Anak Che Ta Bakal Pandu BMW 6 Series Bernilai RM700,000

Hiburan

Anak Che Ta Bakal Pandu BMW 6 Series Bernilai RM700,000

Persoalan yang bermain di minda ramai orang kini terjawab jua. Setelah menzahirkan minatnya terhadap Audi R8, anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy bakal dihadiahkan oleh ibunya sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified yang bernilai kira-kira RM700,000 sebagai hadiah keputusan cemerlang dalam SPM. Pastinya Ammar rasa sangat berbaloi-baloi dengan usaha gigih dan ketekunannya mengulangkaji pelajaran selama ini.

Berkata kepada Kosmo, Ammar memaklumkan yang dia dan ibunya sudah pun pergi “survey” kereta BMW 6 Series tersebut. Kata Ammar:-

Advertisement

Ya memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tue suka je. Kami dah pergi “survey” kereta BMW baru-baru nie. Mungkin kereta Audi itu kena beli sendiri, nantilah lepas kerja.

ammar anak che ta

Abang Nara suka dengan cita-cita dan impian Ammar yang mahu mendapatkan kereta idamannya dengan hasil tangan sendiri kelak. Buat masa ini, lenjan puas-puas dulu kereta BMW 6 Series ini. Jangan lupa ucapkan jutaan terima kasih buat ibu tercinta atas hadiah yang amat istimewa ini. Tahniah Ammar!!!

P.S: Pemandangan sebuah pokok mample di Jepun bila bertukar musim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...