Written by Bella | June 13th, 2017

Pelakon Yana Samsudin akui beliau sudah sangat teringin untuk hamil sekali lagi meskipun anak sulungnya, Aisy Mateen baru berusia 10 bulan.Walaubagaimanapun, Yana harus bersabar untuk menimang cahaya mata kedua atas nasihat doktor. Menurut Yana, doktor menasihatinya untuk hamil semula selepas Aisy berusia 2 tahun.

Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang cahaya mata kedua itu membuak-buak. Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seelok-eloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana saya melahirkan anak pertama secara pembedahan.

Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti. Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti.

Bila sudah ada cahaya mata sulung, memang lumrah wanita akan teringin untuk melalui pengalaman hamil sekali lagi. Apa-apa pun, tunggulah sehingga badan Yana pulih sepenuhnya selepas melahirkan Aisy Mateen secara pembedahan. InshaAllah, akan ada rezeki untuk Yana timang cahaya mata lagi nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

10 responses to Anak Sulung Belum Berusia Setahun : Yana Samsudin Sudah Teringin Untuk Hamil Lagi

  1. Yaya says:

    Again.. Hal2 mcmni pun nk ckp ke?

    19

    0
  2. Akak segan says:

    Tak Malu ke Makcik oii?statement Hang ni ,aku yg pmpuan ni rasa segan..hal dalam toksah dok cita la..ingat buat anak ni mcm siram bunga kah?siram bunga,eh da besar bunga tu.kalau buat anak sama mcm siram bunga tak pa la..

    6

    1
  3. ada aku kisah says:

    Perlu ke aku tahu kau nak tambah anak? Abang Nara plslah cari gossip yang bermanfaat sikit. Mcm cover cerita Qari Junior TV3 ke.

    10

    0
  4. tweety2805 says:

    alaa haiiii…..sendu nyer gossip!
    tu pon nak citer kerrr???
    huhhhhh…..

    5

    0
  5. wekkkkkkk says:

    anak dh setahunkan, sepatunya anak ke dua 5 bulan dh ada dlm perut…ni baru nk tambah..ha kelakar.,

    1

    0
  6. Anonymous says:

    Dah suam2 nie..buat anakla yg best.apa lagi.Tak perlu kerja.laki dah ada.Buat anak pun nak habaq ka?Pi bilik buatla.

    3

    1
  7. Hahahaha says:

    At least pkai kn la anak tu stoking.. Kalu x nk pkai kn kasut.. Mak ayah je nk glam… Kesian anak… Sejuk kaki die tu..

    0

    1
  8. sentap says:

    xpa..ngandung je la sblm org tanya…biler yg ni nak dpt adik…mentaliti melayu…tak kawin tanya..dah kawin tanya bila nak ada anak…dah beranak sorg tanya bila nk tmbh 2…bila dah 2 tanya biler nak ada no 3…semak tul

    2

    0

Leave a Comment

Optional