Written by Bella | September 26th, 2016

Anda masih ingat lagi dengan Anne Ngasri? Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Cili Padi yang popular satu ketika dahulu. Mula berlakon sejak umurnya 3 tahun, Anne kini nampaknya masih lagi kekal dengan imej ceria dan comelnya meskipun sudah bergelar isteri orang dan menjangkau usia 30 an. Sehingga kini, Anne masih lagi ditawarkan untuk berlakon watak remaja.

Berbicara mengenai rahsia kecomelannya itu, Anne memberitahu beliau tidak terlalu memikirkan hal remeh temeh dan sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Saya mengamalkan keikhlasan pada setiap perkara. Tanpa merungut, saya menuruti apa saja bahagian saya tanpa berkata apa-apa.  Dengan cara itu, hati saya akan menjadi tenang apabila tidak memikirkan hal remeh-temeh. Buat apa nak fikir lebih-lebih kalau bukan rezeki kita.

Cara itu juga dapat membuatkan saya bertenang sepanjang melalui kehidupan saya dengan mengusir jauh-jauh perkara negatif daripada singgah dalam hati. Itu saja rahsia kecomelan saya. Bukan besar mana pun.

Namun, ia tidak bermakna Anne tidak pernah dilanda masalah.  Walaubagaimanapun, Anne sentiasa cuba untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki setiap kelemahan beliau. Buat Anne, jangan terlalu mengikut emosi dan kata hati yang kadang kala akan membawa padah.

Tipulah kalau seseorang yang dilihat sentiasa ceria itu tiada masalah. Rasanya semua orang ada masalah bukan? Jadi saya juga tidak terkecuali.

Dalam hal ini, apa yang penting adalah kawalan hati. Kalau terlalu mengikut perasaan pun tak boleh. Bimbang terlibat dalam perkara tidak betul kemudian hari. Lebih baik bersederhana dalam apa juga perkara.

Begitu ringkas bukan prinsip yang dipegang oleh Anne Ngasri. Kunci utama untuk hidup yang harmoni adalah keikhlasan dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. Bila difikirkan, perkara kecil ini kadang-kadang kita terlepas pandang dan hanya memikirkan masalah yang timbul sebagai satu musibah dan bukannya pengajaran.

Sumber Berita : Utusan Online

12 responses to Anne Ngasri Dedah Rahsia Kecomelan

  1. Anonymous says:

    semua org akan nmpk tua nanti..hihi..mase tu kolagen la penyelamat

    0

    0
  2. minah jambu say no to DRUG says:

    mana ada comel gemok aje huh !

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Sudahllah izreen.. Ko mcm kakak ko si rita tu dulu ckp camtu gk… Tup2 la ni angau bercinta

    0

    0
  4. aih says:

    satu masa yang dulu.. cukup minat ngan pelakon ni… huhu.. kechomelan terserlah..

    0

    0
  5. Anynomous says:

    Muka an pun mmg mcm budak2..mana xcomelnya..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    bagusnya prinsip hidup anne. ambil yg jernih buang yg keruh :)

    0

    0
  7. melati says:

    bukan nk kutuk ..!! Comel????? mcm Pokemen jew saya tgk..!!

    0

    0
  8. sje komen says:

    mmg comel. nampak muda je. tp sy perasan adik beradik anne mmg semua jenis awet muda, xnamkpak tua langsung.

    0

    0
  9. miss opppssss says:

    Dah dorang ni jenis muka mcm budak2… Badan kecik, muka pun x berubah matang. Tengokla abang dia si Bell tuh….. So, xpayahlaaaa nak pelik sgt…

    0

    0
  10. sentap says:

    org kuat UMNO…huhhhhhhhhhhhhhhh

    0

    0