Written by AbangNara | August 30th, 2014

Alhamdulillah. Anak tunggal kepada Allahyarham Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali (32 tahun) telah pun selamat bertunang dengan Sharifah Nur Athirah Syed Azmi (28 tahun) pada 23 Ogos yang lalu. Tunang Aliff adalah seorang doktor gigi. Mereka berdua diperkenalkan keluarga masing-masing dalam satu majlis. Arwah Sharifah Aini juga pernah bertemu calon menantunya itu dan merestui hubungannya dengan Aliff.

alif anak sharifah aini

Pertunangan Aliff ini telah disahkan oleh bapanya, Ali Bakar. Kata Ali Bakar:-

Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ia atas permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.

Cuma kita sedih apabila arwah Sharifah Aini pergi dulu sebelum sempat melihat Aliff mendirikan rumah tangga. Namun arwah sentiasa mendoakan kebahagiaan Aliff dalam apa juga keadaan

aliff tunang sharifah ini

Tahniah diucapkan kepada Aliff dan Sharifah Nur Athirah atas pertunangan ini. Semoga segala perancangan untuk majlis perkahwinan akan berjalan lancar kelak. Anda berdua memang sama cantik dan sama padan. Tahniah!!! Sumber Harian Metro.

6 responses to Anak Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Selamat Bertunang Dengan Doktor Gigi

  1. wawa says:

    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma..
    Pandai arwah didik anak. :)

    0

    0
  2. lily says:

    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma :)

    0

    0
  3. 1234567890 says:

    Beruntung sangat Athirah dpt Aliff . Semoga kalian berdua kekal selamanya, insyaAllah, amin.

    0

    0
  4. olga junior says:

    mudahnya nak glamer kan…

    0

    0