Apakah Personaliti Anda Pada Tahun 2020?

Hiburan

Apakah Personaliti Anda Pada Tahun 2020?

Pantas sungguh masa berlalu. Tahun 2012 kini sudah memasuki bulan Disember. Pejam celik-pejam celik, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1991 hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi untuk dicapai. Mampukah Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut?

etp
Sekitar tahun 60an sehingga 80an, kadar pembangunan Malaysia adalah setaraf dengan Singapura dan Jepun. Sayangnya bermula era 90an, kedua-dua negara ini sudah memecut jauh meninggalkan kita. Ranking Gross National Income (GNI) menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke 57 sementara Singapura di tangga 3 dan Jepun di tangga ke 27. Di manakah kedudukan Malaysia pada tahun 2020 kelak?
etp

Advertisement

Abang Nara sekarang berumur 29 tahun dan pada tahun 2020 nanti bakal berusia 36 tahun. Apakah sumbangan yang boleh Abang Nara lakukan kepada Malaysia ketika itu? Walaupun tak banyak, Abang Nara masih mahu turut serta dalam membantu Malaysia mencapai Wawasan 2020. Senang cerita, apakah personaliti Abang Nara di tahun 2020 kelak?
etp

Rupa-rupanya ada applikasi Citizen 2020 yang dihasilkan oleh Economic Transformation Programme (ETP) untuk mereka yang curious macam Abang Nara ini. Simple je applikasi nie. Hanya perlu jawap beberapa soalan berdasarkan real-life scenario dan anda akan dapat tahu personaliti anda pada tahun 2020.
etp
Soalan-soalan yang diberikan memang simple. Yang bagusnya, jawapan yang diberikan bukan sekadar untuk suka-suka tetapi turut membuatkan Abang Nara memikirkan masa depan hidup ini.
etp

Dan applikasi Citizen 2020 ini mengajar Abang Nara untuk membuat pilihan barang-barang yang paling penting di dalam hidup. Ikutkan hati, semua benda Abang Nara nak ada dalam rumah Abang Nara. Hehehe.
etp
Tambah menarik, setiap pilihan yang dibuat akan diselitkan info-info yang tak pernah Abang Nara ketahui. Sambil menjawap sambil tambahkan ilmu pengetahuan.
etp

Jawap punya jawap (pendek je, 5 minit dah habis), terkeluarlah personaliti Abang Nara pada tahun 2020. Tak sangka diri ini rupanya “The Perfector”. Mungkin Abang Nara perlu memikirkan career path yang dicadangkan oleh applikasi Citizen 2020 ini.
etp
Bercakap mengenai pembangunan, Abang Nara sebenarnya teruja dengan projek-projek yang sedang dijalankan oleh Economic Transformation Programme (ETP). Paling menarik bagi Abang Nara ialah pembinaan MRT. Masa belajar di Korea, sistem keretapi bawah tanahnya memang tip-top. Diharap MRT yang bakal siap tidak lama lagi ini akan mampu setaraf dengan apa yang pernah Abang Nara gunakan di Korea dulu.
etp

Semoga dengan projek-projek yang dijalankan oleh ETP yang meliputi pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan macam-macam lagi, Malaysia akan berjaya menjadi negara maju pada tahun 2020. Kita sebagai rakyat Malaysia pun harus bersama berganding bahu untuk memastikan matlamat ini tercapai. Untuk info lanjut, layari www.etp.pemandu.gov.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...