Written by AbangNara | November 3rd, 2015

Setiap kali ke McDonald’s, Abang Nara pasti tidak akan terlepas pandang tabung derma yang diletakkan di kaunter pembayaran. Kalau ada duit syiling lebih, memang Abang Nara terus masukkan je ke dalam tabung tersebut. Sambil ringankan poket, sambil buat amal kebajikan sikit. Kadangkala Abang Nara tertanya juga, ke mana perginya duit yang didermakan dan adakah duit yang dikumpul itu mampu membantu mereka yang memerlukan di luar sana?

rmhc

tabung derma yang sentiasa ada di kaunter McDonald

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, maka Abang Nara pun telah membuat sedikit kajian. Meh sini Abang Nara kongsikan hasil kajian dengan anda semua. Jumlah kutipan derma dan sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia menerusi tabung ini adalah sebanyak RM14 juta dan telah pun memberikan impak kepada lebih daripada 12,450 kanak-kanak. Banyak kan? Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kutipan ini diuruskan dan disalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Jawapannya ialah Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia.

rmhc

Ditubuhkan sejak 25 tahun lalu, Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia mempunyai empat program utama. RMHC adalah badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia. Fokus RMHC adalah membantu kanak-kanak yang memerlukan. Secara jujur, memang Abang Nara sendiri tak tahu tentang program-program yang dianjurkan oleh RMHC. Namun Abang Nara percaya anda akan rasa terharu apabila mengetahui betapa ramai kanak-kanak serta keluarga yang telah mendapat bantuan daripada organisasi ini. Empat program utama RMHC ialah:-

1. Ronald McDonald House (RMH-PPUKM)

rmhc

Terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Ronald McDonald House (RMH) menyediakan penginapan buat keluarga yang mempunyai anak menjalani rawatan di PPUKM (dan juga sekitar Kuala Lumpur). Sewa sebilik hanya untuk RM5 semalam. Tujuan utama kewujudan RMH adalah supaya ibu bapa berada lebih dekat dengan anak mereka yang menerima rawatan serta tidak menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk tinggal di hotel.

rmhc

RMH mempunyai 19 bilik tidur, lengkap dengan dapur, perpustakaan, bilik air, tempat bermain untuk kanak-kanak dan bilik membasuh, Lebih 600 keluarga telah pun menikmati kemudahan yang disediakan di RMH ini. Dibuka 24 jam sehari selama 365 hari, RMH adalah satu penyelesaian buat keluarga yang memerlukan.

2. Ronald McDonald Gift of Smile

Senyuman seorang anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Namun ada juga si kecil yang lahir dengan sumbing bibir dan lelangit atau dalam bahasa omputihnya ‘cleft lip/palate’. Dianggarkan 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan di Malaysia dikesan mengalami kecacatan ini.

rmhc

Namun bibir sumbing boleh diatasi dengan pembedahan pembetulan. RMHC telah pun membelanjakan RM 3 juta sejak 11 tahun yang lalu untuk membiayai pembedahan pembetulan dan lebih daripada 350 kanak-kanak telah mendapat manfaat dari program ini.. Satu inisiatif yang sangat bagus untuk memastikan kanak-kanak ini dapat memberi senyuman yang sempurna dan kehidupan yang lebih baik..

3. Ronald McDonald Sensory Room

Sejak bergelar ayah, Abang Nara mula mengambil tahu tentang autisme. Autisme ini sangatlah luas spektrumnya. Ada yang masalah lambat cakap, tak ada eye contact dan masalah sensori. Sensori ini pulak ada macam-macam. Sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan juga bau. Untuk makluman, kos rawatan terapi autisme teramatlah tinggi. Oleh kerana itu, RMHC Malaysia telah menubuhkan Ronald McDonald Sensory Room atau Bilik Sensori.

rmhc

Menariknya di seluruh Malaysia, pada masa ini ada 20 buah Ronald McDonald Sensory Room yang boleh digunakan oleh kanak-kanak yang menghadapi perkembangan mental lewat. Bukan hanya di Kuala Lumpur, Ronald McDonald Sensory Room turut mempunyai cawangan di Kota Bharu, Melaka, Sabah, Perak dan Johor. Sejak 1999, sudah lebih daripada 5000 kanak-kanak yang mendapat faedah daripada kewujudan Ronald McDonald Sensory Room ini.

4. Program Biasiswa Ronald McDonald

Dilancarkan pada tahun 1997, biasiswa Ronald McDonald telah pun membantu lebih daripada 500 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meringankan bebanan keluarga mereka. Setiap tahun, lebih kurang 80 orang pelajar akan dipilih dan mereka akan diberikan elaun bulanan dan juga hadiah sekiranya mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan.

rmhc

Best kan insiatif-insiatif yang telah dilakukan oleh Ronald McDonald House Charities Malaysia ini? Semua perbelanjaan untuk keempat-keempat projek utama ini adalah menggunakan derma serta sumbangan ikhlas daripada rakyat Malaysia menerusi tabung derma RMHC. Selain itu ada juga bantuan daripada badan-badan korporat dan juga sumbangan daripada McDonald’s sendiri. Untuk tahun ini, ada sesuatu yang special yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia.

rmhc

Yeah!!! McDonald’s Malaysia akan giat mempromosikan kempen “Show Your Stripes” yang bertemakan #DemiRMHC – I’m For the Kids! untuk mendapatkan lebih dana bagi meneruskan projek-projek di bawah empat inisiatif yang telah Abang Nara kongsikan. Kempen ini akan bermula pada 7 November hadapan di mana kita boleh membeli stokin berjalur merah dan putih ini di mana-mana restoran McDonald’s. Kesemua hasil pembelian kemudiannya akan disalurkan ke Ronald McDonald House Charities.

rmhc

Abang Nara suka dengan kempen ini kerana secara tidak langsung kita dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan. Semakin ramai rakyat Malaysia yang menyokong kempen Show Your Stripes ini, semakin ramai kanak-kanak yang bakal mendapat bantuan. Abang Nara bercadang nak pakai stokin ini masa pergi main bowling nanti. Confirm nampak cool dan bergaya!!!

rmhc

Senang je kan nak membantu mereka yang memerlukan? Lepas ini kalau singgah ke McDonald’s, boleh terus tanya adik-adik di kaunter itu tentang kempen Show Your Stripes ini yang bertemakan #DemiRMHC – I’m For the Kids! Beli satu pun cukup dah. Yang penting sumbangan kena ikhlas. Namun kalau korang rasa nak terlibat lebih mendalam atau nak menderma lebih banyak bagi membantu Ronald McDonald House Charities(RMHC) membantu kanak-kanak yang memerlukan , bolehlah ke http://rmhc.org.my/volunteer dan juga http://rmhc.org.my/donate.

Jangan lupa #DemiRMHC. Selamat menderma Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut di www.rmhc.org.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 responses to Anda Pasti Tidak Tahu Fakta Tentang Ronald McDonald House Charities (RMHC) Ini

  1. minah jambu says:

    sooo sweetttt….god bless..

    0

    0
  2. etcetera says:

    brp byk mcd byr ko nara

    0

    0
    • minah jambu says:

      alaaaa ape salah Nye kalau bang nara nk promote…nasib baik bang nara ada promote masok kt blog kalau tk orang pon tk tau minah jambu pon tk tau…mungkin kau pon tk tau…kalau minah jambu gi kl boleh la minah jambu sty kt RMHC tk gitu ..tk payah nk sewa2 hotel.emmm so sweet…

      0

      0
  3. zzzz says:

    israel

    0

    0
    • peach roses says:

      Assalamualaikum nara,
      Ada banyak cara n kaedah lagi kalo nak buat amal kebajikan…aku dah dekat dua thn lebih boikot McD n barangan yahudi ni dan insyaAllah akan boikot sampai mati…tolong la kesian kan anak2 syurga di palestin..iraq..negara2 islam yang lain..sedih plak aku tgk ko promot kemain lg produk yahudi ni..

      0

      0
  4. sarabanon says:

    punya lama aku boikot MCD ni sejak isu palestine, senang2 jek org lain tolong promote MCD. sedih..memang x semua barang kita bole boikot, tp selagi kita mampu n boleh boikot, kita cuba la boikot. =( hurmmmm

    0

    0
  5. MSJ says:

    Drpd berat purse dgn duit syiling lepas bayar McD atau KFC atau kedai2 lain, elok masuk dalam tabung derma sebelah cashier tu. Poket ringan, pahala depat. Pahala sedekah sampai lepas mati kita dapat.

    0

    0
    • Jadah la komen ni.. says:

      Pahala ape? Pahala bunuh org PALESTIN?? Kalau nak menderma sgt, gi derma kat AMAN PALESTIN, derma kat Syria..klu ko ckp org Malaysia x terbela, sibuk nak bela yg jauh, ok..gi derma kt kampung² tu..cari org yg btol² miskin yg blom dpt bantuan..x kira la melayu ke cina ke india ke..ramai klu btol² cari..kebanyakan rumah perlindungan kanak² ni dah mewah sbb ramai derma nak lari tax..

      0

      0
      • Izah says:

        Yang kau hater sangat apasal? Ko pergi bukak rumah perlindungan sendiri.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ada juga minah ni nak pertahankan mc donald. Bukan nak bela saudara seagama di palestine. Ingat sikit agama dalam diri. Betul lah cakap org melayu x semestinya islam. Contoh minah ni lah…

          0

          0
  6. Anonymous says:

    Israel la..

    0

    0
  7. Boikot says:

    Alahai,sedihnya..dorang guna duit tu untuk beli peluru tembak orang islam la..please,nak menderma tolong la derma dekat orang lain..kita tak rasa susah,tak rasa takut sebab bukan kita dekat palestine tu,bkn family kita,bkn anak2 kita..sebab tu tak rasa kan..benda senang je nak buat,nak tolong perang tak mampu,tolong boikot pun tak mampu ke?abg nara xbayang ke kalau anak abg nara yg kena tembak?sedar please..??

    0

    0
    • Izah says:

      Niat tu penting, bukan perangai buruksangka kau tu. Uish…orang ckp pasal charity ko cakap pasal tembak. Memang patut ko kena tembak.

      0

      0
  8. jeni says:

    Fakta yang nara tahu tapi tutup mata sebab berpinau nampak duit dari kompeni israhell ni…berapa banyak dah mekdi tolong bunuh budak2 palestine? Dah aa anak dua orang pun takda perasaan…..

    0

    0
    • cLn says:

      Kalau nak menderma sgt, gi derma kat AMAN PALESTIN, derma kat Syria..klu ko ckp org Malaysia x terbela, sibuk nak bela yg jauh, ok..gi derma kt kampung² tu..cari org yg btol² miskin yg blom dpt bantuan..x kira la melayu ke cina ke india ke..ramai klu btol² cari..kebanyakan rumah perlindungan kanak² ni dah mewah sbb ramai derma nak lari tax..

      0

      0
  9. Fizi Bin Hakim says:

    Puiiiii.. ni cover line je ni buat charity sedangkan agenda utamanya bagi charity kt zionis

    0

    0
  10. HAMBA ALLAH says:

    OI NARA!!!! KO PROMOTE MCD? COME ON LA. MEREKA KAN SALURKAN DANA KE ISRAEL UNTUK MENYERANG PALESTIN. NI LAH JADINYA APABILA WANG RINGGIT JD TUJUAN UTAMA HIDUP. XKISAH BAGI MAKAN ANAK BINI DGN DUIT HARAM. IGT, TIDAK ADA KESENANGAN DI DUNIA KECUALI KESENANGAN YANG MENIPU. KESIAN ANAK BINI KO MAKAN DUIT HARAM. NANTI ANAK2 KO SUSAH LA NK MASUK ILMU. BAPAK GILA DUIT.

    KO SOLAT TAK? AKU JUST WONDERING. APA MAKSUD PERKATAAN ENGKAU DALAM SOLAT ‘INNA SOLATI, WANUSUKI WAMAHIYAYA WAMAMATI LILLAHI ROBBIL ALAMIN’!!!!!

    SORY AKU MARAH SEBAB KO LEBIH PENTINGKAN DUIT DARI AGAMA KO SENDIRI. KO JUAL AGAMA ENGKAU!!!! AKU MARAH KERANA AGAMA

    0

    0
    • cLn says:

      Kalau nak menderma sgt, gi derma kat AMAN PALESTIN, derma kat Syria..klu ko ckp org Malaysia x terbela, sibuk nak bela yg jauh, ok..gi derma kt kampung² tu..cari org yg btol² miskin yg blom dpt bantuan..x kira la melayu ke cina ke india ke..ramai klu btol² cari..kebanyakan rumah perlindungan kanak² ni dah mewah sbb ramai derma nak lari tax..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Komen kat forum ni memang senang. Nak bela nasib ummah konon; yang Rohingya Islam di negeri jiran kau butakan mata, tapi yang Palestin jauh di other side of the world ko nak hero. Pffft….

      0

      0
      • saya says:

        Jgn buat tak cerdik..saya percaya stiap org yg membela palestin pasti turut membela rohingya dll nye.kite tak mampu nk berperang.mampu doa dan mampu mengajak org utk sedar pn satu jihad n usaha yg kecik. Bnde ni la yg Allah nilai kt akhirat nnt walaupun usaha kecik.Plz la matang sikit. Asal org ajak buat baik je suke lari tajuk, nk compare² kan dgn yglain.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kalau takat doa, raise awareness tu memang boleh. Tapi ni nak shame orang yang tak sependapat, nak fitnah, nak tuduh-munuduh ni apa gunanya? Ini bukan kerja orang matang. Akhir sekali, yang rugi, yang susah pun orang kita juga.

          0

          0
  11. cLn says:

    Kalau nak menderma sgt, gi derma kat AMAN PALESTIN, derma kat Syria..klu ko ckp org Malaysia x terbela, sibuk nak bela yg jauh, ok..gi derma kt kampung² tu..cari org yg btol² miskin yg blom dpt bantuan..x kira la melayu ke cina ke india ke..ramai klu btol² cari..kebanyakan rumah perlindungan kanak² ni dah mewah sbb ramai derma nak lari tax..

    0

    0
  12. aku says:

    BLKG OPIS AKU JERNI

    0

    0
  13. tora says:

    Nara oi….toksah la bangga sgt bantu Israel…
    inilah bila pakai akal tapi akal pendek…otak berfungsi seminit…
    beli dan makan pastu sumbang kpd Israel….kasi anak bini makan….aduh..mana otak ko Nara???

    0

    0
  14. Anonymous says:

    israel jahanam

    0

    0
  15. paola bracho says:

    ini semua marketing McD untuk dapatkan kepercayaan org balik. Tapi tak dapat nak ubah fakta yang McD mmg sumbang utk rejim Zionist. Tak kisahlah ada 50 rumah kebajikan pun, kapitalis hanya pentingkan keuntungan. Selami apa yang dilalui rakyat Palestin, tentu anda tak sanggup nak jadi sebahagain penyumbang. Nak derma, derma ja la kenapa nak kena beli stokin bagai..#freepalestine

    0

    0
  16. setiap sen ke mcD… setiap itulah duit itu digunakan utk dibuat peluru dan digunakan utk membunuh rakyat2 islam diserata dunia yg tidak bsalah…

    sebelum masuk @ t’ingatkan mcD… ingatkanlah dahulu wajah2 kanak2 palestine yg dibunuh mati dgn kejam & tanpa perikemanusiaan… kasihanilah mereka… tempatkan diri kita ke dlm diri mereka…

    semoga kita seagama membantu saudara2 kita yg lain walaupun tidak dpt membantu dari segi wang ringgit… Islam Itu Indah…

    0

    0
  17. saya says:

    Dari masuk tabung ni baik masuk tabung masjid..pelik la…bole lg abg nara nk gi McD…xde ke rsa serba slh jejakkan kaki kt mcD tu bile dh tau sumbangan mrk utk seksa saudara seagama kite kt Palestin nun?

    0

    0
    • minah jambu says:

      suka hati korang la nk derma kt tabung masjid ke kt mana2 tempat yg korang nk derma huh ! RHMC pon tk paksa korang derma kt dia punye tabung ! yg korang melalak lalak macm kerbau kena rogol tu apesal !!

      0

      0
  18. mak c kina says:

    aku dah lama xpegi mc d..klu ko nk derma,g derma kt masjid je la nara..dah tentu org masjid guna utk kepentingan org islam..at least mengindahkan masjid

    0

    0
  19. puja says:

    assalamualaikum abang nara, hope abang nara x post lagi iklan yg berkaitan dgn israel dan yahudi. sekian tq

    0

    0
  20. Insan sedih says:

    Salam…abg nara..sy sgt suka baca beautifulnara tapi sgt sedih bila tgk abg nara promot mcd..iye..charity..tu semua utk kaburkn mata kite di mane produk mcd ni penyumbang terbesar israel laknatullah…

    0

    0
  21. check it out says:

    Good article! We are linking to this particularly great article on our website.

    Keep up the great writing.

    0

    0