Written by serenity | November 14th, 2012

Walaupun menerima kritikan dan tidak kurang juga bidasan dari segenap lapisan masyarakat Internet, Anugerah Skrin (ASK) 2012 yang berlangsung 9 November lepas telah mencatatkan jumlah penonton seramai empat juta orang, mengikut kajian yang dibuat oleh Nielsen Media Research.
Menerusi satu kenyataan media melalui mStar Online hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, rating yang dicapai membuktikan kejayaan tenaga kerja produksi anugerah itu dalam merealisasikan konsep dunia fantasi untuk penonton TV3.

ASK 2012 bukan hanya meraikan para penggiat dan karyawan seni tanah air malah ia juga sebagai batu loncatan bagi mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan.

Selain itu, maklum balas yang diterima daripada para penonton bakal menyuntik semangat kepada kami untuk terus berusaha lebih gigih dalam menerbitkan produk yang lebih bermutu pada masa akan datang.

Sejak sekian lama di mana-mana negara, kejayaan sebuah program televisyen diukur berdasarkan jumlah penonton atau rating yang berjaya dicapai. Walaupun ada pihak yang menyalahkan individu tertentu kerana program ASK 2012 yang dianggap hambar, ia adalah penganjuran ASK 2012 yang mendapat rating tinggi dan ini mungkin menunjukkan yang kehadiran individu tertentu sebenarnya berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton walaupun terdapat beberapa orang yang vokal dengan pendapat negatif berkenaan individu dan program terbabit semasa pengacaranya diumumkan sebelum itu.

Pendapat-pendapat yang membina pastinya diambil kira oleh pihak penganjur untuk memperbaiki penganjuran acara pada masa hadapan.

ASK 2012 diterajui oleh Awal Ashaari sebagai pengacara bergandingan dengan pelakon wanita popular, Neelofa bersama Datuk Rahim Razali, Datin Umie Aida, Harun Salim Bachik dan Abon.

Manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Dynas dan Karl Shafek bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Kedua, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor.

Melalui kenyataan itu juga, dikhabarkan TV3 bukan sahaja merangkul kadar tontonan tertinggi di televisyen malah ASK 2012 yang turut disiarkan menerusi laman web www.tv3.com.my/ask2012 turut mendapat kunjungan sebanyak 200,000 pelawat sepanjang anugerah itu berlangsung.

 

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

106 responses to Anugerah Skrin 2012 Catat 4 Juta Penonton, Lebih 200,000 Pengunjung Laman Sesawang

  1. ProfHariz says:

    Dalam hambar-hambar pun empat juta tu noks?

    0

    0
    • Lame!!!!!!!! says:

      Please la, jgn nak memperbodohkan rakyat Malaysia. Statistik tidak semestinya mencerminkan ‘kualiti’ !!!!!

      0

      0
    • haha says:

      yang 4 juta termasuk aku yang tengok tu sebenarnya nak tengok kemeriahan ASK dengan mata kami, nak tengok hasil dari iklan yang digembar-gemburkan dalam iklan tv3…

      konon fairy tale sangat kennn

      tapi semuanya indah khabar dari rupa..

      tadi tv3 ada post pasal ni kat FB, pastu ramai yang kutuk termasuk aku terus post tu di delete…

      0

      0
    • aku noks says:

      org tgok sbb semua org duk update sbb bosan..so org nak tgok.. org masuk laman sesawang sbb nak maki tu ramai..apa bongok TV3 ni perasan..mmg la ramai tapi ramai yg duk maki..aku bertahan tgok pon sbb nk tgok sapa yg menang..lagi satu aku tgok time smpai anugerah jea..time cite melalut cam org bodo tu aku tukau channer.. ni nak tanya nielsen research ni dia research tak time bila yg rating 4 juta tu… apa la yg duk bangga n duk cite kat tv3 lagi la perasan tahun depan leh bbuat lagi ANUGERAH SYOK SENDIRI mcm tahun ni.. aishhh bila nak maju ni

      0

      0
    • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

      Entah2 Datuk J kot yg bayar penonton seramai 4juta utk saksikan kemunculan TS kat ASK tu..walaupun just glimpse2 jah.. tu yg rating naik mencanak…

      0

      0
    • PuanOnew says:

      mmg aku ngaku smpy hbs aku pasang tv3 tu..
      mgkn itu pnyumbg kpd 4juta tu..
      pasang tv3 bkn bermakna aku tgk.
      aku tgk masa penyampaian anugerah je,sb aku curious sgt nk tau spe yg menang,jd tpksela tgk.
      tu pn yg mng anugerah enteprame jap je.
      jd dlm 3jam majlis tu,mgkn dlm x smpai sejam aku tgk..
      aku bkn taknak tgk,tp trlalu bosan dan melalut tah pape.
      seni dan kelainan?mgkn aku buta seni.
      tak phm ape itu seni.
      tp tv3 kne phm,bkn semua org bole mnikmati keindahan seni lg2 kalau dah bersepah part masing2 mcm mlm tu.
      adkh aku trgolong antara org bodoh sbb tgk jugak wpn dh tau bosan?
      sorry,aku tak bodoh.
      aku x amik masa pun utk tgk tv tu sgt,spt yg aku ckp aku tgk kalau ada part bg anugerah je.
      byk mase aku dihabiskan dgn menonton rancangan hiburan korea yg ad SHINee pd mlm tu, yg lebih mnyeronokkan dan mghiburkan aku pd mlm itu..bg mngubati kekecewaan kehambaran ASK mlm itu.
      aku mnta maaf, sbb aku adlh ant pnyumbg 4 juta itu.

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku pun salah seorang dari 4 juta tu.aku pasang tv3 sampai habis walaupun bosan sgt2.tp takde la aku ngadap je tv tu.bila time yg aku rasa best baru aku fokus.kalau tak aku pun melayan fb ngan layan gosip kat bn ni.hahaha….

        0

        0
      • Atasinchi says:

        puan onew:
        dah ade org kate kita bodoh sbb tgok rncangan bodoh.. ape boleh buat.. bukan salah awak nak mintak maaf.. sya pon pnyumbang jgk.. dok tgok kat twitter dorg dok post kutuk2 ASK, jadi hati ni pon tergerak nak hadap. sekali dah hadap.. ;'(((

        mcm awak cakap, kita tgok part yg pemenang tu je. itu pon ade yg miss.. hehe.. law dorang agak2 nak buat lawak bodoh, terus saja tukar channel lain.

        yg tak boleh blah tu, sampai kdg2 scr spontan sy terambil bantal nak cover muka sendiri.. malu yg amat pd lawak yang tak berapa nak jadi tuh.. :-)

        0

        0
    • Hambar says:

      Mmglah 4 juta org tgk tp kjp ja..nak tahu best ker tak..itu ja..mgkn juga peminat Neelofa..lelaki hiudng belang dan para VVIP/VIP yg nak tgk body Neelofa yg mantap..biarpun bakat pengacaraan hampehhhh…

      0

      0
    • Izzy says:

      4 juta kutuk an!what for?

      0

      0
  2. Paling Teruk Anugerah Ni says:

    Indah kabar dari rupa!

    0

    0
    • MEW TWO EX says:

      satu2 nya yg sy suka psl ASK pon nyanyian Misha Omar ja , walaupon lagu seberang , tp sy sukaaa =)

      0

      0
  3. Anonymous says:

    tv3 nak kaburi orang awam la tu..tuiii la

    0

    0
  4. puih says:

    acara fesyen &glamer- tak ada kena mengena dgn ‘bakat’ pun..

    0

    0
  5. Kepologi says:

    aku pn ada tengok gak ASK 2012 ni..tpi buka TV n TV plk y tengok aku ( tidur )..

    0

    0
  6. Please La says:

    4 juta sebab nak tengok kebodohan mereka2 ni.

    0

    0
  7. ramai yg nk mengutuk la tu

    0

    0
  8. . says:

    abg nara..x berkelip mata nti pengomen kt BN ni tengok gmbr ah moi y d atas tu…

    0

    0
  9. PUTRI says:

    hrmmm tipu lh TV3 ni aku tgok x best langsung ngantok jerk..
    kali ni ASK yg hampeh..

    0

    0
  10. Sshh says:

    mula2 tu x sbr nk tengok ASK 2012..tpi rupa2nya indah kabar dri rupa..sedih btl la…

    0

    0
  11. lili says:

    hakikatnya, ramai yg nak nengok kejelitaan & kekayuan’ neelofa sebagai pengacara majlis..diulangi ‘KEKAYUAN’!!!
    sebagai modal nak mengutuk’ beliau..kwang!kwang!kwang!!!!

    0

    0
  12. ASK 2012 lembap says:

    memg ngantuk gila masa aku tengok ASK…lgi2 bila bab sultan razali bercakap…pada aku segala2nya lembab gila…memg bosan…TERLALU BOSANNNNN…..

    0

    0
  13. Menyampah says:

    ok lgi masa cik ta mengacara dari si lofa….

    0

    0
  14. Blog Sensasi says:

    biarpun hambar tapi sbb acara hiburan memang ramai penonton..tambah lak pakaian artis lebih hot dari Hollywood dan Bollywood..artis Malaysia skrg ni over open dedah le

    0

    0
  15. kuda hitam says:

    tv3 promote ASK2012 bagai nak gila..
    kononnya nak tarik penonton yg ASK2012 ni cambest..
    tp bila tonton ASK nie alahai….
    indah khabar dari rupe..
    byk sangat scene2 yang x diperlukan..
    mengarut je..

    0

    0
  16. teqoren says:

    propa jer lebih tb 3 nie…

    0

    0
  17. takeiteasy says:

    munkin ramai yg tgk tapi rata2 tgk coz nk tgk sapa yg mng tu ja…
    kuantiti x penting yg penting kualiti acara tu
    srh tv3 wat kajian yg 4 juta org tu semua bg komen positif o negatif
    rasanya mmg negatif coz acara tu mmg membosankan n serabut
    so next time wat persediaan dr awal lg jgn siar iklan mcm bgs sgt tp at the end hampehhhh
    jgn tgk kuntiti jumlah penonton tgk sma komen depa bru tau bgs o sebliknya

    0

    0
  18. Azlin says:

    Aku tgk ASK2012 sb nk tgk overall “fairytale” artis2..mula2 cm best la mukadimah dia sb adik balqis da bt lawak..pastu,pengacara2 da bt aku down nk continue tgk..But,ble tgk Rita Rudaini bt sketsa dgn AdiPutra,trus xsabar nk tgk ape akan berlaku strusnya..Tp be honest,aku tgk ASK pada ketika itu sb nk tgk Rita bt sketsa dgn Adi.Mmg awesome la..mud jd bersemagat nk tgk diorg.Tambh plak lawak sorotan dr Scha Al Yahya,Ella,Nabila Huda..dgn Rosyam Noor lg.Mmg terbaik la diorg..cume,klu pengacara 2 yg bt spoil dan membosankan..maafla,aku ckp jujur sb ini kenyataan.Bkn dengki,bkn iri hati,tp dis is truly from my heart as penonton.Tv aku,api pn aku byr..jd aku akan ckp bnd yg btl dan benar sahaja..Tme ksh

    0

    0
    • -Ash- says:

      lepeh ni leh la wat tema org tunaikn haji.biaq depa artis2 ni pki baju y sopan jek p sana…hihi…sokg hang azlin.la ni bukn bosan dah tpi meluat mata ceq ni ngok depa suma.

      0

      0
  19. lemi says:

    Nara tak habis2 nak kipas neelofa

    0

    0
  20. mis cantek says:

    aku punya la xsabaq nak tgk ASK ni.skali tgk mcm hampeh.last2 koi 10 dah terlena dpn tv..propa ja lebey depa ni !

    0

    0
  21. Jeng Jeng Jeng says:

    Aku ada tengok gak ASK ni. Ada satu part.aku pasan time Lofa srh audience tepuk tangan. Then merpaksa jer dia org tepuk sebab camera dah fokus kat muka audience. Awal pun tak ada chemistry dgn Lofa. Entah ler aku tengok muka Awal mcm terpaksa jer berganding dgn Lofa. Bukan kutuk tapi ni pendapat aku jer. Rasanya byk org tak suka Lofa even Lofa boleh lah juga mengacara.

    0

    0
    • suke baca gossip says:

      ala, skrip lopa, kejap ayah, kejap lagi ayahanda, kejap bonda, kejap2 ibu… prasan x? setiap butir yg keluar dr mulut die, langsung x nampak die mendalami watak die…. gaya x spontan langsung.. sketsa tu lebih nmpk realiti dalam fantasi.. lopa mcm kt dunia die sendiri…

      0

      0
  22. ntah ape2 says:

    Tv rumah aky rosak bmggu2 sbelum ask . Anta tv pegi repair . Slmat hari jumaat da boleh amik . Aku siap paksa mmbe aku teman pegi amik kan tv tu sbab nak tgk ask pnye psal . Tapi bila da tgk aku rase mcam na rosakkan tv tu balik ! Membazir masa aku je .

    0

    0
  23. Gagak Putih says:

    “ASK 2012 diterajui oleh Awal Ashaari sebagai pengacara bergandingan dengan pelakon wanita popular, Neelofa bersama Datuk Rahim Razali, Datin Umie Aida, Harun Salim Bachik dan Abon.”
    Mcm ade y xkne ngn statement ni….. Ade sape2 tau x?……

    0

    0
  24. peminat bob says:

    kalu tak pasal zahiril adzim ada, memang aku tak tengok hokayyyy… ade plak my sweet scha ngan si gojes nabila ada… sanggup tunggu… part zizan da kuar, okayyy aku kuar jugak dari siaran tu… frankly speaking, sebab ada mereka-mereka inilah sanggup ku layan lopakkk yang hadoooo… sorry lofa…

    0

    0
  25. lili says:

    well, terpaksa la TV3 seret nama pengacara bersama rahim razali, ummi, harun& abon untuk mencover’ kekayuan’ 2 org pengacara asal tuh..
    ada paham…?

    0

    0
  26. patricia says:

    tunjukkan bukti…..

    0

    0
  27. siti nirmala says:

    tak tgk live pon masa tgk kat tonton siti byk skip coz konsep merapu tah pape yg best part erra jadi snow white je

    0

    0
  28. ehh says:

    tipu!!!! tema cam hampeh,pngacara pn hampeh trutama neelofa.aku bkn anti lofa,tp jujur aku ckp lofa mmg xdr bakat jd pengacara.jd pengacara meletop pn rse mnyampah aku tgk.jd model baju je lah cantik

    0

    0
  29. Anonymous says:

    sedangkan BULETIN UTAMA yg ditayangkan hari2 pun xdpt nk menarik penonton ni kan pula rancangan yg mcm ni….yg atas pentas mcm syok sendiri je…

    0

    0
  30. siti says:

    sedangkan Buletin Utama pun dh xdpt tarik penonton….tambah lg rancangan mcm ni…..pelakon atas pentas mcm syok sendiri

    0

    0
  31. Prince Noob says:

    tak tengok pun anugerah skrin… anugerah sampah

    0

    0
  32. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

    terus terang minah jambu nk kate kan kt sini neelofa ni memang dia jambu ayu cantek tapi lakonan dia belom lagi setanding fasha sandha n nabila huda…..sori ye neelofa minah jambu suka berteros trang n minah jambu tk hipokrit lov u neelofaaaaaaa !

    0

    0
  33. yela... says:

    mule2 mmg teruja nk tgk ASK ni tp pengacara2 lak membosankan, baik layan cd dragon ball dr tgk ASK ni

    0

    0
  34. bkn oprah hokey tp opah menang free says:

    4 juta pnonton … walhal 40 juta pnonton skalipun , tk mnunjukkan yg anugerah tu berkualiti , ok !!! itu cuma bilangan pnonton sja .. alah , smua stesen tv pun boleh ckp gitu …
    mengiktiraf plakon katanya … tp kesian , naik pentas trima anugerah … cuma dpt sengih2 … ‘IKTIRAF’ laa sgt !!

    thun dpn , pliz laa tv3 oiii … jgn iktiraf plakon dgn cara idea bodoh anda !!!
    itu sja nk komen !! sekian tQ …

    0

    0
  35. oya says:

    Best lagi anugerah tadika anak sedara aku, ntah apa2 ntah ask nih!

    0

    0
    • Anonymous says:

      takutnya tulisan saudara,cuba la didik hati bersih sebab dari percakapanlah ke bentuk tulisan.jgn anggap kita terlalu sempurna.

      0

      0
  36. dri hati says:

    Eloklah klau mengmbil kira pendapt penonton agar ASK dpat diperbaiki lg akn dtg..Dharap kurang lagi promo yg berlebihan..tk ksah siapa pn pengacara asalkn ada pckage, brbakat dn mmpu menghiburkan. Walaupn sedikit tp seperti ramai..penonton yg mndngar terhibur, terisi dan puashati kerana tema ASK itu sndiri menepati tajuknya.

    0

    0
  37. si_tempah says:

    memang TV tiga suku betoll…….

    0

    0
  38. ABFT says:

    IZHAM OMAR TU MMG KAKI SPIN CERITA…INGAT ORG MLYSIA NI LURUS SGT KE NK PERCAYA?? KESIAANNN LAAAA UOLLSS…PLS TERIMA LA HAKIKAT!!

    TU NASIB IZHAM X PANGGIL ANAK EMAS BERKARAT DIA FAIZAL TAHIR NYANYI…ASAL AJL JE MESTI FT ADA MNG,WLAU LAGU HAMPEH!!

    0

    0
  39. pencinta seni says:

    SAYA adalah tgk mlm tu,sbbnarnya okey jer saya tgk.neolofa dan awal pun ok…pelakon ok,yg buat lawak pun ok,konsep ok lain dr yg lain,master mind dia mesti hebat,ingat senang ke nak buat persembahan mcm.bkn semua part tak ok,ok lah,sekali sekala ada kelaian,agaknya yg tak suka tu sbb tak blh terima variasi seni kreatif mcm tu,tahniah tv 3….you do a great job……..

    0

    0
  40. seni itu kreatif says:

    TV3…TAHNIAH….TP BILA SAYA POST SEMUA YG BUTA SENI KUTUK….PERGILAH MANAGE SDR KLU RASA HEBAT SGT….PERSEMBAHAN,PROP KUSTOM….SKRIP DAN LATIHAN BUKAN HANYA MAIN PETIK JARI .CUBALAH HARGAI,KUTUK JER PANDAI TUNJUK KEBODOHAN DAN KEBUTAAN SENI…..TERUK ORG MLYSIA NI….ADEHHHH

    0

    0
  41. lili says:

    ni mesti menatang kipas payah mati ni yang dislike komen aku bebanyak..!
    tau sangat lau! kalu dak, dah tentu laju….jer macam ultraman dia mai terjengol memback-up si lofa kat cni..
    nape??clueless ke….??

    0

    0
    • Kipas Payah Mati Neelofa says:

      Kesian aku ngan komen ko.. dh kayu tunggul kan neelofa nak tuduh aku dislike komen ko.. dengki kt aku juga ke? haaaa.. ko nk sgt aku dislike kn? nanti aku dislike k.. dr atas sampai bwh komen nyebut nick aku dan x abis2 ayat kayu ko jer yg terjojol mcm ultraman ko tu dlm entry ni.. motif? nak kn reply aku erk???? kesian ko.. nah la aku dah reply.. g main jauh2 k..

      0

      0
  42. oya says:

    tema yg melalut…. kalau nak buat juga tema tu, sebagai selingan kira ok laa, ni sampai penyampai anugerah pakai kostum fairy tale ntah apa2 ntah. penerima anugerah pula melalui jalan cerita yg panjang, very serabut, pentas sesak dengan pengacara, story telling ntah apa ke bendaa….. serba tak kena dengan majlis anugerah yang dianggap berprestij, langsung tak kena, hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……

    0

    0
  43. mama_meah says:

    aku tgk 2minit pertama, lepas tuh rase nak muntah darah, pastu layan kiah propa kt tv9 sambil lipat kain..lagi best!!!!

    0

    0
  44. enott says:

    konsep teater ala2 fairy tale tu x relevan kot sbb kalu ko tgk award hollywood n bollywood yg lg gah tu pown x gebang sgt cam ASK ni, baik je korang wat pementasan kt Istana Budaya..tp kalu nak kan kelainan, it’s ok, juz kalu tv3 nak pilih pengacara utk konsep tu, better panggil BOBOI..hehehe..diorang lg dramatik kot..mayb lofa ngan awal lebih sesuai utk jd pemberi anugerah je..hehehhe..cantik & kacak, kalu x kreatif nak mengacara, alamat nyer jd bahan la kt Malaysia ni..sptt nyer produk tv ni utk entertain penonton..come on tv3, aku dr kecik membesar dgn ASK ni..tp this year la plg teruk..blajar dr kesilapan k..we appreciate ur effort, tp tlg la pilih pengacara yg tepat..sbb kan nila setitik habis susu sebelanga..kami sbg penonton x kutuk kreativiti uols..tp agak terkilan ngan pengacara tu je..so tlg faham kehendak penonton, jgn syok sendiri..thumb up sbb dpt capai 4 juta penonton..meaning kami support tv3 dr dulu, kini & selamanya..but pls take note, pilih la pengacara yg tepat..mana la tau, rating trus capai 28 juta trus..gtewwww :)

    0

    0
    • secret says:

      i think..bkan pengecara je yg perlu d prsalahkan tapi penyampai2 pun terlibat sekali…’overrun’!! itu yg lebih tepat.

      0

      0
  45. nira says:

    Kalau tak tengok, takda modal plak nak mengutuk beramai2 maka terpaksalah tengok jgk. Tak sangka plak TV3 perasan. Muahahaha

    0

    0
  46. sapapunboleh says:

    alahai tv3 berpijak lah di bumi yg nyata
    4juta tu tak menggambarkan pn ASK tu berjaya

    kesian sgt masih nk hidup dalam angan2

    ASK2012 mmg anugerah yg paling bodoh yg pernah aku lihat
    melalut sgt

    tlg lah buat tema lain tahun depan
    kalau nk pujian je tp tak nak amek kisah dengan nasihat untuk memperbaiki
    tak guna

    0

    0
  47. cili pedas says:

    aku tengok pun aku nk tgk sapa yg menang.. kalau stakat nk tgk pengacara nya yg ntah hapa2 pengisian yg membuang masa x hingin aku nk ngadap depan tv..sudahnya belum abis siaran aku dah tidooo….zzzzzzzzzzzzzzzzz lagi baguih..

    0

    0
  48. lalalala says:

    4 juta masa show nak start… lepas 10 minit rasanyeee tingal 4,000 je…. muaaaaaakakakaka…. lawaknyeeee….

    0

    0
  49. Boneka 90 says:

    Neelofa tu belom layak lagi tuk mengacarakan anugerah berprestij cm ni..budak baru setahun jagung dh d beri tgungjawab cm ni..memg xjd r..dh r kaku..asyik slh skrip lak 2..pas2 nk tergedik2 atas pentas..then bler kene kutuk at paper ri 2..xmo ngaku kesilapan diri sndri..g duduk gua la pompuan klu x boleh kene tegur..dh r kene sound direct at ats pentas ri 2..PADAN MUKA!!!ahhahhaa

    0

    0
  50. syg neelopak,bluek,,, says:

    akulah antara 4 juta yg plg bodoh tgk…grr,,,,,

    0

    0
  51. nape ak trmasuk sekali says:

    ak la antara 4juta org 2…mmg bosan tp tgk gak smpi abes sbb nk th sape menang…demmm…

    0

    0
  52. aku says:

    n nak tanya apasal korang meluat gan neolofa tu,aku tgk ok jer

    0

    0
  53. minah says:

    penganugerahan yang ntah ape2..sian pada pelakon dan penyanyi yang terlibat..- no identiti laa…

    0

    0
  54. Anonymous says:

    ntah2 x smpai pn 4 juta tu…tv3 nk ttup malu je tu…

    0

    0
  55. jo7qh says:

    macam taik je anugerah

    0

    0