Written by Bella | October 14th, 2016

Bukan mudah untuk tampil berdepan dengan orang ramai apabila berita mengenai anaknya yang meninggal dalam kandungan diketahui umum.  Oleh itu, sebelum ini Nadiya Nisaa tidak pernah tampil memberikan komen ketika berita berkenaan mendapat perhatian ramai.

Nadiya akui beliau sehingga kini masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan dan agak sukar  bagi beliau untuk menceritakan lebih lanjut kejadian itu.

Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.

Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar. Mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak.  Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang.

Walaubagaimanapun, Nadiya memberitahu beliau redha dengan ketentuan takdir . Buat Nadiya, apa yang berlaku mengajar beliau untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat.

Tidak ada apa yang perlu saya ratapi kerana semuanya sudah suratan. Saya terima ujian ini dengan tabah dan perlu menjalani kehidupan seperti biasa.

Saya tahu kes begini pernah berlaku dan sokongan orang-orang di sekeliling terutama keluarga menguatkan lagi semangat saya.

Terus tabah dan percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa tahu pada masa hadapan, Nadiya Nisaa diberikan peluang untuk hamil lagi. Teruskan berdoa.

Sumber Berita : BH ONLINE

9 responses to Anak Meninggal Dalam Kandungan : Nadiya Nisaa Redha Dengan Ketentuan Takdir

  1. Kareena says:

    Sabar ya Nisaa..
    Semoga Tabah..

    6

    0
  2. Anonymous says:

    masih ada peluang, muda lagi…rezeki belum sampai.

    4

    0
    • minah jambu free hair gitu says:

      tu la kalau ngandong2 tu jangan suka menyondollllll aje tk boleh tau !! terperanjat anak kt dlm perut tu…ape2 pon u bersabar aje nadiya semoga masa2 akan datang Allah kurnia kan u anak kembar…jangan lupa minum PAMOGA Qu puteh biar cepat dapat anak lagi…lov u nadiyaaaa..

      0

      9
  3. lobakungu says:

    InsyaAllah, nanti diganti dengan yang lebih baik. Soal rezeki, Dia punya. Bersabarlah.

    4

    0
  4. Farah Alina says:

    Semoga tabah dengan ujian ini….

    3

    0
  5. Anonymous says:

    sabar byk2 yer..dugaan tu. Tapi sorry to say..suami nadia mcm datuk terlajak laris versi bermisai. takde apa..bg tau jer…

    1

    2
  6. zaza says:

    kes saya plak lagi sedih..selama 9 bln saya checkup kt hospital besar oleh pakar2 sbb saya ni vip kes…tiba hari bersalin 23.10.1997 pagi jam 8.00am bersalin,..anak terus masuk icu..mlm kul 10.00pm anak dh tiada ..saya tak sempat nak tengok dia dari bersalin sampai meninggal…sbb bdn terlalu letih sgt..saya terima dengan redha..itu saham akhirat saya..smpai sekarang saya minta doa agar Allah pertemukan saya dgn ank saya dlm mimpi..tp tak pernah dpt…sekali fikir menyesal tak tengok masa ada..tp apakan daya.sbb terlalu letih..x boleh bergerak banyak..redha ketentuan Allah

    3

    0
  7. johnny bravo says:

    Haritu dah keluar cerita ni kan, kenapa wat keluar lagi. Bosan betol…Dia ni sapa, femes ke..

    0

    7
  8. ibu kpd wildan syurga says:

    Saya pon turut kehilangan anak yg saya kandung 9 bulan @37w3d.. . Time tue mmg nak beranak mmg dh ada tanda.. . Time doc check heartbeat baby saya, doc bgtau anak saya dah meninggal dalam perut. Allahhuakhbar. Sedihnya jgn cakap.. . Kat situ jugak saya meraung. Saya awal sebulan dr Nadiya Nissa. Mmg betul kata Nadia Nisa tue… Kena pulihkan semangat dlm bpantang xmo gangguan… Allah lebih mengetahui apa yg kita xketahui.

    5

    0