Written by Bella | May 7th, 2015

Anzalna Nasir pada kami seorang artis yang mempunyai sifat terbuka dalam membicarakan soal peribadinya kepada umum. Sudah menjalin hubungan cinta yang agak lama bersama Hanif Zaki, aktres jelita ini mengakui sudah terdetik untuk mendirikan rumah tangga.

Sedang merencana untuk berkahwin, Anzalna dan Hanif bagaimanapun belum mempunyai tarikh khusus untuk berkahwin kerana aktres itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 148 episod yang memerlukan Anzalna untuk fokus seratus peratus terhadap kerjanya itu.

Perancangan untuk perkahwinan itu memang ada. Namun, sebelum berkahwin saya lebih dulu harus menyiapkan projek drama Memori Cinta Suraya yang dibintangi.

Buat masa sekarang pun, penggambaran drama ini baru siap 60 episod dan saya perlu memberi tumpuan dan komitmen hingga penggambaran selesai.

Saya pun memang sudah bersedia untuk berkahwin. Apatah lagi, saya berasakan kini semua yang pernah saya impikan nampaknya sudah menjadi kenyataan. Cuma, yang masih tinggal impian untuk berkahwin.

Bercerita mengenai teman lelakinya itu, buat Anzalna kekasihnya seorang yang memahami dan sering berada di sisi beliau ketika senang ataupun duka. Malah, Hanif tidak pernah menghalang beliau untuk terus berlakon meskipun selepas mereka menjadi suami dan isteri.

Saya akan terus berlakon walaupun sudah berumah tangga nanti kerana Hanif begitu memahami dan dia takkan menghalang. Dia akan selalu menyokong saya.

Bukan senang untuk setiap orang memahami kerjaya sebagai seorang pelakon, kadang-kadang ada yang cemburu sehingga hubungan berantakan. Buat Anzalna, memang untung anda dapat seseorang yang boleh menerima anda seadanya dan tidak menjadi penghalang didalam karier anda.

Sumber Berita: Harian Metro

 

13 responses to Anzalna Nasir Belum Ada Tarikh Untuk Berkahwin

  1. Anon says:

    Bagus la klau ada plan nak kwin.. Kpel jgn lma2, nanti hilang rsa manis sbb dah knal terlalu lama..
    Anzalna baik u ikut jejak kwn baik u Ramona. Smpai msa nikah je trus, percptkan apa yg patut sbb klau bcinta lma2 sgt pun tak elok. Tgk Nora Danish dgn nedim tu, ke hulu ke hilir asyik bekepit.. Tak manis..
    Moga jodoh berpnjangan ya

    0

    0
  2. minah jambu sayang nenek says:

    muka dia macm the rock pulak si bakal laki anzalna ni

    0

    0
  3. tangkasnet says:

    If you have an election related issue you’d like to see explored, please let me know.
    Then he added a ton of third-and-mediums and third-and-longs.
    For cash games, you should always sit down at the table with at least 20-25 buy-ins for the level you intend to
    play at.

    0

    0
  4. bluberry says:

    cantik Anzalna ni.. suka tgk dia.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    hanif ni kalu ada rambut ..mesti gojes

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tak…sebab aku pernah nampak gambar Hanif ni masa kecik dulu… hehehe… sepupu dia tunjuk gambor tu..sepupu dia kawan rapat aku…heheheh

      0

      0
  6. Anonymous says:

    148 episod? pandai ke dia ni belakon? kayu…xde aura pelakon.

    0

    0
  7. zikry haikal says:

    suke dgn anzalna nasir.. dy cantik sgt and dy berlakon pon best wlaupon watak jahat..cara dy ckp tu yg best.. igt lg mase tgk dy brlakon dlm drama adam dan hawa dulu.. tgk care dy pegang hanset sampai paling sy igt.. smpai terbawak2 dlm real life, sy pon nak pegang mcm dy jgk.. kesimpulannye, sy mmg minat dy..:)

    0

    0
  8. erk says:

    Gi Jakarta berdua je kewww? ok sangka baik.. sangka baikk

    0

    0