Anzalna Nasir Nafi Berbadan Dua

Hiburan

Anzalna Nasir Nafi Berbadan Dua

Gara-gara memuat naik foto sedang menikmati buah mangga di akaun Instagramnya, ramai peminat Anzalna yang menyangka aktres itu sedang berbadan dua. Walaubagaimanapun, Anzalna menafikan perkara tersebut dan beliau sebenarnya hanya ingin berkongsi dengan peminat bahawa buah mangga adalah buah kegemarannya.

Advertisement

Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil.

Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya. Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri.

Namun, Anzalna tetap berharap agar peminat tidak berhenti mendoakan agar beliau dan suami, Hanif Zaki dapat bergelar ibu dan bapa.

Soal anak saya serahkan kepada Allah dan kalau rezeki sampai ada lah nanti, malah saya tidak mahu terlalu ambil pusing kata-kata orang.

Saya bahagia dengan kehidupan saya dan ingin berterima kasih dengan peminat yang sentiasa mendoakan agar kami cepat menimang cahaya mata.

Ramai yang tidak sabar untuk melihat Anzalna berbadan dua. InshaAllah, satu hari nanti berkat doa peminat dan rezeki daripada Allah SWT pasti beliau dan suami akan menimang cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...