Written by AbangNara | March 27th, 2015

Abang Nara baru tahu rupa-rupanya Noorkumalasari adalah adik kepada Anita Sarawak. Lemah juga pengetahuan diri ini. Hehehe. Maafkan diri ini. Sejak kebelakangan ini ada desas-desus bertiup kencang yang kononnya Anita Sarawak telah pun bercerai dengan suaminya, Mahathir Abdullah. Oleh kerana Anita Sarawak berada di Las Vegas, maka agak sukar untuk mendapatkan maklumbalas tentang gosip ini. Namun, Noorkumalasari telah muncul dan memaklumkan bahawa desas-desus tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata.
anita

Anita Sarawak kini tinggal di Las Vegas dan merupakan suri rumah sepenuh masa untuk suaminya Mahathir Abdullah. Noorkumalasari telah pun berhubung secara telefon dengan Anita Sarawak 2 bulan yang lalu dan tiada sebarang informasi tentang penceraian tersebut. Kata Noorkumalasari.

Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar. Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya.

Kehidupannya adalah di Las Vegas malah dia tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Bukannya kerana dia sudah bercerai atau ingin mengelak daripada sesiapa sebaliknya dia gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah selain menguruskan bisnes bersama suami.

noorkumalasari

Ingatkan dah berusia seperti Anita Sarawak tak adalah lagilah gosip murahan sebegini. Tup-tup tetap ada juga. Inilah dugaan yang harus diterima sebagai seorang selebriti walaupun tinggal nun jauh di Las Vegas. Sama-samalah kita doakan Kak Nita dan suami terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Sekali sekala kalau berkesempatan, pulanglah ke Malaysia. Rindu juga nak dengar suara lunak beliau. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Buat robot Transformers daripada besi buruk

33 responses to Anita Sarawak Tidak Pernah Bercerai – Noorkumalasari

  1. gossip1M says:

    ohhhh…like that…

    0

    0
    • mutiara says:

      sakit ke..ermmm

      0

      0
      • Mira says:

        Mira memang minat dengan Kak Nita waktu tengok rancangan bual bicara yang dia jadi hos kat astro ria 8 tahun lepas… Dia sangat natural dan nampak sikap semulajadi dia yang sgt2 ikhlas… Ramai orang kata dia macam2 sebab penampilan dia yang tak sesuai dengan usia dia, tapi bagi Mira siapa kita nak judge dia macam tu? Bukankah lebih baik kita doakan dia? apa2pun jgn hakimi isi buku berdasarkan cover buku tu… kita tak kenal kat bahagian dalamnya lagi…

        0

        0
      • Yahudi says:

        Rahsia awet muda kak nita ialah berkat dari mengambil wudu’
        And
        Amelina buat 3 kali solat istikarah dan solat minta petunjuk sblom buat comeback , statement siapa lg vangangs ?

        0

        0
        • Kak Peah says:

          statement kau lah paling bangang dari diorng sebab kau yahudi jahil neraka jahanam tempat kau!

          0

          0
        • zuanzuan says:

          aku pilihan Amelina….

          0

          0
        • Yahudi says:

          Setiap kali before eid mubarak hari raya sy nnt tgk video kak nita nyanyi lagu ” di hari mulia ini ku susun dua puluh jari ( termasuk jari2 kaki ) , kau semua pon patot tonton video tu !!!!!

          0

          0
        • Bunga Jasmin says:

          kalu amelina baca nih gerenti sentap! dia kan mek sentap!

          0

          0
  2. hati suci says:

    saya pun baru tahu abang NARA yg kak noorkumalasari adik kepada kak nita….tp betul ke adik? mcm kakak je…sbb kak noor mcm lbh tua je dari k.nita….tp k.nita mmg pandai jaga muka…geram je nengok….bentuk badan pun meletop….cam che ta juga……

    1

    0
    • Anonymous says:

      Adik beradik satu ayah lain mak.

      0

      0
      • mutiara says:

        yes, arwah ayah s roomai noor
        mak k.nita siput sarawak.
        mak noor, umi kalsum..
        tapi dorang baek2 semua sebagai family..wah, inilah akibat suka sgt tengok movie2 melayu dulu2..sebab sambil tengok mak mesti akan cerita dia sapa dia sapa =)

        0

        0
        • Anonymous says:

          Hahahaha… mak aku pun.dia akan ckp yg ni bini dia tu,yg tu laki dia ni.dia ni anak dia tu.
          skang kalau tgk drama kat tv,aku plak yg ckp kat mak aku.. dia ni anak dia tu.dia ni kawin ngan pelakon yg tu.

          0

          0
  3. ada aku kesah says:

    laaa siannya abg nara baru tau ke. hohoh
    abg nara mesti xlyn retis2 lama ni kan.
    duk tgk yg muda2 je ye dop.
    heheh

    0

    0
  4. yaya says:

    weh weh, noorkumalasari masa muda dan artis/model meletop okay, cantik sungguh, kira masa dulu dulu, kalau di bandingkan, memang noorkumalasari la yg dianggap lebih lawa dari anita.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku masih ingat noorkumalasari belakon citer hantu.
      melatiiiiii ti ti ti ti ti…..
      tp masa kecik2 aku pagil dia noor kepala sari.wakakaka…
      sebab budak kecik kan.dgr org sebut je.bila salah dgr gitu le jadi.

      0

      0
    • Anonymous says:

      rambut dia cantik.panjang,lurus,hitam…
      guna jari pun boleh.kui..kui..kui

      0

      0
    • jay jay says:

      keluarga dia org ni berbakat … menyanyi pun pandai, berlakon pun pandai. Noorkumalasari pernah berganding dgn arwah Sudirman dulu, memang ada bakat menyanyi

      0

      0
  5. Pok pet says:

    Entah2 kak Nita dah berhijab mcm kak noor ..mana tau.. Dah tak nak glamor2 lg. kalau btl.. Alhamdulillah ..

    0

    0
    • jong jong inai says:

      Kwn aku peminat setia fanatik kak nita ada terserempak dgn kak nita ni kt oversea pakai purdah. Tak pasti betul ke tak. Tp paling xleh blah abg mahatdir luka kene pisau kt dapur kak nita bawak g prince court. Kelass you nk nita. I likee

      0

      0
  6. safiq copot says:

    apa yg hebat nya dia ni..
    sbb dia pernah nyanyi ky las vegas ke..
    tempat mcmana ek las vegas tu..

    sekadar bertanya sbb x penah smpai g ksana

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku minat dia sebab dia takde nak speaking2 sgt walau lama dok oversea.
      cara dia mengacara…sgt best la.

      0

      0
      • miss lollipop says:

        betul tu, dia kalau wartawan tanya, dia cakap melayu penuh, takde terselit sebutir pun omputih… padahal berpuluh tahun dia duduk di L.Vegas.. siap ada butik terkenal lagi dekat sana.. org kita jejak negara omputih pun tak penah, tapi kalau cakap sure nak bersulam omputih, konon klass la, termasuk la aku..huhuhu
        #kagum dengan dia…butik dia dkt vegas pun nama chenta… kita kat sini letak butik nak nama omputih aja, house of doll la, bokitta la, itu la ini la..

        0

        0
      • Anonymous says:

        aku minat dia sebab dia nampak ikhlas…
        english dia bagus…
        tp kalau dia cakap melayu…kagum
        pdhal dok obersea lama kan….
        dia ada aura sendiri..
        pd aku…dia superb !

        0

        0
    • anon says:

      Dulu aku pernah pergi Las Vegas masa student dulu2, pernah gih main slot machine. Pahtu bila nak amik gambar, kene warning dgn security guard & nak rampas kamera kita org. Tapi masa tu tak tau pulak si anita ni pernah nyanyi kat Caesars Palace. Tempat ni bukan calang2 org yg menyanyi……..elvis, frank sinatra , Wayne newton… & ramai artis2 lain lagi. Kak nita ni mmg hebat…

      0

      0
  7. Linzy Longkang says:

    memang minat kak nita dari dulu, fesyen dia jer sentiasa vass, teringin nak tgk dia nyanyi lagi

    0

    0
  8. boymerah says:

    So betul lah apa yg saya pernah baca dan dengar. Muka boleh di buat tapi can’t hide krepot kat leher.

    1

    0
  9. Las Vacas says:

    Memangla. Ramai je artis dan orang biasa yang pakai botol sekarang ni. Dia artis kena jaga penampilan. Itu sumber rezeki dia. Tapi yang bagusnye Anita Sarawak ni tho she’s so popular dia very down to earth. Humble. My mother used to bumped into her dulu. Biasa la excited. Tapi dia layankan je. sy jumpa dia 2 kali. 1 di event media prima, dia sungguh2 spent time dan layan ramai orang yg berpusu – pusu nak ambil gambar dgn dia. Sy observed time tu artis baru & diva2 ade yg siap buat muka lg bila orang nak ambil gambar. Anita jugak pernah keluar from a lift semata2 nak kasi orang tua masuk. Yes, she maybe not up to your level of perfection but she to me has a good heart. I love her attitude. Perkara2 begitu yang buat dia ada class. A true diva.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Tak betul tu dia tak pernah cerai. Cuma dia tak pernah bercerai dengan yg ni je. Fakta kena tepat.

    0

    0
  11. diva says:

    kak nita ni ala2 micheal jackson. sebab setiap kali perform dia ada gerakan dan tarian dia yg tersendiri.. kak nita sgt legend.. patut bagi gelaran datuk kat dia..

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Kalo nak tahu, Cikgu Murni dalam filim Labu Labi tu kakak lain ayah kepada Anita ni, Nama kakak dia tu Murni Sarawak.. Filem dia best gak Norlela…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    T

    Tak Tahu noorkumalasari adik anita? Jangan bohong lah Nara!! Kau ni takde keje gossip murah je!

    0

    0