Written by Bella | August 20th, 2015

Pelakon yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan cantik rupa parasnya, Anzalna Nasir memberitahu beliau tidak perlu bersaing bersama rakan seperjuangan iaitu Neelofa dan Tasha Shilla yang  sama-sama lahir daripada program mencungkil bakat Dewi Remaja kerana percaya setiap daripada mereka sudah mempunyai aturan rezeki sendiri.

Jangan membandingkan saya dengan rakan seperjuangan saya menerusi program Dewi Remaja kerana masing-masing ada rezeki sendiri. Saya berpendapat, tidak perlu berlumba-lumba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lain.

Asalkan ada tawaran yang tidak putus, itu sudah mencukupi buat saya. Tidak timbul istilah iri hati kerana saya sendiri bangga dengan pencapaian rakan pada usia muda. Alhamdulillah, rezeki saya pun sudah tertulis dan saya selesa berada di tahap ini dengan sokongan peminat tanpa henti.

Selain itu, Anzalna sebelum ini pernah mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan teman lelakinya Hanif Zaki tidak lama lagi dan mereka sekarang sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis tersebut.

Walaubagaimanapun, Anzalna hanya akan mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka sebulan sebelum ia berlangsung.

Untuk apa kita ada rasa iri hati melihat kejayaan orang lain bukan? Percayalah rezeki itu memang sudah tertulis untuk kita apa yang penting kena rajin dan usaha untuk mendapatkannya.

Sumber Berita: BH PLUS

18 responses to Anzalna Tidak Iri Hati Dengan Neelofa Dan Tasha Shilla

  1. huhuhu says:

    Tasha shila dewi remaja ke??? tahun bila??

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tengok Anzalna pun tau dia bukan jenis macam tu….
      Lagi pula, dia mempunyai kelebihan tersendiri jadi tak ada apa nak jeles…
      Malahan orang jeles kat dia adalah…

      0

      0
  2. mulut celupar says:

    aku minat anzalna..

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    haritu masa meletop ok jer anzalna n neelofa,wartawan2 kat Malaysia ni cari la gossip yg lain dari nak melagakan org,rezeki masing2……….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    suke sgt tgk anzalna.. pd sy secare luaran dia seorang wanita yg sempurna. arap2 dalaman pn secantik luaran.yg paling penting hati. peace!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    anzalna,neelofa n tasha shila masing2 dah ade brand tersendiri…xde masa nak mendengki…media je suka putar belit n laga2kn org…tiga2 pun dah femes..ape ade hal…

    0

    0
    • Anonymous says:

      salah..anzalna n neelofa je ade brand sendiri. aku tak nmpk tasha shila punya brand kecuali tayang body sana sini.

      0

      0
  6. Anonymous says:

    alaaa…perempuan fake ni…luar je nmpk cntk,lembut tp hati ………..igt lg dlm melodi die sound bini izzue bkn main lg….bongkak…jgn smpai Allah tarik blek nikmat tu..jgn terlalu bangga sgt diri tu cntk ok..

    0

    0
    • minah jambu says:

      dia sound bini izzue ape kt melodi ? dia nk gadoh ngan bini izzue ke ? jangan2 bini izzue yg sound anzalna dulu pasal dia jeles anzalna bebual ngan laki dia si pendek izzue tu huh ! anzalna dia tk macm minah tudung kampong yg suka jeles n rembat laki orang n hipokrit pijak semut pon tk mati…kecantekan anzalna itu anugerah Allah pada dia yg kau sakit hati kejambuan dia tu apesal ? jangan2 kau ni jenis yg tutop2 muka n nampak mate aje tak babtu kau jeles kecantekan anzalna..

      0

      0
  7. krios says:

    of kos anzalna tak sempurna. tapi compare dgn yg lain, anzalna agak simple,dah couple bagi tau, kenalkan bf dia,xpayah nk cover2 ayat cliche. dia buat salah dia beralah. walaupun masih belum berhijab (itu ukuran asas tipikal rakyat malaysia samada org tu baik ke tak) tapi so far dia paling lady-like.
    All the best, Anzalna!

    0

    0
  8. Anonymous says:

    aku rs tak ada sebab dia nak jeles. jrng ada gosip2 liar. berlakon pun ok, setia dgn bf..

    0

    0
  9. Saya says:

    Saya suka tgk anzalna nie… Jelita tul… Cantik…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    bg aku dia tak de bakat lakonan..jd model blh la.

    0

    0
  11. zikry haikal says:

    setuju dgn sume2 komen positif psl anzalna.. a lady-like and pretty..

    0

    0
  12. karisma says:

    Saya suka tengok Anzalna berlakun dalam citer Memiri Cinta Suraya dia jer bersopan dalam citer tu perempuan yang lain semua menggatatal hendaknya si betina Miera Lyana dan Zila Bakarin layak jadi perempuan murahan/pelacur.

    0

    0