Written by AbangNara | February 21st, 2014

Setiap hari Jumaat, Abang Nara dan rakan-rakan akan bermain badminton. Kononnya nak menjaga stamina dan mengeluarkan peluh. Biasanya kami akan bermain selama 2 jam dengan penuh gaya ala-ala Lee Chong Wei. Memang penat juga dibuatnya. Namun kepenatan itu hilang apabila kami lepak-lepak di kedai mamak, berborak kosong sambil minum teh o panas. Memang masyuk!!!
lee chong weiMasa lepak memang macam-macam cerita yang keluar. Masing-masing bercerita mengenai kehidupan masing-masing. Almaklumlah berjumpa seminggu sekali. “Boys day out” la kononnya nie. Satu hari, salah seorang daripada kawan Abang Nara memberitahu masalah sakit lutut (kalau dalam bahasa omputih osteoarthritis ) yang dialaminya. Seriau jugak mendengarnya.
sakit lutuPaling sedih apabila si kawan memberitahu yang dia mungkin tak dapat turut serta bermain badminton dengan kami lagi kerana sakit lututnya ini. Katanya dia tak boleh buat sebarang aktiviti fizikal sampailah hilang sakit tersebut. Macam-macam lagilah yang diceritakan oleh kawan Abang Nara tue. Sampai kitaorang semua pun naik takut dibuatnya. Iyerlah, mana tahu sakit yang sama jadi kat kitorang pulak.

Balik rumah, teruslah Abang Nara “search” Internet mengenai osteoarthritis. Rupa-rupanya sakit lutut adalah satu penyakit serius yang boleh mengakibatkan kecacatan pada badan kita sekiranya tidak dirawat dengan segera. Tambah menarik, ada fakta yang menyatakan kalau berat badan bertambah, sakit pada lutut juga akan bertambah kerana tekanan. Kawan Abang Nara tue dahlah badannya besar sikit. Itu mungkin salah satu sebab sakit di lututnya agak serius.

Baca punya baca, Abang Nara terjumpa sebuah blog yang menceritakan mengenai masalah sakit lutut yang dialaminya. Menariknya apabila tuan punya blog menceritakan bagaimana amalan pemakanan produk Live-well membantunya mengurangkan sakit lutut tersebut. Excited Abang Nara membacanya. Iyerlah, bolehlah Abang Nara syorkan kat kawan Abang Nara tue supaya cuba makan produk Live-well ini.

sakit lutu

Macam-macam produk yang dikeluarkan oleh Live-well ini. Antaranya ada untuk mereka yang mengalami penyakit darah tinggi, untuk kebaikan mata dan otak, pengaliran darah serta jantung dan macam-macam lagilah. Kesemuanya Abang Nara baca di laman web www.livewell2u.com. Paling best, untuk mereka yang sakit lutut, produk Live-well OsteSAMIN plus Chondroitin adalah nombor 1 di dalam pasaran. Confirm berkesan punyalah, kalau tak camner leh dapat nombor 1 kan?

Terpengaruh dengan apa yang dibaca, Abang Nara pun membuat pembelian beberapa produk Live-well. Bukan untuk kawan Abang Nara, tetapi untuk mak ayah yang tercinta. BIasalah orang tua memang ada sakit-sakit lutut dan sakit-sakit sendi. Jadi Abang Nara belikan untuk diorang. Mana tahu berkesan kan? Sayangnya tak boleh beli online di www.livewell2u.com tetapi produk Live-well ada  dijual di farmasi-farmasi seluruh Malaysia. Senang nak cari. Hampir kesemua farmasi ada jual.
sakit lutuMak ayah Abang Nara sekarang sedang dalam proses mencuba produk Live-well. Baru seminggu dua, namun menurut feedback mereka berdua, memang ada kesan positif. Sakit sendi makin berkurangan, sakit lutut kurang terasa. Paling penting, ketika sembahyang mak dan ayah Abang Nara boleh rukuk dan sujud tanpa rasa sakit. Nak pergi surau depan rumah pun rasa bersemangat sikit. Tak ada sakit-sakit walaupun jalan jauh. Senang sikit nak beribadah kata mereka.
sakit lutuDengan testimoni yang ada, bolehlah Abang Nara syorkan Live-well kepada rakan Abang Nara yang sedang mengalami sakit lutut tue.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Apabila Sakit Lutut Melanda Diri….

  1. iejah chenta says:

    brapa 1 harga ni ???

    0

    0
  2. bini orang says:

    uhummm sy pon sakit lutut gak, info yg sgt berguna. Thanks Nara.

    0

    0
  3. saya says:

    tq bang nara..bleh sy bli utk mak sy..dia ade ckp psl skt lutut..byk gak myk sy bli tp kurang berkesan..sesekali bang nara bg info mcm ni ok jgk..

    0

    0
    • Farra Eyra says:

      Pengalaman saya sendiri makan bnda ni. selepas habis 3 botol + MSM … sakit lutut tetap terasa. waktu solat mesti bertongkat tangan waktu nak sujud dan naik.. yg ada perubahannya kulit muka je terasa licin sbb MSM.. sakit lutut tak hilang..

      1

      0
  4. Mak Jah says:

    Kurangkan MELANCAP baru lutut x sakit… Ye dak?

    0

    0
  5. miss m says:

    bersenam atau bersukan diwaktu malam adalah tak bagus.

    0

    0
  6. kak ton says:

    alaaa.. guna la produk double stemcell tu.. mcm kak ton..

    0

    0
  7. AJHT says:

    Tapi kan produk Shaklee Advanced Joint Health Tablet pun bagus.Semua Natural berasaskan sayuran.Bebas Gluten. Harga pun taklah mahal.Insyaallah consume 5 hari akan nampak perubahan.

    1

    0
  8. Mak senah says:

    Jgn terpedaya dgn ubat diatas. Mak senah & suami telah mengambil ubat tu lebih dari 3 tahun tapi sakit lutut x hilang. Duit banyak habis. Bukan murah harganya. Akhir sekali mak senah berhenti ambil ubat tersebut dan mak senah & suami amalkan mengambil habbatus sauda. Alhamdullillah amat berkesan sekali. Habbatis sauda adalah ubat segala ubat menyembuh segala penyakit selain mati, hadis Rasulullah s.a.w. Makanlah makanan sunnah, pahala pun dpt.

    0

    0
    • Sunflower says:

      Betul tu…sy sokong..tak hilang langsung sakit lutut. sy dah pernah ambik ubat ni. minum chinese tea pun ok. mlm minum pagi dah kurang sakit.

      0

      0
  9. love u chong wei…muah!

    0

    0
  10. aku comel says:

    promote, promote juga. tapi nak tanye, produk ni halal dan KKM certified kah. zaman skrg ni byk yg ade unsur2 syubhah. aku pernah pegi pharmacy, bila tengok kat botol vegetarian capsule. tp x de halal jakim certified atau yg sewaktu dgnnya. ade yg guna bovine tp tah bovine tu semelih ke x? benda2 cmni pun kita org Islam di Malaysia x dpt nak settle. how.

    0

    0
  11. dolmenos says:

    ye betul AJHT shaklee sangat berkesan bg yg ada masalah osteoarthritis. Tidak dapat disangkal lg kandungan & keberkesanannya. Semulajadi, Selamat & halal

    0

    0
  12. Hamidah says:

    Alternative lain, minum Susu kambing. Apa yang nabi kita amalkan, itu yang terbaik.i

    0

    0
  13. ppftttt says:

    “Paling sedih apabila si kawan memberitahu yang dia mungkin tak dapat turut serta bermain badminton dengan kami lagi kerana sakit lututnya ini. Katanya dia tak boleh buat sebarang aktiviti fizikal sampailah hilang sakit tersebut. Macam-macam lagilah yang diceritakan oleh kawan Abang Nara tue.”

    bodoh giler karangan…ingtkn sedih sbb mmber tu sakit kaki mungkin ssh nk g keje..ssh nk buat keje…

    haaa…termakan la korang dgr iklan ni…nnti sume klinik spital tutup… meleis…bangsa yg bodoh sombong.

    0

    0
    • kaki bola says:

      sedih la bro..tak dpt bersukan…keje maybe bole…bila bersukan lutut bekerja keras…wa pun stress sebab sakit lutut…segala aktiviti sukan tak dpt diteruskan. .hanya org sukan memahami perasaan begini.

      0

      0
  14. kpala lututku,,, says:

    dulu prnh 2 thn smbahyang duduk sbb skit lutut,,prnh ambik ubat ni,,,mmg bkesan,,,
    skrang dh 3 thn benti, mmg bkesan,,

    0

    0
  15. abg nara cuba gi berubat dgn hj lokman, inshallah.

    0

    0
  16. Adzah Adam says:

    korang jangan la samakan ubat dengan supplemen. Ubat ada steroid. Ini supplemen. Supplemen pulak samada sintetik atau semulajadi. Yang sintetik yang bukan daripada sumber semulajadilah, ada silica gel dalamnya. Supplemen macam Shaklee, yg nara iklan ni, daripada sumber semulajadi. Ingat ini bukan ubat ok. Ini supplemen. Makanan tambahan.

    0

    0
  17. anne says:

    my mom pnah mkn, xdak effect pun, hbs beratus, even doc pakar sendiri advise xpyh nk bazir dgn supplement mcm ni

    0

    0
  18. Azri says:

    Saya suka pendekatan rawatan herba +rawatan doktor. Makan ubat doktor kemudian sapu lutut dengan minyak habbatus sauda. Serampang 2 mata gitu :) Tq Ang Nara, best info ni.

    0

    0
  19. anis shabuddin says:

    Terima kasih abg nara. Info yang berguna. Baru saya tahu berat badan pun salah satu punca sakit lutut. Kena kuruskan badan la lepas nie. :-)

    0

    0
  20. ubat gout says:

    Terima kasih atas info yang berguna..

    0

    0
  21. nora noor says:

    ADA IBU , AYAH ,NENEK ATAU ANDA SENDIRI MEMPUNYAI MASALAH SAKIT LUTUT?
    SAKIT SENDI? SAKIT PINGGANG? SLIP DISC
    BERTAHUN TAHUN MENANGGUNG DERITA, PERGERAKAN ANDA TERBATAS,
    BAIKLAH DISINI…
    KAMI ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA
    HANYA DENGAN SAPU SAHAJA
    PENYAKIT ANDA AKAN SEMBUH
    INSHA ALLAH… ANDA AKAN MERASA PERUBAHAN PALING LAMBAT DALAM 7 HARI
    SIAPA YANG DAH GUNA PASTI PUAS HATI..
    ANDA CUBA DULU BARU ANDA TAHU KESANNYA…
    CEPAT PM SAYA UNTUK MEMDAPATKAN PRODUK TERLAJAK LARIS INI
    HADIAH KAN LAH PADA IBU AYAH TERSAYANG

    Untuk order
    PM whatsapp /wechat / sms “GEL AMANI” ke 011 23611597

    0

    0
  22. Yong Cantik says:

    Sakit lutut kena tengok jugak apa penyebabnya. Kalau tau rootcause, senang sikit nak mengubat :)

    0

    0
  23. amir says:

    Info yg berguna. Tapi lebih elok amalkan makanan sunnah macam habbatus sauda. Dan produk orang kampung, GELUTUT kalau korang penah dengar.

    0

    0