Anda Pasti Tidak Tahu Fakta Tentang Ronald McDonald House Charities (RMHC) Ini

Hiburan

Anda Pasti Tidak Tahu Fakta Tentang Ronald McDonald House Charities (RMHC) Ini

Setiap kali ke McDonald’s, Abang Nara pasti tidak akan terlepas pandang tabung derma yang diletakkan di kaunter pembayaran. Kalau ada duit syiling lebih, memang Abang Nara terus masukkan je ke dalam tabung tersebut. Sambil ringankan poket, sambil buat amal kebajikan sikit. Kadangkala Abang Nara tertanya juga, ke mana perginya duit yang didermakan dan adakah duit yang dikumpul itu mampu membantu mereka yang memerlukan di luar sana?

rmhc

tabung derma yang sentiasa ada di kaunter McDonald

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, maka Abang Nara pun telah membuat sedikit kajian. Meh sini Abang Nara kongsikan hasil kajian dengan anda semua. Jumlah kutipan derma dan sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia menerusi tabung ini adalah sebanyak RM14 juta dan telah pun memberikan impak kepada lebih daripada 12,450 kanak-kanak. Banyak kan? Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kutipan ini diuruskan dan disalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Jawapannya ialah Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia.

Advertisement

rmhc

Ditubuhkan sejak 25 tahun lalu, Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia mempunyai empat program utama. RMHC adalah badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia. Fokus RMHC adalah membantu kanak-kanak yang memerlukan. Secara jujur, memang Abang Nara sendiri tak tahu tentang program-program yang dianjurkan oleh RMHC. Namun Abang Nara percaya anda akan rasa terharu apabila mengetahui betapa ramai kanak-kanak serta keluarga yang telah mendapat bantuan daripada organisasi ini. Empat program utama RMHC ialah:-

1. Ronald McDonald House (RMH-PPUKM)

rmhc

Terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Ronald McDonald House (RMH) menyediakan penginapan buat keluarga yang mempunyai anak menjalani rawatan di PPUKM (dan juga sekitar Kuala Lumpur). Sewa sebilik hanya untuk RM5 semalam. Tujuan utama kewujudan RMH adalah supaya ibu bapa berada lebih dekat dengan anak mereka yang menerima rawatan serta tidak menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk tinggal di hotel.

rmhc

RMH mempunyai 19 bilik tidur, lengkap dengan dapur, perpustakaan, bilik air, tempat bermain untuk kanak-kanak dan bilik membasuh, Lebih 600 keluarga telah pun menikmati kemudahan yang disediakan di RMH ini. Dibuka 24 jam sehari selama 365 hari, RMH adalah satu penyelesaian buat keluarga yang memerlukan.

2. Ronald McDonald Gift of Smile

Senyuman seorang anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Namun ada juga si kecil yang lahir dengan sumbing bibir dan lelangit atau dalam bahasa omputihnya ‘cleft lip/palate’. Dianggarkan 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan di Malaysia dikesan mengalami kecacatan ini.

rmhc

Namun bibir sumbing boleh diatasi dengan pembedahan pembetulan. RMHC telah pun membelanjakan RM 3 juta sejak 11 tahun yang lalu untuk membiayai pembedahan pembetulan dan lebih daripada 350 kanak-kanak telah mendapat manfaat dari program ini.. Satu inisiatif yang sangat bagus untuk memastikan kanak-kanak ini dapat memberi senyuman yang sempurna dan kehidupan yang lebih baik..

3. Ronald McDonald Sensory Room

Sejak bergelar ayah, Abang Nara mula mengambil tahu tentang autisme. Autisme ini sangatlah luas spektrumnya. Ada yang masalah lambat cakap, tak ada eye contact dan masalah sensori. Sensori ini pulak ada macam-macam. Sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan juga bau. Untuk makluman, kos rawatan terapi autisme teramatlah tinggi. Oleh kerana itu, RMHC Malaysia telah menubuhkan Ronald McDonald Sensory Room atau Bilik Sensori.

rmhc

Menariknya di seluruh Malaysia, pada masa ini ada 20 buah Ronald McDonald Sensory Room yang boleh digunakan oleh kanak-kanak yang menghadapi perkembangan mental lewat. Bukan hanya di Kuala Lumpur, Ronald McDonald Sensory Room turut mempunyai cawangan di Kota Bharu, Melaka, Sabah, Perak dan Johor. Sejak 1999, sudah lebih daripada 5000 kanak-kanak yang mendapat faedah daripada kewujudan Ronald McDonald Sensory Room ini.

4. Program Biasiswa Ronald McDonald

Dilancarkan pada tahun 1997, biasiswa Ronald McDonald telah pun membantu lebih daripada 500 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan bebanan keluarga mereka. Setiap tahun, lebih kurang 80 orang pelajar akan dipilih dan mereka akan diberikan elaun bulanan dan juga hadiah sekiranya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.

rmhc

Best kan insiatif-insiatif yang telah dilakukan oleh Ronald McDonald House Charities Malaysia ini? Semua perbelanjaan untuk keempat-keempat projek utama ini adalah menggunakan derma serta sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia menerusi tabung derma RMHC. Selain itu ada juga bantuan daripada badan-badan korporat dan juga sumbangan daripada McDonald’s sendiri. Untuk tahun ini, ada sesuatu yang special yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia.

rmhc

Yeah!!! McDonald’s Malaysia akan giat mempromosikan kempen “Show Your Stripes” yang bertemakan #DemiRMHC – I’m For the Kids! untuk mendapatkan lebih dana bagi meneruskan projek-projek di bawah empat inisiatif yang telah Abang Nara kongsikan. Kempen ini akan bermula pada 7 November hadapan di mana kita boleh membeli stokin berjalur merah dan putih ini di mana-mana restoran McDonald’s. Kesemua hasil pembelian kemudiannya akan disalurkan ke Ronald McDonald House Charities.

rmhc

Abang Nara suka dengan kempen ini kerana secara tidak langsung kita dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan. Semakin ramai rakyat Malaysia yang menyokong kempen Show Your Stripes ini, semakin ramai kanak-kanak yang bakal mendapat bantuan. Abang Nara bercadang nak pakai stokin ini masa pergi main bowling nanti. Confirm nampak cool dan bergaya!!!

rmhc

Senang je kan nak membantu mereka yang memerlukan? Lepas ini kalau singgah ke McDonald’s, boleh terus tanya adik-adik di kaunter itu tentang kempen Show Your Stripes ini yang bertemakan #DemiRMHC – I’m For the Kids! Beli satu pun cukup dah. Yang penting sumbangan kena ikhlas. Namun kalau korang rasa nak terlibat lebih mendalam atau nak menderma lebih banyak bagi membantu Ronald McDonald House Charities(RMHC) membantu kanak-kanak yang memerlukan , bolehlah ke http://rmhc.org.my/volunteer dan juga http://rmhc.org.my/donate.

Jangan lupa #DemiRMHC. Selamat menderma Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut di www.rmhc.org.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...