Written by Bella | December 19th, 2016

Sudah lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Isteri Tuan Ihsan, Amyra Rosli berkata beliau sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

Buat Amyra, beliau sedikit pun tidak merasa kekok untuk menjadi ibu di usia yang agak muda. Amyra juga sebenarnya seorang yang selalu mengutamakan keluarga.

Saya sudah lama bersedia dan tidak kekok mengendong anak pada usia muda. Saya menjadikan mama dan ayah sebagai panduan dalam membentuk keluarga bahagia. Mereka mendidik saya menjadi anak yang mengutamakan keluarga.

Amyra juga yakin, suaminya Amar Baharin akan turut bersamanya dalam  apa jua keadaan.

Saya yakin suami akan sentiasa berdiri teguh di belakang apabila saya memerlukannya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana berkahwin pada usia muda juga banyak nikmatnya.

Bergelar ibu pada usia muda mungkin ada cabarannya tersendiri tetapi disebalik semua itu tetap ada perkara indah yang hanya seorang ibu tahu. Apa-apa pun, kami doakan agar hasrat Amyra Rosli dan Amar Baharin untuk menimang cahaya mata segera dimakbulkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

31 responses to Amyra Rosli Tidak Kisah Timang Cahaya Mata Segera

  1. Anonymous says:

    sukati kau ler,dah kawin,pulun cukup cukup ler dulu,baru buat anak.

    7

    0
  2. minah jambu suka sahara yakop says:

    sahara yakop who ? she hepening di anugerah meloooooooooooooodi…!

    -1

    6
  3. Anonymous says:

    eleh luka kena pisau pun laki ko dah panik, apatah lagi luka beranak…mati la nakkkk

    27

    0
  4. damai says:

    reporter nie x ada keje kot, blm kahwin tanya bila nak kahwin, org baru kahwin tanya pasal anak pula, terserah org tu lah nak anak siang atau lambat, no wonder org ckp jd reporter hiburan penuh dgn dosa, suka sgt korek sedalam2 nya rahsia artis

    3

    2
  5. Anonymous says:

    Balik2 cerita muka hidung kembang semangkok ngan muka bapok tua ni….boring laa…..meluat, ok next….

    12

    1
  6. sanasini says:

    boringgg….sila pergi terjun………………………….

    6

    0
  7. Anonymous says:

    Ye laa….meluat dan boring tgk dia org ni…dah la amyra tu kepala besar, bdn kecik…pstu nmpk tua dri amar….errkk……….

    5

    1
  8. kutu says:

    jari dah sembuh??
    kene pisau pon heboh 1 negara.

    6

    1
  9. smile says:

    hmm 25yo still consider young mother meh? ni pn dh hjg tahun,next year dh 26yo..normal la tu kalau 26yo jd ibu.

    14

    0
  10. shazz says:

    nak tanya laa tapi bukan bab artis…Anonumous nie keja dia makan gaji untuk kutuk artis ye…sebab setiap gosip artis dia komen ….sangat alert ngan pkembangan artis tapi satu pun x da komen yg baik smua nya mengutuk…mengata…menghina…dah cukup baik ke sampai nak jd hakim penghukum didunia…

    0

    4
    • Anonymous says:

      hahahaahaa….shazz sendu…

      1

      0
    • Anonymous says:

      ANONYMOUS tu sesiapa sahaja readers yang nak leave a comment, tapi tak fill in ‘Enter Your Name’ tu.

      Bukan nya every Anonymous tu orang yang sama En/Cik Shazz :]

      1

      0
    • Sophee says:

      ANONYMOUS tu sesiapa sahaja readers yang nak leave a comment, tapi tak fill in ‘Enter Your Name’ tu.

      Bukan nya every Anonymous tu orang yang sama En/Cik Shazz :]

      Dan kalau icon ANONYMOUS tu pun setiap kali adalah sama pulak adalah sebab, dia tak fill in kotak Nama dan Email. So nampak macam SEMUA orang yang sama.

      1

      0
  11. Anonymous says:

    Nak tanya balik pd shazz ni….anonymous bnyk….yg mana satu yek yg awak maksudkan??

    9

    1
  12. abg B says:

    kecok bini kena pisau panik..yg dia tikam bertalu2 amyra siam malam tak panik plak..

    3

    1
  13. Anonymous says:

    woi kamon engkau bukan muda sgt, muka bapok!

    3

    0
  14. Point basi says:

    DAH BASI LA. NEXT!!!!!!!!!

    2

    0
  15. Point basi says:

    Haah aku pun skip baca komen dari kotak2 hijau. Orang yg sama. Aku tahu walaupun keep on denying. Aku org org yg sama tgk lambang color aku. Kan sama?

    1

    2
  16. Itik serati says:

    Aku letak nama lain pulak. Kan lambang color aku sama? Sbb aku org yg sama n guna email yg sama

    1

    0
  17. Anonymous says:

    Damai December 19, ado aku kisah??

    1

    0
  18. Anonymous says:

    123

    1

    0
  19. Anonymous says:

    blah

    0

    0
  20. Anonymous says:

    testing one two tee

    1

    0
  21. Nasi lemak bapak orang says:

    Bio le demeee, dah kahwin, nak ada anak sedozen ke, nak main masak sama sama ke, lantak kome lee

    0

    0

Leave a Comment

Optional