Anak Abang Nara Lebih Ceria Dengan Dumex Mamil

Hiburan

Anak Abang Nara Lebih Ceria Dengan Dumex Mamil

Ingat lagi tak artikel mengenai kepentingan menjaga sistem pencernaan anak-anak kita yang pernah Abang Nara kongsikan dulu? Ramai juga ibu bapa prihatin yang menghantar email kepada Abang Nara untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai prebiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan berada dalam keadaan terbaik.  Untuk makluman satu fungsi prebiotik ini adalah untuk melawaskan lagi usus anak-anak kita sekaligus tak adalah buah hati pengarang jantung kita tue mengalami sembelit.

dumex mamil

Advertisement

Boleh didapati di dalam buah-buahan serta sayur-sayuran seperti pisang, tomato, asparagus dan bawang, prebiotik memberi faedah kepada usus melalui 3 cara di atas. Dengan pengambilan makanan yang seimbang dan yang mempunyai prebiotik usus anak-anak kita akan lebih kuat, membantu pembiakan bakteria baik dan melembutkan tahi. Senang cerita, prebiotik yang juga turut terdapat dalam Dumex Mamil memudahkan lagi pencernaan dan membantu memberi persekitaran pencernaan yang sihat di dalam usus.

dumex mamilWalaupun nampak remeh, namun anak-anak yang mempunyai sistem pencernaan yang kurang elok sememangnya boleh memberi kesan negatif dalam hidup mereka. Kalau imunisasi badan tak kuat, maka mudah kena cirit birit dan jangkitan penyakit. Rasanya semua ibu bapa tahu apabila anak jatuh sakit mereka akan hilang selera makan sekaligus menyebabkan nutrisi yang diambil berkurangan. Ini sangat bahaya sebab anak kita ‘under-nutrition’ pada zaman kanak-kanak akan memberi kesan kurang baik terhadap perkembangan secara menyeluruh. Apabila dari kecil sistem pencernaan sudah tak bagus, agak sukar untuk anak kita membesar dengan sempurna.
dumex mamilSetelah pulang menghadiri majlis pelancaran Dumex Mamil baru-baru ini, Abang Nara telah pun memberikan susu formula tersebut kepada anak yang tercinta. Diakui anak Abang Nara itu kadang-kadang memang mengalami masalah membuang air besar. Sistem pencernaan yang baik dan sihat membuatkan kanak-kanak membuang air besar dengan lebih mudah. Abang Nara dah banyak kali tukar susu untuk mengatasi masalah ini. Ada sekali tue sampai kena tukar lampin 8 kali sehari. Tahinya pun agak cair sedikit. Kini sudah 2 minggu Abang Nara berikan susu Dumex Mamil dan memang nampak perubahannya. Tahi lebih keras, tak ada lagi cirit birit dan anak Abang Nara nampak lebih ceria dan bertenaga. Memang hati Abang Nara sangat-sangat lega dengan perubahan ini.
dumex mamil

Selaku ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memastikan sistem pencernaan anak kita berada dalam keadaan terbaik. Pastikan anak kita mendapat air yang secukupnya, makan makanan seimbang dan bersenam. Paling penting, pilihlah susu formula yang terbaik dan paling sesuai buat anak anda. Dumex Mamil mempunyai  Prebiotics Oligosaccharide Mixture yang disahkan secara saintifik membantu sistem pencernaan kanak-kanak. Dumex Mamil turut mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan nutrien yang lengkap untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.  Cubalah untuk anak anda pula.

Informasi lanjut layari www.mamil.com.my  dan Facebook Dumex Mamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...