Ana Dahlia Nafi Bakal Kahwin, Tempah Baju Untuk ABPBH

Hiburan

Ana Dahlia Nafi Bakal Kahwin, Tempah Baju Untuk ABPBH

Arghhh. Kecewa Abang Nara. Baru Abang Nara ingat Ana Dahlia sudah menemui pengganti untuk mengubati hatinya yang lara, namun ternyata ia hanya palsu belaka. Mati-mati Abang Nara ingatkan pertemuan Ana Dahlia dengan Ezuwan Ismail dengan ditemani seorang jejaka adalah untuk menempah baju kahwin, rupa-rupanya adalah untuk menempah baju sempena ABPBH bulan Mac ini.

ana dahlia nafi kahwin

Advertisement

Apa pun ini adalah berita baik buat mereka yang ada menyimpan perasaan terhadap Ana Dahlia. Bagi Abang Nara, wajah Ana Dahlia memang sedap mata memandang dan ada ciri-ciri keibuan. Kalau dijadikan isteri, pasti bahagia ke akhir hayat. Kata Ana Dahlia kepada Kosmo menerangkan pertemuannya dengan Ezuwan Ismail baru-baru ini:-

Tujuan sebenar saya berjumpa dengan dia (Ezuwan) adalah untuk berbincang mengenai persiapan baju saya menjelang Anugerah Bintang Popular (ABP) yang bakal berlangsung pada bulan Mac ini.

Ia juga tidak ada kaitan langsung mengenai ura-ura yang saya akan berkahwin dalam masa terdekat. Namun sebagai seorang manusia saya juga ingin mempunyai teman hidup seperti orang lain.

Pemuda yang menemani saya berjumpa dengan Ezuwan itu namanya ialah Ubai Zulkiflee. Dia biasa menemani saya apabila saya ada urusan kerja. Namun, (hubungan) kami belum sampai ke tahap teman istimewa.

ana dahlia dan ubai

Sekali pandang wajah Ana Dahlia dan Ubai Zulkiflee ini memang nampak seiras kan? Tak apalah kawan dulu awal-awal ini. Lama kelamaan mana tahu memang serasi. Bolehlah bercinta, bertunang dan seterusnya berkahwin. Apa pun, Abang Nara tak sabar nak tengok baju Ana Dahlia di ABPBH kelak. Rekaan Ezuwan Ismail biasanya memang meletup belaka. Pasti kehadiran Ana kelak akan mencuri tumpuan. Sama-sama kita nantikan.

P.S: Kehilangan 2 kaki hadapan tidak menghalang kucing ini untuk ceria

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...