Written by Bella | November 19th, 2016

Baru-baru ini Diana Danielle ada mendedahkan beliau hampir bercerai dengan Farid Kamil kerana beliau sudah tidak tahan lagi untuk memendam rasa atas beberapa masalah yang mereka hadapi. Pendedahan Diana itu mengejutkan peminat mereka yang sehingga hari ini tidak putus mendoakan keharmonian rumah tangga mereka.

Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan, Farid akhirnya telah tampil memberitahu status rumah tangganya kini.

Menurut Farid, apa yang sudah berlaku membuatkan hubungan mereka lebih rapat dan rumah tangga mereka lebih manis. Buat Farid, ia adalah asam garam kehidupan sebagai suami isteri.

Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan.

Farid tidak terkejut apabila ada keluarga yang bertanyakan hal berkenaan rumah tangganya kerana sebagai selebriti pasti ia menjadi tumpuan ramai.

Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut. Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai. Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi.

Alhamdullilah, baguslah kalau semuanya semakin membaik. Dalam rumah tangga pasti akan ada pasang dan surutnya, ia bergantung kepada pasangan tersebut untuk menyelesaikan segala masalah. Kami mendoakan agar rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Astro Gempak

23 responses to Apa Yang Berlaku Buat Kami Lebih Rapat Dan Gembira – Farid Kamil

  1. kak mah kebabom says:

    Biasa tu..masam2 manis alam rumahtangga..apepepun syukur alhamdulillah anda berjaya melepasi ujian kalini..meraung lah iblis syaitan tgk korang dh semakin bahagia

    14

    0
    • Anonymous says:

      nak tau tak… sini ada kawan .. tapi tak tau lah .. dia kawan ke tak.. coz .. kadang2 baik.. kadang2 mcm annoying .. huhhhh… tulah.. baru kenal dia.. cuma … boleh jadi kaWan ke tak.. dia kalah dalam sukan.. then .. bila ucap congratulations .. dia cakap mcm … congrats apa kalah.. then .. baik pulak .. ????????????????????

      0

      3
  2. Anonymous says:

    dlm rumah tgga kena ada bnyk tolak ansur…wanita ni dia akal pendek(jgn kecam sbb aku pun wanita), sebaiknya jgn lah terburu2..ada mslh jgn sekali2 kongsi dlm media sosial, selesaikan cara baik, keep it between you two husband and wife only. kecuali dh smpai mencederakan both physically and mentally, minta tlong keluarga terdekat ataupun pihak2 tertentu.

    10

    0
  3. Anonymous says:

    selalu statement yang begini,tak lama lagi bercerai lah tu.

    1

    11
    • ninie says:

      think positive, tak baik predict kejatuhan rumah tangga orang. They know better than us.

      14

      0
      • greenfingers says:

        Anonymous 1.28pm hati dh karat dan hitam sb tu xrasa bersalah ckp mcm tu. Otak slalu pikir negatif, kesian pasangan kau. Kau dh kawen belum? klu belum kawen zip mulut tu. Klu dh kawen, kau jaga ja suami/isteri elok2, arap2 tak bercerai. Klu dh duduk sebumbung tu, pasal tak tutup lampu pon boleh gaduh besar. Kdg2 kita dh tgh penat, penat dgn kerja, stress dgn opis semualah, bila balik rumah nk uruskan anak lagi, mmg kena byk bersabar. Benda ni even najib pon xlarik dari mslh rumahtangga, org luar xpayahla nk judge itu ini, bukan korang yg kahwin dengan depa pon.

        5

        0
  4. Nadari says:

    Kenapa tengok Diana dah tak macam dulu. Makin kurang cantik. Dulu cantik gila tau dia ni ????

    8

    0
    • Maya says:

      Perempuan bila dah kahwin ada suami memang akan nampak tua walaupun umur muda. Memang dah natural macam tu..

      3

      2
      • Gula coklat says:

        Ye memang betul perempuan yg dah kahwin akan nampak tua. Pernah sekali jalan2 dekat mall…ingatkan yg tu adik yg tu kakak…..rupa2nya terbalik. Yang adik dah kahwin memang nampak tua mcm 30an walapun umur baru 22 tahun…..kakak dia umur 24 tahun belum kahwin nampak muda setaraf dgn umur dia. Stress urus rumah tangga maybe…tu yg nampak tua.

        5

        0
        • kopi o says:

          Anak dara atau janda memang lah nampak muda sebab dorang tak dak suami nak layan. Jaga diri sendiri aja. Mekap, pergi spa, exercise jaga badan, jalan tanpa lelaki disisi…..memang lah nampak muda. Perempuan ni bila tak dak suami aura dia lain tau.. bila dah bersuami aura dia lain.

          11

          0
    • jamilah says:

      honestly, nampak muka diana tak happy
      muka stress

      7

      0
      • Anonymous says:

        cam xpercaya baca statement FK ni…Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi…. yelah tu…..xnampak pon ko ni jenis bermuhasabah…. xlama ni….

        0

        0
  5. nok gebuzzz says:

    doakan yg baik2 jer la…walaupon bukan minat sgt..

    abg nara bila nak update pasal ASK yg hambar tu..??

    5

    0
    • Cik Puan says:

      Nara ni kalau si lofatah punya cerita, kak Lina punya cerita, bukan main cepat. Gosip murahan laju, tapi Nak lapor pasal Majlis Anugerah siapa menang, bukan main lembab, padahal tu laa penting kita nk tahu, Nak kenal artis2 yang betul2 berkualiti dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Bukan artis je, team produksi dan lain2 pun. Please laaa Nara, jangan jadi ruangan gosip yang low class. Jangan pilih bulu siarkan pasal berita artis. Tq.

      14

      1
  6. Mia says:

    Setiap ape yg terjd tu ade hikmahnye.. all the best farid and DD.. :-)

    2

    0
  7. dah rasa sikit dulu.. says:

    Tak minat la kat diaorang ni.. Tetapi bila bab rumah tangga, aku harap korang janganlah bercerai. Siapa pun yang salah atau lemah, usaha la atasinya bersama. Sayangilah keluarga. Aku pun alami badai, tapi aku sayang keluarga aku. Suatu perkahwinan atau sesebuah keluarga itu adalah nikmat dalam kehidupan. Tak pernah sempurna, tapi satu kepuasan bila sentiasa bersama. Bila setiap apa dihadapi diatasi bersama, terasa nikmat. Walau rasa bosan, walau rasa beban, tapi tak pernah sesal. Petua arwah atuk, lelaki jadi imam, semua kena jujur dan ikhlas.

    8

    0
  8. noon says:

    Farid ni kenapa tak jaga Diana betul2?
    dari awal mcm ada yg tak kena….Diana bersengketa dengan Ibu dia bila kahwin dgn Farid. Farid ni mcm batu api jer tak langsung nak pujuk mak mertua.
    Pastu nampak lah kerja2 rumah Diana kena buat sendiri…even masa dia sarat mengandung…nampak muka Diana ni sentiasa haggard jer….x berseri langsung.
    Sayu tengok Diana mengajar Muhammad memasak dan basuh pinggan bagai….agaknye Diana xnak anak dia jadi mcm Farid.

    11

    0
    • Mr.tom says:

      Bkn farid yg batu api. Diana sendiri yg merajuk dgn maknye sbb isu mak dia terlepas ckp anak 1st dorang tu maybe anak b4 dorang nikah. Pokok takkan bergoyang jika tiada angin. Aku pun tak paham kalau betul kenapa dendam dgn mak sendiri, kalau salah pun kau sbg anak pertahankan yg benar. Sudahnya senyap mcmtue jerk. Diana lupa mak yg byk sokong dia. Jgn salahkan farid. Anak sendiri yg buang mak.

      5

      0
  9. Siti Payong says:

    Aku rasa tak lama lagi akan berakhir juga…….bukan aku minta tetapi kalau tak silap aku sejak mula2 bercinta lagi mereka ni pernah berpisah.Dan pada masa tu Farid pernah memberitahu seorang wartawan yamg beliau tak tahan dengan mulut Diana yang terlalu suka bercakap banyak.

    3

    0
  10. makdara says:

    diena jeles dgn putri sharah sbb samsul tu kaya raya dia melepas skrg kena hadap parid pulak

    3

    0
  11. lan says:

    Cerita romantika pun tak nampak diaorang sesuai…mcm di paksa2 jer.
    kesian diana…mmg x selera lah tgk farid ni.
    jenis yang taknak berusaha….apa pencapaian dia ni?
    apa2 pun anak2 diaorang comel and bijak.
    Harap Farid please make more effort lah…in career and marriage.

    5

    0
  12. redha je says:

    ape pun semoga semuanya baik2 sahaja… diana please cari ibu tu… kite tak tau cerita apa… sapa salah sapa betul tu x penting. redha dan doa seorang ibu ni penting. kadang2 apa yg jadi dalam kehidupan tu ada kene mengena dengan doa dan redha seorang ibu… kite mendoakan yg terbaik tuk diana, farid dan ibunya.

    1

    0