Written by Bella | June 22nd, 2015

Menerusi rancangan hiburan sensasi Melodi di TV3 semalam, penyanyi Ana Rafali menafikan dakwaan bahawa rumah tangganya kini sedang bermasalah. Mendengar berita itu buat pertama kali, Ana mengakui agak terkejut dengan gosip tersebut.

Jelas Ana, beliau dan suami kini sangat bahagia apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka yang pertama menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Ini kali pertama saya mendengar perkara ini. Kami bahagia saja. Malah sejak ada baby ini, hubungan kekeluargaan menjadi makin rapat.

Walaupun beliau kini sibuk menguruskan keluarganya, Ana masih lagi mempunyai masa serta bertungkus lumus untuk mengeluarkan album terbarunya.

Ana Rafali mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 33, pada 26 Februari 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaydeen Oumar yang kini mencecah usia setahun.

Sumber Berita: Malaysian Digest

5 responses to Ana Rafali Nafi Rumah Tangga Bermasalah

  1. Bibah says:

    Ana.. blh tak klu tukar fesyen tudung tu? Rsnya mcm tak sesuai dgn umur ana yg masih muda! Byk lg fesyen tudung yg lbh lawa & mengikut syariat.

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      biasa la dorang2 yg bertudong ni suka sangat tua2kan muka dorang..muka muda nk tua2 kan dengan pesen yg th happe2..babtu kena cerai ngan laki ! laki nk bawah kesitu kesini ketepi ketengah pon tk boleh pasal dh bertudong ..tu membuatkn laki tersangat la boring…sekian terima khaseh lah ye thank u..

      0

      0
  2. miss lollipop says:

    gambar atas tu muka ana mcm ogy ahmad daud pulak.. (dr mata miss la)

    0

    0
  3. baby ana rafali says:

    TAK PE NO… TUDUNG DULANG PUN BOLEH.. ESOK PAKAI SURAT KHABAR… LEPAS TU PAKAI BALDI… LUBANG SIKIT UNTUK MATA.. TAKPE PAKAI TUDUNG MANA2.. PAKAI UNTUK SUAMI BUKAN UNTUK PARA CUCI MATA LELAKI..

    0

    0