0
  3. Mek Ti says:

    Mek Ti rasa mesti dia ni pernah sakitkan hati perempuan tu masa dulu2… kalau tak.. takkan la mcm tu sekali nak ganggu org tanpa sbb sampai kuar ayat cenggitu kan?

    0

    0
  4. Linangan Terakhir says:

    Lumrah lah jadi artis … dah tentu nak famous kan … kena hadapilah … camni pun nak beritahu satu dunia

    0

    0