Written by Bella | May 24th, 2017

Semalam, pelakon Anis Al Idrus menerusi satu sidang media khas mengumumkan beliau bakal bernikah dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai depan. Untuk pengetahuan anda, bakal suaminya itu sebenarnya seorang duda anak satu. Walaubagaimanapun, Anis sedikit pun tidak kisah dengan status bakal suaminya itu dan mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak lelaki Aiman.

Saya tidak kisah dengan status dia sebagai duda dan sudah mempunyai seorang anak, malah anak dia juga sudah boleh menerima saya sebagai ibu. Saya terima dia seperti mana dia menerima saya seadanya. Lagi pula dia berjaya buka hati saya untuk memikirkan tentang masa depan.

Atas permintaan keluarga saya majlis ini berlangsung secara sederhana yang hanya dihadiri 350 orang tetamu. Keluarga juga tidak mahu ada perarakan atau persandingan.

Jadi, majlis itu nanti cuma akad nikah dan makan-makan sahaja, tapi ada pelamin untuk tetamu bergambar. Bukan apa, keluarga kami memang jenis yang tidak adakan majlis resepsi besar-besaran. Saya jemput kawan-kawan dan media yang rapat, serta beberapa rakan artis yang baik dengan saya sahaja.

Terdahulu, Anis dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lepas dalam sebuah majlis tertutup. Semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

25 responses to Anis Al Idrus Tidak Kisah Dengan Status Duda Bakal Suami

  1. wekkkkkkk says:

    ha..rakan artis….perasan lak artis…sebenarnya bekas gf artis…bila dh bekas gf artis…jdi anggap la diri tu artis. Perasan lak artis…so bila dh kawen nnti, si suami pun akan jadi artis ya…
    ..kali pertma kawen, dh kenapa x mau sanding…pelik lak..melenkan u janda..sbb suami dh duda kan…rugi2..nnti anak2 akn dtg tanya, mak, ayah mana gmbr sanding.

    .wekkkkkkk

    1

    17
    • Anonymous says:

      suka2 wekk kan org.,,,awat lah bersawang sgt hati tu saudara/saudari…ramadhan bakal tiba ni cucilah hati kamu yg bersawang dengan labah2 tu….inilah manusia buat apa serba xkena,buat majlis gah kena kecam,buat simple dikutuk plak….hmmm istighfar byk2 ya,,,,salam ramadhan dari saya

      9

      1
    • NURUL IMAN says:

      suka2 wekk kan org.,,,awat lah bersawang sgt hati tu saudara/saudari…ramadhan bakal tiba ni cucilah hati kamu yg bersawang dengan labah2 tu….inilah manusia buat apa serba xkena,buat majlis gah kena kecam,buat simple dikutuk plak….hmmm istighfar byk2 ya,,,,salam ramadhan dari saya

      0

      1
    • Anonymous says:

      die memg pelakon n pengacara pon….

      7

      2
      • buekkkkkkk says:

        pengacara pun retis ke..pelik lak…bagaimana jika pengacara di tv tv 1, 2 , 3..astro..tapi x penah belakon..mengacara saja….adakah mereka retis jugk..

        1

        0
        • wkwkwkwkw says:

          dia pelakon la derrr… bnyak drama dia berlakon.tp xleh slh kan ko jgk.ko x kenal dia n xprnh tgk dia belakon.so ko x anggap dia retis.wkwkwkwkkw

          5

          1
    • Anonymous says:

      Mseti you ni mcm makcik2 kepoh kan? Kawin kena sanding bagai…
      Make sure u simpan gambo sanding u ya, tu syarat wajib sah nikah!!!

      5

      0
    • Cik Timah says:

      sanding itu tak wajib pun dalam Islam ..paham ke idok?

      2

      0
  2. Fidot says:

    Apehal la Nara ni asyik kuar cite dia. Xde jasa dlm industri pun, asyik gosip bercintan cintun. Bosan..

    7

    0
    • buekkkkkkk says:

      mgkn sedara dgn nara….pi tenggelam la si wanita ni…u bkn retis…blok ni utk retisje..

      3

      1
      • Apahal dowh says:

        Itula pasal, pelik haku dok publish cite minah ni. Die bukan retis, sibok nak buat sidang media bagai dah kenapa? #perasanretis

        2

        0
  3. Anonymous says:

    x kisahlah kan.. nobody really cares pun. asalkan kena confirm mmg duda. jgn tetiba… laki org pulak. mmg hawau lah lu!

    1

    2
  4. m says:

    err..sapa sebenarnya si anis ni dalam industri? penyanyi? pelakon? bukan sesape pun kan.hesy..nk buat sidang media bagai nk umum nikah.duhhh

    5

    0
  5. sepaun says:

    klu kuar citer psl dia ni mesti psl lelaki, cinta, putus cinta.. aduiiiii la nak :D

    5

    0
  6. Anonymous says:

    Padanlah dia dengan Syarnaaz. Sorang kahwin janda. Sorang kahwin duda.

    5

    0
  7. kikikiki says:

    sharnaaz kawen bln 3.majlis hebat.dia kawen bln 7.xnak sanding,jemputan pun 350 org je.sbnrnya malu kalau kalah ngan mjlis ex bf.hahahahaha

    2

    5
  8. man belon says:

    wow siap buat sidang media tuh

    1

    0
  9. 0009 says:

    sama cantik sama padan. alhamdulillah perkahwinan itu melengkapi iman.

    7

    0
  10. dbyigdilhdji; says:

    hmmmmmmmmmmmmmm oi betina dalam donia ni bukan hang orang pertama kawin duda bengonggggggggggggg

    1

    3
  11. wekkkkkkk says:

    sapalah yg kisah…kawen jelah…klau nk jdi bini no 4 org pun siapa kesah..silakan lah..

    0

    0
  12. Imani says:

    Kenapalah minah ni nampak tua dari usia..bf pon tukar2..harap2 kali ni jadi lah yah…

    0

    1
  13. anon says:

    Ape salahnya kawen duda, bkn suami org pun. Lagipun muda & hensem. Kalau mcm datuk K yg tua tu lain lah. Sakit mata gak kalau duk tengok hari2. Dia ni lawa pe…
    Anyway, pantang kesah perempuan cantek, mesti ramai pengomen jeles kat sini…

    2

    0
  14. Saida says:

    Alhamdulillah anis..smga jodoh anta berkekalan ke akhir hayat. X kisah la duda ke..bujang ke..laki org ke..semua tu Allah dh tentukan takdir setiap hambanya.

    0

    0

Leave a Comment

Optional