Written by Bella | March 29th, 2017

Baru-baru ini pelakon Amyra Rosli disahkan hamil cahaya mata pertama beliau bersama Amar Baharin. Dikala kandungan beliau memasuki usia sembilan minggu, Amyra mula hilang selera makan dan ia memberikan kesan terhadap kerjayanya serta tugasan seorang isteri.

Oleh itu, Amyra memberitahu buat masa ini beliau ingin berehat sebentar daripada bidang seni seperti yang disarankan oleh doktor.

Sebenarnya, Amyra juga enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya beliau menerima tawaran berlakon meskipun kesihatannya tidak menentu.

Alhamdulillah kandungan dalam keadaan baik, cuma saya sendiri sejak kebelakangan ini tak ada selera makan, kurang bermaya untuk bekerja. Jadi pengurus saya terpaksa batal atau tangguh beberapa kerja yang telah dijadualkan sebelum ini.

Saya tak boleh nak ramal keadaan kesihatan saya setiap hari. Jadi untuk tidak menyusahkan banyak pihak, adalah lebih baik saya undur diri daripada bekerja. Tapi terpulang atas nasihat doktor juga, kalau saya sudah okey, saya akan bekerja. Setakat ini saya buat apa yang termampu seperti hadir di majlis-majlis tertentu. Kerja yang sekejap, tak ambil masa lama bolehlah buat.

Peringkat awal kehamilan ni, memang lebih baik untuk Amyra berehat daripada melakukan sebarang aktiviti termasuk berlakon yang tidak menentu masa penggambarannya. Kata orang, biarlah kandungan itu melekat betul-betul dan kesihatan ibunya juga terjaga.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to Amyra Rosli Ambil Keputusan Berehat Daripada Bidang Seni, Tidak Ada Selera Makan Sejak Hamil

  1. kobis bunga says:

    Sejak hamikkkkkk ape bang NARA??? Bhahahahahahahahaha…..

    3

    1
  2. Anonymous says:

    Hamik apa bella hooooooooooi

    0

    3
  3. Iza Hatta says:

    Hamik kau…

    3

    1
  4. hamik hamik hamik says:

    hamik kooooo

    3

    1
  5. Iza Hatta says:

    Hamik kau…

    1

    2
  6. kentang says:

    Hamik kau..hehehe.

    P/s: Edit cepat Bella. Kikiki

    2

    1
  7. Anonymous says:

    Hamikk kooo hamikk kuuuu hamikk keee hamikk kaaaa… Hamakhamekkkhamukkkkk..

    2

    1
  8. Mytwocents says:

    Cantik amyra ni.. manis

    6

    -3
  9. makan says:

    Bodo punya hammiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkk
    Tu lee.. Giler sangat idop nak begosip..
    Makan..
    Makan..
    Makaannnn
    ..

    1

    1
  10. meleis says:

    dah2 la amik gambar bertentang mata gtu. loya aku pulak yg mcm hamik

    16

    0
  11. aaakulahhh says:

    org malaysia ni mmg ramai jenis bodoh/suka lawak bodoh2..
    org typo skit pn bersungguh2 nk komen ala2 bende tu lawak gila..
    sbb pn rancangan maharaja lawak yg quality rendah utk iq bawah 50 pn ramai suka..

    udah2 le perasan yg anda cam GENIUS kalau jadi grammer nazi tu..
    cam diri sendiri perfect..cerita pasal ISI tak boleh ke..

    3 tahun lagi nak 2020…rakyat nye ramai lg bodoh camni

    99

    1
  12. tina fazlita says:

    ni amira dah kena bubuh dok diam lah..hamik kau!!! tak payah dok stori 1 world tak lalu makan alahai bukan hang sorang hamik!!!!

    2

    0
  13. Anonymous says:

    untung jadi artis boleh berehat nk lama mane, aku ni walaupun x sihat mcm mana pun tetap kena kerja juga.

    4

    0
  14. hakak cun says:

    marilah kita sama2 rakyat 1 malaysia mmemikirkan cara2 untuk menambah selera makan si amyra ni..hahaha

    7

    0
  15. hah says:

    Berehat x yah blakon lg pun kte org x kisah..ajak skali laki ko yg poyo jambu tu..buat myemak je..

    28

    0
  16. makcik says:

    Sweetnye dorg…jelez kite..ibu ngadong mmg mcm mcm alahan..lebih baek berehat..xmemudaratkan ibu dan bayi dlm kandungan..mesti comel ank amyra.kat lua sane yg ngutuk laki die idong kembangla muke jmbu la.biala.hang dok kutuk ciptaan Allah..aku rase yg dok kutuk tu xcemim diri sendiri kot

    2

    1
  17. hamikeymos says:

    saya hamik vitamin utk selera makan.
    kene kan? haa gitu penggunaannya..
    Semoga wang kertas tetap masuk walaupon x bekerja. Aminn…

    0

    0
  18. kokuohu says:

    Poyo..bru 2 bulan je pun..

    0

    0

Leave a Comment

Optional