Anzalna Enggan Fikir Isu Pelakon Wanita Dengki Dengan Busana Perkahwinannya

Hiburan

Anzalna Enggan Fikir Isu Pelakon Wanita Dengki Dengan Busana Perkahwinannya

Tidak dapat dinafikan busana perkahwinan Anzalna Nasir cukup elegan dan eksklusif ala-ala gaun Barbie dan menjadi viral di media sosial.

Namun, menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak beliau memaklumkan  sebelum busana tersebut dihasilkan,  ada seorang pelakon wanita popular dengki dan cuba untuk menghasut pereka busana itu iaitu Cosry mereka baju Anzalna ala kadar sahaja.

Advertisement

Ini kerana pelakon berambut hitam lebat itu tidak mahu Anzalna kelihatan gah dan meletup pada majlis resepsinya.

Mengetahui tentang gosip berkenaan, Anzalna bagaimanapun enggan terlalu memikirkan perkara berkenaan dan berharap agar pelakon wanita tersebut dirahmati.

Saya tak tahu siapa individu yang dimaksudkan. Jika ada pelakon wanita yang dengki, saya enggan memikirkan sangat mengenainya. Saya mahu biarkan sahaja perkara itu berlalu dan saya hanya berharap semoga dirinya dirahmati.

Buat Anzalna, apa yang penting ialah majlis resepsi beliau pada 27 Februari berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Alhamdulillah, saya rasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyarungkan gaun idaman di hari bahagia saya. Terima kasih kepada Putra Aziz, Alia dan Ijat kerana merealisasikan apa yang saya impikan. Saya gembira melihat kaum keluarga serta sahabat handai berkumpul dan meraikan hari bahagia saya. Saya juga sangat bersyukur kerana majlis pernikahan dan perkahwinan berjalan lancar.

Siapalah yang dengki sangat tu dengan Anzalna? Itulah manusia, kalau nampak orang lebih sikit pasti ada sahaja timbul rasa tidak puas hati. Salute dekat Anzalna sebab masih lagi doakan yang baik-baik meskipun pelakon wanita itu berniat jahat.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...