Written by Bella | August 8th, 2015

Anak sulung Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah telah selamat menamatkan zaman bujangya bersama pasangan Mohd Razishahriman Sabari seorang pereka grafik tengah hari tadi hanya dengan sekali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan aktor Ridzuan Hashim.

Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai, Shah Alam. Majlis perkahwinan pasangan tersebut akan berlangsung hari ini juga di lokasi yang sama.

Didie yang kelihatan menitiskan air matanya selepas anaknya sah bergelar seorang isteri bagaimanapaun meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan anaknya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia.

Tahniah kami ucapkan kepada Nur Dhaniyah dan suami atas perkahwinan mereka. Semoga mereka dilimpahkan dengan kebahagiaan dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita Dan Foto: Berita Harian

5 responses to Anak Sulung Didie Alias Nur Dhaniyah Sah Bergelar Isteri Hari Ini

  1. makEnon says:

    Comel pulak tengok family diorang ni ;)

    0

    0
  2. Kipidap says:

    Tahniah Dhaniyah. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati Allah dan bahagia hendaknya. Btw sejuk hati tengok anak Didie semua bertudung, harap Didie juga mengenakan tudung nanti. Aamiin

    0

    0
  3. minah jambu nice girl says:

    Happy 50 birthday Singapore !!

    0

    0
  4. hai says:

    Kalo gosip panas-panas meletup-letup artis cerai berai konflik kontroversi, bersepah orang komen dalam ni. Tapi bila berita baik macam ni xde pulak org rajin nak komen ke, ucap tahniah ke. Nampak benau semua jenis orang yang mentaliti macam mana. BTW tahniah Didie, Ridzuan & anak. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan & bahagia hingga ke jannah. Ameen. Seronok tengok artis yang walaupun dah bercerai tapi keluarga dorang still rapat, sweet & adorable gitu. Tahniah! #kipidap

    0

    0
    • anon says:

      Org tak nak komen sb berita ni bkn psl artis pun, cume anak artis je…..so bkn kerana nikah or cerai ok???

      0

      0