Apakah Benar Zizan Razak Di Ambang Kejatuhan?

Hiburan

Apakah Benar Zizan Razak Di Ambang Kejatuhan?

Dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan beberapa isu panas sejak kebelakangan ini, timbul pula spekulasi yang mengatakan pelawak Zizan Razak kini diambang kejatuhan. Malah, ada pihak yang mendakwa beliau sudah mula tunjuk belang apabila sukar untuk memberikan komitmen dan mengelak bertemu dengan media.

Namun, semua tuduhan itu tidak benar dan kontroversi yang melanda dirinya sama sekali tidak mengganggu fokus Zizan untuk bekerja apabila  dipilih sebagai salah seorang juri tetap program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar musim ketiga.

Advertisement

Menurut Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja, Hadzelynda Khairuddin, produksi memberikan sepenuh kepercayaan kepada Zizan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Walaupun dia dihimpit dengan kontroversi, kami yakin dengan kredibiliti dan rasanya tidak adil jika kita terus menuduh dia dengan dakwaan yang belum pasti misalnya mengenai isu pelawak kasanova.

Setakat ini Zizan tidak menimbulkan masalah kepada produksi. Malah, kami sudah jalankan sesi rakaman program ini dan Zizan memberikan komitmen seperti yang produksi mahukan.

Apabila Zizan Razak terpalit dengan beberapa kontroversi, ada peminat yang memberitahu seorang ahli paranormal Uncle Seekers dalam mimpinya meramalkan Zizan akan jatuh kerana wanita. Sejauh mana mimpi itu benar atau tak, serahkan sahaja pada qada dan qadar. Buat masa ini, doakan yang baik-baik sahaja buat beliau yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.P/S: Jangan tak tahu yang Best Buy World sedang mengadakan promosi jualan produk Clinique. Potongan diskaun adalah sehingga 70% tau.Semua jenis kategori produk Clinique boleh didapati. Penghantaran barang pembelian adalah pantas dan terjamin. Apalagi jomlah segera berbelanja sambil berjimat. Layari segera Best Buy World

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...