Amy Search Ditipu RM5 Juta, Siapa Sebenarnya Yang Bersalah?

Hiburan

Amy Search Ditipu RM5 Juta, Siapa Sebenarnya Yang Bersalah?

amy search penipu?

Baru-baru ini kami menerima satu email dari seseorang yang ingin namanya dirahsiakan. Pengirim email tersebut turut menyertakan gambar di atas. Kononnya Amy Search merupakan dalang di dalam kes penipuan duit sehingga beratus-ratus ribu ringgit. Dengar ceritanya ramai yang sudah tertipu. Mungkin sindiket penipuan ini menjual nama Amy Search untuk mengaburi mata orang ramai.

Advertisement

Sesungguhnya kami merasakan yang Amy Search adalah salah seorang mangsa keadaan. Semalam dalam Kosmo, Amy Search sendiri mengaku yang dia ditipu sehingga RM5 juta. Ada yang kawan pinjam, ada yang kononnya untuk skim pelaburan. Dan yang paling menyedihkan, ada penipuan yang berkaitan dengan pembinaan sekolah tahfiz.

Buat Amy Search, tabahlah menghadapi dugaan ini. Kata orang, berani kerana benar. Kalau anda tak bersalah, buktikan pada mereka-mereka yang menuduh anda penipu dan pencuri duit mereka. Kami percaya kebenaran akan terbukti jua satu hari nanti. Bersihkan nama anda dan juga nama keluarga anda.

Sedikit pesanan untuk rakyat Malaysia, tolonglah jangan percaya dengan skim-skim pelaburan yang menjanjikan untung segera. Mana logik anda labur RM20,000 dan dalam masa 3, 4 bulan dah boleh dapat RM100,000. Itu semua bohong belaka. Kalau benda tue betul, semua rakyat Malaysia nie dah kaya raya dah.

Dan kami melihat ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sekarang tergila-gila masuk MLM. Bukan kami kata MLM tue bohong. Tapi anda kena tanya diri anda dulu. Betul ke aku boleh buat MLM nie. Jangan termakan dengan janji-janji manis dan kata-kata hebat orang MLM. Kalau diorang boleh buat bukan bermakna anda boleh buat. Ukur baju di badan sendiri.

Akhir kata, nak jadi kaya boleh, tapi berhati-hatilah supaya anda tak KAYAP sebelum KAYA.

jersi world cup

P.S: Demam World Cup sudah pun terasa. Apa kata korang sambar jersi Brazil original macam gambar kat atas tue dengan menggunakan vsHub Concierge. Baru RM209.78 jer. Beli jangan tak beli!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...