Written by Bella | June 27th, 2016

Baru-baru ini, Scha Alyahya, suaminya Awal Ashaari dan anak mereka Lara Alana berpeluang untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah. Mereka mula menunaikan umrah pada 12 Jun sehingga 22 Jun lepas.

Sudah kembali ke tanah air, Scha meluahkan rasa syukur kerana ibadah serta urusan mereka ketika berada di tanah suci dipermudahkan.

Buat Scha ia adalah satu pengalaman serta nikmat yang tidak ternilai dan tidak mampu digambarkan dengan kata-kata apabila dapat menunaikan umrah bersama keluarganya terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia.

Berbicara mengenai pengalamannya itu, Scha memberitahu beliau menitiskan air mata  apabila tiba di Masjidil Haram dan melihat Kaabah didepan matanya.

Alhamdulillah, sepanjang di sana segala urusan ibadah kami dipermudahkan. Apa yang penting adalah niat setiap kali nak melakukan rukun umrah itu. Cuma perlu sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perkara yang dilarang.

Apabila melihat Kaabah depan mata, saya menangis. Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu Allah. Bukan apa, saya sentiasa sedar diri sebagai manusia biasa tidak ada yang sempurna.

Pada masa sama tidak terlepas melakukan kesilapan dan dosa. Perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Ia meninggalkan makna berbeza dalam diri. Inilah satu-satunya tempat yang sentiasa memberikan ketenangan tanpa mengira waktu.

Pada mulanya Scha terasa agak sukar untuk berpuasa dan beribadah kerana cuaca disana melebihi 50 darjah Celsius namun beliau dapat membiasakan diri dengan keadaan itu selepas beberapa hari di Mekah. Scha juga lega kerana Lara tidak banyak meragam sepanjang mereka disana.

Bila pulang daripada umrah, tentu ramai yang ingin tahu adakah Scha bakal berhijab selepas ini? Menurut Scha, beliau ingin berubah ke arah kebaikan dan sentiasa berdoa agar pintu hatinya terbuka untuk menutup aurat satu hari nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

29 responses to Apabila Melihat Kaabah Depan Mata, Saya Menangis – Scha Al-Yahya

  1. minah jambu says:

    tkde pulak orang komen..

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Alamak… besar harapan nak tengok Scha bertudung lepas balik umrah..
      Moga2 kurang sket kegedikan pasangan suami isteri ni kalau Scha bertudung..
      Tp… dari jawapan nampak mcm tak bersedia lagi je nak bertudung.

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku plak besar keinginan nak tengok awal botak..huhu..nampaknya awal memang sayang sangat rambut dia

        0

        0
        • Anonymous says:

          biar la dia nak btudung k tak..pyibuk..org btudung tak smestinya smua baik…org tak btudung tak semestinya jahat..walaupun tutup aurat…otak tak bkembang la pekerja gomen tu…

          0

          0
  2. Sayangsalmah says:

    Belum lagi la kak jambu..sambung tdoq/sibuk nk p keja..tunggu sat g…?
    Akok melati rehat jap tu..jap g kembali la tu..

    Semoga scha dbukakn pintu hati utk bhijrah..amin.. makin org kutuk, makin minat plak kt scha.. semoga kekal bahagia till jannah.amin.

    0

    0
    • minah jambu says:

      semoga schawal lara sehat dn di murahkn rezeki ..semoga Allah bersama Nye selalu..

      0

      0
  3. bodopiang says:

    masa kat sana menangis teringat dosa ..
    balik sini lupa semua dosa .. topup lagi…
    hu hu hu

    0

    0
    • minah jambu says:

      suka hati dia la nk nangis ke nk meraong ke kt sana itu dia punye pasal la..bila dia dh balek Malaysia terpulang la ape yg dia nak buattt…!

      0

      0
    • intan kembong says:

      jangan la kecek gitu..tak baik tuduh dia..mungkin seru untuk bertudung masih belum tiba..apa pun aku doakan shawalara kekal bersama selamanya..

      0

      0
      • minah jambu says:

        betol tu ..tak semesti Nye dh gi umrah atau haji nk kena bertudunggggg pasal masing2 ada kerjaya belakon model ..jangan di paksa2 sangatt nanti stress..soal dosa pahala syurga neraka susah senang rezeki biar Allah yg tentu kan ..hanye Allah yg mengetahui segala Nye..

        0

        0
    • lynn says:

      Hati yangmenangis ingat dosa bermaksud hatinya tak keras\ dan tak mati lagi. Masih ada harapan berubah. Tak perlu kutuk. Takut nanti hati kita yang mati

      0

      0
  4. Sayangsalmah says:

    Kak melati berehat sebentar bsama kitkat..

    Yg lain smbng tdoq atau tgh sibuk nk p keja.. tak kurang gak tgh sibuk carik parling kete…

    I loike scha!mkn org kutuk, makin minat lak kat dia..semoga dbukakan pintu hati utk berubah ke arah kebaikan dan bhijab… n kekal bahagia bsama keluarga till jannah. Amin.

    0

    0
  5. Sayangsalmah says:

    Kan da kata… da ada pbuka bicara… jgn lupa doa yg baik2.. sbb nnt yg baik2 tu datang kat kita jugak… sentiasa baik sangka n positif sentiasa!?

    0

    0
  6. Sayangsalmah says:

    Kan da kata… da ada pbuka bicara… jgn lupa doa yg baik2.. sbb nnt yg baik2 tu datang kat kita jugak… sentiasa baik sangka n positif sentiasa!?

    0

    0
  7. Sayangsalmah says:

    Kan da kata… da ada pbuka bicara… jgn lupa doa yg baik2.. sbb nnt yg baik2 tu datang kat kita jugak… sentiasa baik sangka n positif sentiasa!?

    0

    0
  8. melati says:

    pungkoq hg, mcm lew hg sorang jew penah tgk Kaabah…menggong

    0

    0
  9. wth says:

    dah kenapa lara pkai kopiah pulak tu? macam2 la mak pak dia ni,…

    0

    0
  10. komentar says:

    whateverrrr

    0

    0
  11. mouthwash says:

    tak de ceta yg more interesting Ke? pengalaman/pedoman/hidayah kat sana ke, ceta nanggis ni dh biasa dgr

    0

    0
  12. Awek says:

    Dia pakai stroller brand apa ek? Lawa pulak tgk

    0

    0
  13. Anonymous says:

    hahahaha

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Tiba-tiba aku pelik. Kenapa reflection mirror di spec awal tu macam kopipes je dgn gambar diorg ni..bukan sepatutnya nampak apa y di depan ke?

    0

    0
  15. Faliq says:

    Aku berasa pelik. Kenapa reflec mirror spec Awal tu mcm kopipes je dgn gambar diorg ni. Edit dulu sebelum post ni..

    0

    0
  16. saya says:

    sbb cermin mata awal tu berkilat mcm cermin, refleks dari skrin phone dia

    0

    0
  17. The truth says:

    Oh….so cita2 yg paling agung sbg pompuan Islam adalah Pakai tudung? MUNTAH. Sapa nak Pakai, Pakai. Sapa taknak, takpayah. Byk lg masalah besar yg melanda community Islam kat dunia ni spt forced child marriages yg masih berleluasa, killing of innocent women yg kena rogol tapi sbb takde 4 witness maka she is considered as mengaku diri berzina, taktau ke agama kita paling byk cases of justified rape? And last but not least, ISIS. Suka sgt extreme kan? Tu pasal byk dah org Malaysia support and join ISIS. Eh byk lg lah. Sila buka mata and buang kebodohan tu jauh2 inshallah Akan jd kurang bodoh and lebih intellect. Korang Semua takpayah lah nak menggelabah suci menggelabah bagus nak “harap2” and “doa2” utk org lain tutup kepala. Ngok!

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Saya pun. Bila nampak kaabah, dekat dengan kaabah..perasaan yang susah nak digambarkan. Airmata keluar bercucuran. Tak tahu kenapa. Rindunya…

    0

    0
  19. jemah jomblo says:

    alhamdulillah. jgn judge orag.. mana tau satu hari nanti bakal jadi mcm mizz nina dan noh.. amin

    0

    0
  20. Farah says:

    Cantiknya scha without makeup. Moga bahagia selalu

    0

    0