Written by AbangNara | May 12th, 2010

thomas cup piala thomas 2010

Kecewa betul semalam kami bila tengok aksi pemain badminton negara masa lawan Jepun. Dato’ Lee Chong Wei dengan beregu nombor 1 je yang boleh diharap. Yang lain main macam tak nak main. Tak ada semangat langsung. Lagi-lagi si Hafiz Hashim tue. Shuttle tu boleh smash tapi tak reti-reti nak smash. Habis terkeluar carutan kami tengok dia main.

Sebenarnya bukan badminton sahaja yang makin merudum untuk sukan negara kita nie. Bola sepak jangan cerita lah. Memang dari dulu lagi tak pernah nak naik-naik. Sepak takraw dengan Korea pun dah kalah dah sekarang. Nak harapkan pun dekat Nicol David je lah pun. Dia sorang je yang maintain menang.

Dulu masa kami belajar dekat Korea, kami rasa malu sangat bila pakcik-pakcik bawak teksi tanya apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia. Siap ada sorang pakcik teksi nie ingat lagi kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari. Dia siap mengaku lagi yang dulu Korea selalu kalah dengan Malaysia. Sekarang nie Korea nak buat perlawanan persahabatan dengan Malaysia pun dah tak nak dah. Buang habis beras jer.

Sempena dengan Piala Thomas nie, kami nak mengajak anda terutamanya jika anda bergelar seorang ibu bapa. Biarkanlah anak-anak anda bermain. Jangan asyik suruh dia baca buku je. Negara kita perlukan ahli sukan.  Kalau nampak anak anda memang betul-betul berbakat dan berminat, bagi dorongan dan galakan kat dia. Nanti dia jadi juara, anda jugak yang akan tumpang glamer.

Kami dah habis idea nak fikirkan cara nak majukan sukan kat Malaysia nie.  Apa-apa pun, meluat mana pun kita dengan pasukan Piala Thomas Malaysia, sama-samalah kita teruskan menyokong diorang.  Hari nie suku akhir lawan Denmark. Harapan ada tapi macam tipis jer nak menang. Kalau dah kalah nak buat macam mana kan? Namanya pun takdir. Tak gitu?

P.S: Maaf tetiba borak pasal sukan plak kat sini. Teremosi dengan kekalahan pasukan Piala Thomas kita dengan Jepun semalam. Kecewa sehingga kini.

58 responses to Apa Nak Jadi Dengan Sukan Malaysia?

  1. za says:

    husemate smlm tgk game ni mcm tgk cite hantu…duk menjerit…hehehe

    0
    0
    • za says:

      * housemate

      0
      0
      • FTNer says:

        hafiz dengan beregu bermasalah itu memang trouble maker!!

        kalau malaysia kalah hari ini, aku bakar tiket final!!

        0
        0
        • teko says:

          paling benci dengan beregu kedua tu..main ntah apa2..takde semangat lansung nak fight balik..kl kalah tapi cuba kejar takpe..ini bodoh camtu je bagi mata straight kat jepun..macam hafiz ok lagi aku rasa sebab dia cuba kejar mata, tak putus asa..berbaloi lah jugak kl kalah 3 set..bengang gila aku semalam kat beregu kedua tu..dahlah tak profesional..

          0
          0
        • keyrol says:

          bersedia la untuk bakar tiket tu..huhu

          0
          0
    • Aku says:

      Tak yah bincang le wat sakit hati je…cakap bukan main besar lagi.

      Ni apa pulak dah jadi KECOH: Johan Raja Lawak cedera di muka selepas bergaduh

      0
      0
      • futuremg says:

        ‘jgn asyik suh anak baca buku jer’?…salah lar statement ko bro, Nicol David main squash tp dia pon pandai gak kan?…pemenang olimpik acara kayak graduate from oxford..so ape macam bro?…the point is,ko tgk jerk pemain bola kita nie, sambel maen bola kuat minum kat kelab…kalo hoki lark, ramai atlet kita yg bukan atlet sepenuh masa…one more thing, gomen pon salah gark, balik2 bagi tumpuan kat acara2 traditional cam badminton, bola sepak dll..pekata majukan plak sukan2 cam bola baling, bola tampar, pingpong…utk dicari para pelapis…tp gomen sebok nak carik kuasa kan…so takbleh cakap per ar kan….

        0
        0
        • ding dong says:

          betul2 ang cakap……aku rase mcm bang nara ni klau nak cakap paper x pk dulu….study+blaja tuh bagus…..baik bang nara duk pesan kt mak bapak yg asik duk galakkan anak2 duk kejor dunia glemer…..mcm nak jadik artis. penyanyi..suara sumbang…baik jd ahli sukan,. yg minat blajo tuh bior ler……sengal tuh laaa klau sme rakyat mesia mcm bang nara ni…….

          0
          0
  2. Neslo says:

    rase mau terlena melihatkan apis bermain…hehehehehe.. agak kaciwa..huh. ='(

    0
    0
  3. natts says:

    serius cakap, mmg geram giler tgk hafiz main..GERAMMMM..xde semangat lgsg,sekurang2nya dia lebih bersemangat main tempat sendiri.penonton sendiri,menteri2 pun ada menonton…aku tgk kat tv.rasa nak baling jer remote tu..pls lah kembalikan piala2 ke M’SIA…aku dah tak minat badminton lagi…frust!

    0
    0
    • Fact-oriented Person says:

      Itu belum sukan yg berprestij macam bola sepak, tenis, golf lagi.. Badminton belum dianggap berprestij & ianya boleh dilihat pd prize-money sukan ni..no wonder ianya di’buang’ dari sukan Olympic yg akan datang ni..squasy lagi la..

      Aku frust dgn segala mcm sukan yg Malaysia ceburi sebab pastinya mengecewakan mutakhir ni.. Kalau dulu2 tu masih boley berbangga..skrg malu boley la..

      0
      0
  4. Kancilbiru says:

    mmg pun…tak puas hati betul dgn hafiz hashim semalam.. main macam tak nak main…

    0
    0
  5. Fact-oriented Person says:

    Entah kenapa ada beberapa pihak enggan menerima sebarang kritikan dlm bab2 sukan nih.. Bila peminat2 krtitik, dikatakan tak patriotik & tiada semangat kesukanan lah..taknak tengok kemajuan sukan lah..itu lah..ini lah. Kita rakyat Malaysia nak jugak berbangga kalau negara kita boleh setanding dgn negara2 lain dlm sukan2 yg berprestij..spt bola sepak. Bukan saja2 nak kutuk..sebab kalau dah bagus, mestila kita puji & takkan kutuk.

    Ini prestasi hambar lagi hampeh, truk sangat2 & yg bestnya semakin merudum, bukan meningkat.. Tak larat dah asyik kena bagi semangat je sedangkan pemain2 sendiri haram takde semangat nak menang.. Tengok si Apis Hashim main smlm pun boley nampak.

    0
    0
    • FASHION says:

      betul3..pendek kata manusia ni susah nk terima kritikan..kita pun same gak..td tgk perseorangan wanita..msia lwn indnesia..kalah..kecewa gak..harapnye dekat dato’ chong wei je la..ape2 pon, all the best buat semua pemain esp pemain badminton Malaysia ku yg tercinta..mainlah kerana negara..jangan kerana duit semata-mata,.

      0
      0
  6. Pynkyf says:

    Abg Nara, saya pernah jumpa Chong Wei, Roslin, Hafiz dan Nicol David bbrp tahun dulu in my line of duty. Chong Wei and Nicol are very determined and focused individuals, which is not a surprise why they fare so well in their game. Soalan seterusnya: Kenapa orang kita susah sgt nak maju? Ini juga tidak terhad pada bidang sukan sahaja…

    0
    0
  7. mama says:

    mmg sgt2 GERAMMM……tuhan dh anugerahkan ketinggian utk die smash….dia boleh men selamba badak jerr….dah lerr game penentuan…..hangin betul mama semalam tgk hapiz tu….sampai anak2 pun heran apasal la mama bad mood jer smlm….huhhhhh !!

    0
    0
  8. pizza says:

    Aku tgk kat TB1. Si pengacara dua orang tu sampai tak terkata apa. Dia suh kita penonton nilaikan sendiri mutu permainan Apis. Tinggi lampai tapi x berapa guna. Malas smash. Aku tabik kt si Jepun tu, setengah mati dia main. Pergh, kalau dapat kt Lin Dan, kejap je dia bereskan game mcm tu.

    0
    0
  9. bheemaa says:

    ya la, waktu HH lwn ngan si jepun tu.. haiiiizzz… si jepun tu dah la letih giler, HH pulak msh berstamina tp blh kalah jugak… si jepun tu pun dpt poin bukan sbb dia kasi HH mati, HH yg buat silap pukul keluar sume bulu tangkis.. :'( …. yg bestnya, babak2 akhir yg mana si jepun dpt poin 20… sy ingat HH akan bangkit dgn tiba2 dan hapuskan HH… sayang..kalah jugak… HH sebenarnya boleh tp tak tau la apa dah jd…over konfiden kot…. game HH ngan si shoji sato tu ok… yg game beregu sebelum game HH tu la yang ku naik darah… dah la ketinggalan poin byk, muka masih selamba je.. Fairuzizuan ngan Mohd Zakry patut main dlm negeri je…x payah nak main utk Malaysia… bila dah cukup terer, baru main utk Malaysia la.. malukan Malaysia je… sy tengok muke selamba dia…ishhhhh… nak beri penampar… mereka kalah mudah… dah la cepat dimatikan oleh Kenichi ngan Kazuno, lagi2 mereka buat silap byk… Malaysia first time kalah dgn jepun dlm sejarah Thomas Cup…hmm… its all fate… moga2 sukan Malaysia blajar dr apa yg berlaku skrang dan maju ke hadapan… >:(

    0
    0
  10. bantal busuk says:

    msia jgn hrpkn datuk lee chong wei je.. Sma2 brusaha.. Bang nara xkluarkn isu johan RL ngn pngarah tu ke? Nk tau gk cmne bleh johan cedera kt muka tu..

    0
    0
  11. nothing 2 say says:

    tak elok la bang nara kuar statement mcm tu.. kesian kat player.. diorg dah main sungguh2 n cuba yang terbaik.. nak buat cmner lawan mereka mmg hebat.. cuba baca ni:-

    BE SPORTING, APPEALS CHONG WEI TO M’SIAN BADMINTION FANS
    Bernama – Wednesday, May 12SendIM StoryPrint
    KUALA LUMPUR, May 11 (Bernama) — Malaysia’s badminton team captain Datuk Lee Chong Wei has appealed to local badminton fans watching the Thomas Cup tournament at the Putra Stadium in Bukit Jalil to be more sporting by not jeering at the losing Malaysian players.

    He said he appreciated their presence to support the national team as all the national players competing in the Thomas Cup or Uber Cup wanted victory.

    “Nobody wants to lose. But there are factors that have a bearing on players winning or losing. We hope the spectators will be more sporting and not jeer the players.

    “The players will feel pressured if they are jeered at on home ground, and this is not good for team spirit,” he told reporters, here, today.

    He was earlier asked to comment on the jeering by about 1,000 badminton fans at national doubles pair Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif who tamely lost 15-21, 12-21 to Japanese pair Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto in 27 minutes.

    Chong Wei also advised Mohd Fairuzizuan and Mohd Zakry to forget tonight’s incident and focus their attention on their upcoming quarter-final match.

    — BERNAMA

    ZAS HK MO

    0
    0
    • Pynkyf says:

      couldnt agree more! kita boo ikut sedap mulut, cuba kita sendiri yg jadi pemain, mesti terkucil punye!

      0
      0
      • Fact-oriented Person says:

        Kritik itu perlu kalau nak meningkat..tak semestinya setiap kritikan bermaksud menghina atau mencerca, or to demotivate etc..

        Peminat2 teringin nak tengok kemajuan yg lebih dari pasukan negara..bukan sekadar main ikut suka je sebab peruntukan utk memajukan dah makan beratus2 juta!

        Kritik ni kadang2 mcm nasihat..nak tengok supaya lebih baik. Kalau kritik tak boleh, asyik support je walaumacamana teruk diorang perform, konfem la sukan kat Malaysia ni akan lagi bertambah hampeh!

        0
        0
  12. matjoe says:

    hope they can win against denmark

    0
    0
  13. Jojio says:

    Sebenarnya negara kita banyak pemain yang berbakat tapi time pemilihan tu yang menjatuhkan mutu sukan kita…try tanya mereka yg terlibat sure ada jawapannya.

    0
    0
  14. hafizmd says:

    harap hari ni player dapat tunjukkan kualiti permainan yg lebih baik..moge menang..

    p/s – malas dah nak komen pasal game semalam..huhu

    0
    0
  15. ieda says:

    atlit dulu2 bersukan nak menang untuk maruah diri & negara….atlit sekarang nampak RM…bila RM kurang prestasi pun semestinya kurang…

    boleh nampaklah siapa yg bersungguh2 main tp kalah & sapa yang main main-main.

    0
    0
  16. joegrimjow says:

    bro, tau x yg lesen judi dan diluluskan kepada kumpulan berjaya. cukai dari hasil judi ni ada dugunakan untuk pembangunan suka

    sbb tu kot.. tak berkat
    huhu

    ada tinggal link bro kat entry tu

    0
    0
  17. Hitler says:

    negara lain…negara jaga kebajikan pemain…negara kita camane…adakah anda rela perjudikan masa depan anak anda??

    0
    0
    • Zaza Muhammad says:

      malangnya ibu bapa lebih teruja untuk memperjudikan masa depan ank2 mereka dgn menggalakkan mereka menyertai program realiti nyanyian yg belum tentu menjamin masa depan anak mereka…. bkn semua org mampu menjadi kaya seperti ‘Siti Nurhaliza’ ….
      veteran sukan agak terjamin jika dibandingkan dgn artis2 veteran….

      0
      0
      • ding dong says:

        btul2…..bkn stakat mak bapak…bang nara skali….hahahaha…hiburan hiburan dunia glemer…kesian mesia

        0
        0
  18. Zaza Muhammad says:

    Sabo Sabo.. aku pun smpi nk tuka cenel..geram sesgt smlm…. semoga diaorg akan amik iktibar so that don ‘play play’ pasni just play game je. just imagine, kate kawan aku, kalau le ngan nigeria pun kalah gak, mmg malu gilerrrr aaa, sib baik menang free….
    wake up wake up !!!!!!!!!!!!!!

    0
    0
  19. lipanbesi says:

    suka entry

    0
    0
  20. MIEY says:

    Habis mak bapak dok suruh anak masuk realiti tv jea.jd atlit pun blh kaya gak.bleh g oversea lagi.nk pakai seksi pon bleh (squash blh pkai skirt…hehe).dr jd artis yang ntahpapentah

    0
    0
    • Zaza Muhammad says:

      betul3x… masa depan lebih terjamin dr jadi artis.. tetap akan diappreciate.. bkn saje leh kaye, sihat tubuh badan… semoga ibu bapa lebih menggalakkan ank2 menyertai sukan (selain blaja tinggi2) dari program realiti nyanyian yg byk propa dan ntah apa-apa..

      0
      0
  21. BumbleBee says:

    geramnyer tngok wong choon han main lawan denmark ni….mmg betul laa kata BN…yg bleh harap datuk LCW ngan beregu KKK&TBH jer…yg len hampeh. Main mcm nak x nak jer…rasa nk smash kepala diorg ngan raket tuh….huh~

    0
    0
  22. kiki says:

    bila la org melayu nk maju…business pun org cina pegang..sukan pun nk org lain pegang jugak ke…yg org melayu leh bangga2kan hiburan…tu pun takat mana jer la…popular setahun dua pastu lesap…huhuhuhu… oh tidak!!!!!!!

    0
    0
  23. velasrizal says:

    tak sangka blh kalah kan..semoga jadi ikhtibar di masa hdpn..

    Letak Jawatan Angkara Skandal Seks ?

    0
    0
  24. thenthang says:

    cayalah malaysia menang ngan denmark…3-2…hafiz dh tunjuk die mampu menang gak malam nih…

    beregu kedua malam nih pon walaupon kalah..still tunjuk permainan yang bagus…

    lepas nih malaysia-china plak..harap2 menang..pastu ulang balik sejarah piala thomas 92′

    go malaysia!!!…

    0
    0
  25. haikal says:

    selama ni nak tau ape pers badminton m’sia (BAM) buat, tiada perancangan rapi dari segi pelapis muda ke balik2 muka wong choon han. bukan benci dia tapi dah berumur pun masih lg jadi taruhan. tgk negara lain spt china, indon, denmark tak ketandusan pemain2 pelapis.. fikir2kanlah…

    0
    0
    • pizza says:

      Wong Choon Han pun bukan under BAM. Dia byk concentrate utk game luar tapi sbb kita ketandusan bakat baru, terpaksa la pangge jugak pakcik tu balik. Umur dia tu dah kira veteran utk main badminton. Kalau nak menang, dia mesti setel game dlm straight set. Tgk semalam dlm rubber set, dia pancit. Tak larat sgt2 compared to budak Denmark umo 23 tahun tu. He’s 10 years older. Stamina cepat tumpul bila drag game lama2.

      0
      0
  26. manjalara says:

    dah la main mcm taik, bodoh sendiri pastu marah nak serang penyokong…….buat malu nama m’sia jer

    0
    0
    • pizza says:

      Tu la, padan muka dia kena gugur drpd main semalam. Dapat peluang tu kt pemain simpanan yang ternyata sgt berbakat. Aku ingat kekalkan terus jer gandingan baru ni. Nampak lebih serasi dan berkualiti.

      0
      0
  27. nothing 2 say says:

    berdebar nak tunggu perlawanan ngan china sok… harap2 kita ada miracle….

    0
    0
  28. wut-so-ever says:

    penyokong m’sia xde semangat supportive langsung….support bile tyme menang je….tp bile tyme kalah, abes “dicarutkan” pemain yg da berusaha sedaya mereka….think +ve la….adat permainan…ade ms kalah…ade ms menang…kn sume suda ditentukan Yang Maha Kuasa….siapa kite utk megadili mereka??

    0
    0
  29. john says:

    ape bende lah ko nie. ingat main badminton keje nak smash je? jangan jadi bodoh. die dah bertaun main, die tau lah. kalau ko duk mencarut je memang patut. sebab ko tak pandai main badminton. bangang.

    0
    0
  30. siti says:

    saya rasa tak perlulah disalahkan pasukan kita. masalahnya skrg penonton tau bercakap ttg apa yg blaku, apa kata penonton/ peminat tu sendiri yg main.cakap mmg senang, tp nk buatnya bkn mudah. fikirlah sendiri…

    0
    0
  31. eiyka says:

    Jgn r kutuk lbih2..Mgkin nasib M’sia x baik.. nak harapkan korang y lawan, lg hampeh r jwbnye…so renung-renungknlh

    0
    0
  32. eiyka says:

    ha, 1 ag, jgn lupe sokong m’sia mlm niy.

    0
    0
  33. wanakin says:

    selagi amalan kroni masih berleluasa….selagi tu lah sukan kat malaysia ni akan berada kat tahap tuuuu jeeee….

    0
    0
  34. Good stuff, thanks for posting. I was actually looking for something else and this site came up lol. Oh well, 2 minutes of my life gone! Totally worth it though!

    0
    0
  35. Seeing that i have been exploring temporarly for a pleasant study with reference to this one topic . Researching in Yahoo I lastly came across this web site. Reading these details I am relieved to convey that I get a good uncanny feeling I came across precisely what I needed. I most certainly will make sure to remember this web-site and check it out consistently.

    0
    0