Written by AbangNara | April 9th, 2012

Pagi Ahad sememangnya waktu untuk keluarga bagi Abang Nara. Selalunya Abang Nara dan wife akan bangun awal dan menonton TV bersama-sama. Sambil-sambil nak tunggu rancangan Melodi jam 12.30 tengah hari, biasanya kami berdua gemar lompat-lompat channel. Namun Ahad minggu lepas kami berdua melekat di channel Astro Ria  (104) kerana rancangan ini.

CHEF CILIK

Secara jujur wife Abang Nara suruh tengok rancangan ini sebab dia ingat ini adalah Junior Masterchef Malaysia. Untuk makluman, Abang Nara dan wife memang suka tengok budak-budak memasak di dalam rancangan Junior Masterchef Australia. Kagum dengan bakat memasak yang mereka miliki walaupun umur masih setahun jagung. Namun Dumex Chef Cilik Komplete Nutri adalah satu program yang sangat berbeza dengan Junior Masterchef tetapi ada keunikannya yang tersendiri.

CHEF CILIK

Dihoskan oleh Vanidah Imran, Dumex Chef Cilik Komplete Nutri menyaksikan si ibu atau ayah bergabung tenaga dengan anak mereka. Abang Nara paling suka segmen Cipta Rasa sebab dapat tengok si anak buat aksi comel memotong bawang. Dan kelainan program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri ini ialah setiap masakan akan diadili bukan sahaja daripada segi kelazatan , kreativiti dan kerjasama tetapi juga daripada segi keseimbangan nutrisi yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.

chef cilik

Dan untuk episode yang Abang Nara tengok, kumpulan hijau di atas telah berjaya memasuki pertandingan separuh akhir. Jangan tak tahu yang hadiah yang ditawarkan adalah RM20,000untuk juara, RM15,000 untuk naib juara dan RM10,000 untuk pasukan di tempat ketiga. Untuk pengetahuan, ada 27 pasukan yang berentap untuk mendapatkan hadiah lumayan ini. Ini yang buat Abang Nara pun rasa nak join bila anak Abang Nara dah besar nanti.

chef cilik

Walaupun sebenarnya mak atau ayah yang lebih banyak memasak berbanding anak-anak, Abang Nara rasa program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri ini sememangnya banyak mengajar penonton dan peserta betapa pentingnya nutrisi yang seimbang. Banyak tips-tips dan info-info yang diberikan oleh juri nutrisi iaitu Puan Azah mengenai nutrisi yang sepatutnya kita berikan kepada anak-anak .

chef cilik

Disebabkan Vanida Imran selalu suruh bukak Facebook Dumex Dugro semasa mengacarakan program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri , Abang Nara pun bukaklah selepas tamat rancangan. Rupa-rupanya ada hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi dimenangi. Contoh hadiah adalah seperti gambar di atas. Abang Nara dah jawab dah soalannya yang teramat mudah. Slogan yang Abang Nara isi pun mantap jugak. Ada harapanlah wife Abang Nara dapat gunakan produk di atas.

chef cilik

Sejak menonton program ini, Abang Nara sentiasa pesan kat wife supaya masak makanan yang berkhasiat seperti Salmon dan sayur di atas. Bukan apa, badan yang sihat datangnya daripada makanan yang kita makan. Tak gitu? Selepas ini Abang Nara pasti akan menonton Dumex Chef Cilik Komplete Nutri di channel Astro Ria (104) setiap hari Isnin jam 10 malam untuk mendapatkan tips nutrisi yang lengkap dalam makanan. Kalau terlepas ada ulangannya setiap Rabu jam 4 petang dan Ahad jam 10 pagi. Harap-harap korang pun join tengok program ini jugak untuk kesihatan satu keluarga.

Untuk maklumat lanjut, jom layari http://www.facebook.com/DumexDugro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 responses to Apabila Kanak-Kanak Menjadi Chef…

  1. Kipas Susah Mati Neelofa says:

    Vanidah Imran jugak yang lawa….

    0

    0
  2. eleh eleh says:

    xpenah tgk…oke ke show ni?

    sory out of topic. : abg nara, sape perempuan yg kahwin sorok2 dalam soseh2 Hmetro hari ini tu yer? *katanya wanita itu pernah kapel dgn seorang pelakon komedi dan juga bintang dari program syampu rambut. adakah dia adalah fida ex mamat??? :D

    0

    0
  3. Kurus says:

    abang nara ni merajuk ke
    tk nk update gambar2 abpbh

    0

    0
  4. Rooney says:

    Nara ni takde topik lain ke nak bukak?

    OMGHEEE…. boring aku

    0

    0
  5. #jenipiahl0pez says:

    at least tak lawa langsung aku pun sampai takde ar tahap nak tayang dada.. lawa tinggi mana pun tetap ke SANA.. ko mesti suka tayang dada ko gak kan anony? pui :D

    0

    0
    • Anonymous says:

      sbb ko tak lawa la ko xtayang dada, klu x lagi la huduhdotcom..ade ke aku ckp tayang dada xkan ke SANA?? soooo ko nak kata ape? ko ahli syurga ke?? puiiihh!

      0

      0
      • #jenipiahl0pez says:

        eh2! melompat plak ko… aku pn tak kata yg aku ni ahli syurga atau neraka.. hanya yg LAYAK akan ke sana.. lawa bukan terletak pada dada.. officially USE brain before typing nonsense.. :)

        0

        0
      • Kipas Susah Mati Neelofa says:

        Habis tu, ko tu berotak sangat lah, bukak cerita pasal tayang dada tu?

        0

        0
      • Anonymous says:

        eh ko yg melompat, kata aku…mmg lawa x terletak pada dada, bila aku kata lawa kat dada? aku kata muka kau x lawa, sbb tu ko kutuk org lawa mcm neelofa, sibuk sgt ngan dada neelofa, ko pegi la letak silikon kat dada ko la wei, jeles bebenorr.. what do u mean OFFICIALLY use brain before typing nonsense? what r u trying to say? wth? can u write properly pls?

        0

        0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      kalau ko dah sedar yang kita semua akan ke SANA, so stop ngata orang k.. ko pun bukan perfect sangat..

      0

      0
  6. […] tengah hari, biasanya kami berdua gemar lompat-lompat channel. Namun Ahad minggu lepas … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Apabila, Chef…, KanakKanak, Menjadi by Azrael. […]

    0

    0
  7. saf says:

    tak satu komen kat atas ni, berkenaan topiknya. tak faham aku..

    tapi aku rasa, rancangan ni majoritinya yg memasak adalah org dewasa yg dipasangkan bersama kanak2 tu. ada satu episod tu, siap mak dia tepis tangan anak dia yang nak gaulkan bahan.

    kesian budak tu, baru nak merasa cam junior master chef

    0

    0
  8. meeradriana says:

    lagi suka tgk masterchef junior..

    0

    0
  9. anon says:

    komplete. bahasa apa ni??

    0

    0
  10. gg says:

    ini iklan sampah..just straight tu gosip ok

    0

    0