Written by Bella | September 19th, 2016

Pelakon Anis Al – Idrus menafikan gosip kononnya percintaan beliau bersama hero drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq sedang retak menanti belah.

Anis akui beliau terkejut mendengar khabar angin berkenaan dan menyifatkan penyebaran berita itu sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih.

Cerita (putus) itu tidak benar. Terkejut dibuatnya. Saya baru saja pulang dari kampung di Kelantan bersempena dengan cuti Raya Haji, tiba-tiba timbul pula khabar angin seperti ini.

Itu semua fitnah. Saya hairan siapa yang menyampaikan cerita yang tidak betul itu. Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan perhubungan kami. Cuma yang saya tahu, pengikut Instagram saya sering bertanya kenapa saya tidak memuat naik gambar sejak dua hari lalu.

Sebenarnya faktor jadual kerja masing-masing yang sibuk dan jarang bertemu adalah punca gosip mereka sudah putus cinta bertebaran.

Menurut Anis, berita seperit itu tidak perlu lagi dibangkitkan kerana ia adalah ibarat doa yang tidak baik.

Janganlah bersangka kurang elok atau mendoakan yang buruk. Saya harap jangan diperbesarkan cerita tidak benar ini mahu pun membangkitkan isu yang tiada.

Biasalah tu, bila ceburi sahaja bidang seni pasti pelbagai gosip dan spekulasi yang akan timbul meskipun ia tidak benar. Apa-apa pun, baguslah perasaan cinta masih lagi membara didalam hati Anis dan Raja Afiq. Mana lah tahu kalau ada jodoh sehingga jinjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE

16 responses to Anis Al – Idrus Sahkan Masih Bercinta Dengan Raja Afiq

  1. Anonymous says:

    Perlu ke sah2 kn??? Ingt kn sah kn nikah… adoyai.. gambar ke 3 tu bpe kilo bedak tu..

    0

    0
    • Anonymous says:

      pakai tudung. lengan baju sampai siku.motif??

      0

      0
      • minah jambu - safety first says:

        ape salah nye ? ok pe ! janji bertudung.. ape anis main bowling pakai jubbah ke ? kalau anis main bowling berjubbah eh dh tentu tk boleh !!! pakai pakaian yg sewaktu dengan nye ha itu baru betol…..!

        0

        0
  2. el says:

    si afiq badan aje yang besar. umo masih budak lagi

    0

    0
  3. hcubeshop says:

    Memang dah sesuai pon^_^

    0

    0
  4. sentap says:

    dia ni mmg mekap tebal giler…muka cam ayu raudhah

    0

    0
  5. melati says:

    Fuyooo…korang ingat Uqasha Senrose jew bercinta dgn Kerabat ??? Anis Al_ Idrus pun bercinta dgn kerabat juga…!! tk poyos pun mcm Uqasha Senrose..!!! wakakakakakaakaaaaa

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    ngeee!!abg nara ni,x payah la nak pos retis suam2 kuku ni…cari la bahan lain..

    0

    0
  7. Fidot says:

    Mekap sebeban, nmpk tua dari umur sebenar. Next!

    0

    0
  8. DVA says:

    MEKAP TEBAL MACAM OPERA ! HAHAHHAA

    0

    0
  9. JIMBO says:

    Baru bercinta sebok nak disah2 kan. Ko tunggu nikah la woi, baru sah. Takkan tu pun nak kena bagi tau!

    0

    0
  10. JIJAH LAPOK says:

    cantik anis ni

    0

    0
  11. Eton says:

    Jaga la imej muslimat, haram hukumnya klu berdua2 dlm kereta sbb org yg ketiganya adalah syaitan

    0

    0
  12. yuyu says:

    aku bukan dengki ke hape..tapi aku perasan si anis ni asal senyum sepesen jek..gaya nk sengih ke xnak sengih…lol

    0

    0
  13. mia ahmad ke? says:

    takot kapten mukriz kene caras la ni.maklumle sejak cite ngokngok geli sayangku kapten mukriz tu si afiq ni mula nak glamaour dan lagi plak ramai yang suke afiq kapel dengan heroin.hahahah

    0

    0