Anuar Zain Mohon Maaf Pada Safiq Rahim Kerana Berpeluk Dengan Zandra

Hiburan

Anuar Zain Mohon Maaf Pada Safiq Rahim Kerana Berpeluk Dengan Zandra

Aksi mesra yang ditunjukkan oleh Anuar Zain dan Zandra Aziela yang merupakan pemain bowling negara telah menimbulkan kontroversi kebelakangan ini. Gambar yang telah dikongsi oleh Zandra menerusi Instagramnya telah pun dibuang tidak berapa lama selepas itu.

zandra aziela safiq rahimAda ura-ura menyatakan kekasih Zandra iaitu Safiq Rahim berang dengan aksi yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut. Kalau Abang Nara pun geram juga tengok awek kena peluk ngan Anuar Zain. Tercabar juga kelakian ini. Namun Anuar Zain telah pun memohon maaf kepada Safiq Rahim atas perbuatannya itu.

Advertisement

Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun. Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar. Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun

Pastinya hubungan Anuar Zain dan Zandra tidak lebih daripada seorang abang kepada seorang adik. Jadi kepada Safiq Rahim, janganlah cemburu. Terimalah permohonan maaf Anuar Zain ini. Kalau nak best lagi, mungkin boleh minta Anuar Zain nyanyikan sebuah lagu sebagai tanda permohonan maaf. Hehehe. Info asal Mstar Online.
ronasutraP.S: Klik di sini untuk mendapatkan kulit secantik pelakon jelita, Vanida Imran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...