Written by AbangNara | November 21st, 2013

Sebelum ini, terlalu banyak khabar angin yang bertiup mendakwa Amy Search sebenarnya sudah muflis. Sebelum ini Amy enggan memberi komen mengenai perkara tersebut, namun akhirnya dia tampil dan mengakui bahawa sudah muflis akibat perbuatan khianat kawan baiknya sendiri.

amy search muflis

Dunia sekarang ini memang penuh dengan dugaan. Kawan baik pun boleh jadi kawan yang menjatuhkan kita. Sukar untuk tahu siapa benar-benar kawan atau sekadar bersama kita untuk mengambil peluang. Kata Amy Search:-

Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya

amy search

Apa yang mengkagumkan Abang Nara, Amy Search sudah pun memaafkan kawan baiknya itu. Fuh~~ Memang hati murni sungguh Amy Search ini. Kalau Abang Nara mungkin sampai kiamat pun tak akan maafkan. Iyerlah orang itu dah mufliskan kita. Takkan senang-senang je nak redha kan? Kata Amy lagi:-

Saya dah ampunkan orang yang menganiaya saya. Terpulang kepada dia untuk selesaikan kes ini. Buat masa ini, dia memang langsung tidak berjumpa saya.

Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga

Abang Nara doakan agar Amy Search dan keluarga bersabar dengan dugaan yang menimpa dirinya ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya. Mungkin ada hikmah di atas kejadian ini. Semoga Amy Search tidak lagi tersilap memilih kawan di masa hadapan. Hati-hati ye semua. Info asal Mstar Online dan Harian Metro.

P.S: Prototaip Honda Civic Type R didedahkan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Amy Search Akui Muflis Akibat Dikhianati Kawan

  1. fara says:

    takpelah amy..sabar je..kadang2 Allah bg ujian ni sbb kita terleka..jadi, Allah syg la tu..bg dugaan n ujian. semoga tabah.

    0

    0
    • annonononon says:

      fara, umur berapa ni? abg berkenan le kalau pompuan komen kat blog gosip pun berhemah mcm ni..

      0

      0
      • Abby Adabi says:

        Jom kita tanya amy pula dimana peranan beliau sebagai bapa apabila foto nabila mendedahkan payu daranya ketika menjalani penggambaran filem Saloma baru-baru ni..

        0

        0
        • hassan says:

          Jom kita tanya abby adabi pula dimana peranan beliau sebagai pengomen apabila nick name nya memperlekehkan nama artis ketika mengomen di blog beautifulnara baru-baru ni..

          0

          0
        • Abby Adabi says:

          @hassan

          Assalamualaikum..

          Teguran membuatkan kita terinspirasi..
          Teguran membuatkan kita mempunyai semangat..
          Teguran membuatkn kita semakin kuat..
          Teguram membuatkan kita matang..
          Teguran membuatkan kita untk berubah ke arah kebaikan..
          Tetapi teguran itu mestilah teguran yg TEGUH..
          Teguran Yang sentiasa membina..
          BUKAN TEGURAN YG MENJATUHKAN!!!!!!!

          Boleh tak saya katakan dalam ISLAM sebenarnya TIADA ISTILAH JAGA TEPI KAIN ORANG!!!
          kerana islam dibina atas dasar taqwa..bantu membantu..saling myayangi..saling menegur dan menasihati…

          Saya kagum dengan sesetengah org yg menegur secara berhikmah!!
          mengikut ciri-ciri kriteria nabi..para sahabat dan golongan salahfusaleh…

          0

          0
        • addy adadi says:

          apa kata abby adabi je jadi presiden seniman? semua benda pasal retis dia tau.

          0

          0
        • soleh says:

          ABBY ADABI
          “AKHLAK CERMIN KEPERIBADIAN MUSLIM”
          SILA AUDIT DIRI ANDA….TERIMA KASIH.

          0

          0
    • Abby Adabi says:

      Isu ni bkn masalah besar sgt utk amy search..Isu yg patut di hilightkan adalah mengenai akhlak anak beliau iaitu Nabila.

      Dimana tanggungjawab seorang ayah dalam mendidik dan menegur anak?Umum mengetahui nabila kini janda dan secara tidak langsung tanggungjawab mendidik di bawah tanggungjawab amy kembali kerana tidak mempunyai suami lagi..

      Sikap nabila tidak pernah berusaha untuk berubah patut di ambil berat oleh amy..Kontroversi demi kontroversi yang dilakukan oleh nabila ini lah yang mencalarkan reputasi amy sebagai bapa..

      0

      0
      • tacayunus says:

        assalamualaikum…

        abby adabi.. why don’t u write ur own entertainment blog… maknanya tulis blog gossip dan kupas ikut citarasa ko sendiri.. aku faham yang ko maybe cuba nak berdakwah atau what so ever… tapi kenapa ko mesti guna nick yang annoying..plus kata2 ko pun sangat annoying….

        tak payah nak menyemak kat blog beautiful nara nie nak jadi attention seeker.. it is so annoying buatkan aku rasa nak muntah.. lebih rasa nak muntah dari baca gosip murahan macam ni

        yes aku akui aku layan gosip2 gini… tapi kehadiran orang macam ko buat aku rasa nak muntah… segala gosip kat sini yes.. everyone patut jadikan iktibar.. tapi aku tak suka cara ko nak highlight about it…

        mungkin anak dia tak tutup aurat dan sebagainya.. tapi tu bukan hak ko nak menghakimi… hak ko menasihati dan ambik iktibar… kan? ko belajar agama.. patut lagi pandai dari aku…

        mana ko tahu anak dia yang tak tutup aurat tu.. satu hati nanti akan jadi lebih baik dari ko.. malah lagi dulu masuk syurga dari ko…

        tak payah nak keji sana dan sini pakai alasan agama ko… cermin diri.. muhasabah diri… stop commenting and ambik iktibar.. diam je bila ada gosip2 gini… segala yang ko tahu.. ko diamkan saja… lagi bagus dan berfaedah.. pahala ko pun tak berkurang dari ko kupas kes kes yang elok org tak tahu jadi tahu….

        sekian

        0

        0
        • Abby Adabi says:

          @tacayunus

          Terima kasih atas teguran anda..

          Ingat..

          Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

          Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

          Kita sering menilai siapa yang menegur, bukan apa yang ditegur.

          0

          0
      • gisele says:

        abby adabi, kdg2 kita tatau ape yg berlaku dlm keluarga tu..maybe amy dh nasihat & buat mcm2, nabila x dengar..

        0

        0
    • wannabe says:

      persatuan artis2 muflis.. eh awie pun ada..

      0

      0
    • wannabe says:

      persatuan artis2 muflis..

      0

      0
  2. lalala says:

    sabar jela. kena percaya dgn rezeki Tuhan .

    0

    0
  3. Anonymous says:

    banyak2 bersabar…saya pun da kena ccris angkara saudara sendiri..skrg ni sy dah lebih berhati2..dah susah nak percaya orang lain..dalam dunia ni jangan percaya sangat dengan orang lain hatta kawan baik sendiri..zaman la ni pasal wang manusia sanggup membunuh.. rompak, bunuh, samun, culik gara2 wang…

    0

    0
  4. sarahlee says:

    muflis dah….. Sedangkn adik beradik boleh memfuliskan sesama sendiri, ini kan pulak kawan baik… Nk bisnes tk perlu nk kwn baik2… Sume jenis bile nampak duit hilang pertimbangan…
    Tak sume kwn baik mcm tu, ade yg baik gak….cume jgn terlampau percaya… Kalau nk percaya baik percaya kepada RUKUN IMAN….ngeeeee

    0

    0
  5. reda says:

    rasanye xperlu nk salahkan kawan2 atau sesiapa..muhasabah je la diri sinri n ambik iktibar dr kesilapan ini..dari menyalahkan orang lain..pahala pn kurang dosa lg dpt..

    0

    0
    • Abby Adabi says:

      Setuju@reda

      Hidup manusia ni mmg kalau tak menyalahkan orang lain tak sah..Muhasabah diri abg amy oi..Dah tua dah pun tingkatkan lah amal ibadah..Rajin2 lah ke masjid berjemaah n berkawanlah dgn orang2 yang beriman dan beramal soleh..Jauhi kawan2 yg membawa kita ke lembah2 hina..

      Buat lah solat sunat hajat n taubat mohon keampunan kpd Allah dan kekuatan menghadapi saat2 getir dalam hidup ni..Allah iti maha mendengar lagi maha pengampun..

      0

      0
  6. paukaya says:

    awie la kawan die tu..hahahahahahahahaha

    0

    0
  7. fairus sulaiman says:

    petikan metro ..

    “Sebelum ini Amy menerusi syarikatnya menerima notis tuntutan pembayaran daripada Wanaf Logistics kerana tidak membayar kos perkhidmatan mereka untuk Konsert Search Di Awan Biru pada 2009.Dia dikatakan TIDAK MENGHIRAUKAN tuntutan itu menyebabkan Wanaf membawa kes ke mahkamah. ”

    WTF ? xpayah nak meraih simpati la bro ..diri kau yg salah .. dah orang bagi notis tu .. jumpa n bncang elok2 .jgan keras kepala sgat … ni kau biar je .pihak sebelah sana tu angin la … kan dah kena tindakan mahkamah .. .tgok macam fizo omar .. dia pun kena tipu gak 2 juta lagi .. tapi biler dia dapat notis bank .. dia cpat2 uruskan benda tu ..

    0

    0
  8. Abby Adabi says:

    SOLAT HAJAT (Untuk rujukan Amy)

    Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah …

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Kenapa ek …artis atau kebanyakan orang yang muflis suka salahkan kawan atau orang lain. Nak cover-up. Fizo pun macam tu juga salahkan orang tu orang ni. Tapi kalau tengok life style dia orang ….ayo..yo… Awie ok , dia tak hipokrit…mengaku kesilapan sendiri .

    0

    0
  10. melur says:

    ingt sblm plihnrya tu

    0

    0
  11. Abby ababas says:

    ..Abby adabi ni nk jd ustazah tp jadi sakai lak kt cni..siaann ko kn..ko n tnjuk pndai lak kt cni belagak cam tuhan..ko nk ceghabih tah pape ajaran sesat ko bkn kt cni la Abby oii..cube ko msuk club2 pastu ko ceghabih kt sinun lg baik dr dlm blog ni..byk tmpt lg elok ko nk becrita ajaran sesat ko tu..mcm ko je yg paling mulia..xde dosa..plesss lahh..len kali ko nk masuk kndg babi sile jd babi msuk kndg rimau sile jd rimau ye..sekian!!..ko nk balas ckp ak ni suke ati ko lahh..ade haku kesahh..lol..

    0

    0
  12. ME says:

    Jika kes begini berlaku..perlulah kita muhasabahkan diri..itu yg utama. Bila ianya trjadi mesti kita kata diri kita dianiaya oleh org itu & org ini,..kwan@sahabat baik yg sggup utk menjatuh@menjahanamkn kita. Sebb itu sentiasalh dengar setiap nasihat org tua. Sya brpegang pada nasihat org tua,..jgn prcya pada org w/pun kwan@shbat baik atau saudara mara…kalau adik beradik itu lainlah. Apa2 pun jika bab2 duit, tandatangan, pinjam meminjam atau apa2 saja kena lebih berhati@. Sekrg ni org mcm@ peelnya. Org pandang kita krna kita mudah percaya pada, org itu masalah kita sekrg dan sukar dibendung. Keberkatan itu penting, carilah ia walaupun hanya sebesar zarah sekali pun.

    0

    0
  13. saya tumpang simpati dengan en amy:(,sebenarnya ade jalan nak kuar dari masalah tu….sye harap tengok website ini…..link:http://toneexcel.biz/?id=163849
    kaji dulu atau jumpa org seperti saudara mazelan abas:)

    0

    0
  14. minah jambu merah biru says:

    tu pasal kawan yg tidor sebantal makan sepinggan tu semua tk boleh pecaya ! kaki tangan dlm perot ! bila dh tekena ha menyesal ! jaaaaaaaaangan pecaya kawannnnnn walau pon kawan baikkkkkkkkk paham !! hati orang kite tk boleh tau ! hanye tuhan aje yg tau ape niat dia ! sooooo hati2 ngan kawan baik ! jangan ada kawan baik la bagos huh !!

    0

    0
  15. anon says:

    Ala…biasalah tu, hidup kita ni kejap kat atas kejap kat bawah. Yg penting bangun and usaha balek. Ramai je org2 kaya yg muflis, then naik balek. Neway, wish you all the best Amy, err….and also Awie.

    0

    0
  16. shahna says:

    ni kes muflis sebab invest kt Lampe Berger dulu ke?? hewhew~~

    0

    0
  17. shahna says:

    muflis sebab invest berpuluh ribu kt Lampe Berger dulu ke?? hewhew..
    penulis lirik kwn nye tu..

    0

    0
  18. Akoo says:

    Org bercakap senang tp klu korank dah jumpa org yg lembut gigi bila nk minta tolong, ko pun x sampai hati. Ingat, kita di larang buruk sangka dgn kwn tpi bila kwn buat x baik pd kita, kita kena redha. Itu tandanya Allah sayang pd kita…Dia nk uji kita & menghapuskan dosa2 kita …..

    0

    0
  19. Otai Rock says:

    Kawan rapat biasanya boleh mengancam diri sendiri..gua dah terkena..member talam dua muka..dahla tak ensem muka rentung jln mcm unta..nasib gua baik la,kalo gua jahat gua dah tikam lu..sabor jela amy..

    0

    0
  20. Anonymous says:

    iyer..mmg sedih dikhianti kawan baik yg dianggap baik slme nih..
    xprnah trfikir dia akan khianat mcm nih..
    kite hanye hambaNYA..ALLAH s.w.t. shj yg m’blsnyer..

    0

    0
  21. hmm says:

    innalillahiwainnalillahiroji’un..
    dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali..
    Tuhan menguji hambanya2 untuk menguatkan kita..
    Semoga Amy belajar dari kesilapan lalu dan tabah melalui ujianNya..

    0

    0