Amran Tompel Terlantar Sakit, Dakwa AR Badul Dan Adlin Aman Ramli Tidak Pernah Ziarahinya

Hiburan

Amran Tompel Terlantar Sakit,  Dakwa AR Badul Dan Adlin Aman Ramli Tidak Pernah Ziarahinya

Amran Aman Ramli kini terlantar sakit di rumahnya di Senawang kerana serangan strok tahun lepas. Namun sejak terlantar pada November, dua adik beradiknya iaitu AR BAdul dan Adlin Aman Ramli tidak pernah menghubunginya apatah lagi menziarahi.
 Lapor Harian Metro, Amran mendakwa kesemua adik beradik yang lain menziarahinya tetapi tidak mereka berdua.

Apa salah saya sehingga mereka tidak langsung pedulikan saya. Jika tidak sempat untuk datang pun, tetap boleh hubungi saya, tetapi sehingga hari ini (semalam) mereka tidak langsung bertanya khabar.

Kalau saya pernah buat salah saya minta maaf. Saya tidak mahu nanti kalau saya mati bagaimana mahu minta maaf lagi.

Advertisement

Setakat ini hanya beberapa rakan artis termasuk presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave dan wakil Seniman datang melawatnya.

Amran memberitahu serangan strok itu menyebabkan dia tidak lagi dapat berniaga di kedai makan untuk menyara keluarga. DIa kini bergantung hidup kepada isteri dan empat anaknya, malah seorang anak lelakinya yang berusia 22 tahun terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya.

Sebelum itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia kurang mendapat tawaran berlakon dan berniaga kedai makan di Taman Melawati, Kuala Lumpur untuk menyara keluarga.

Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang menyebabkan mereka tidak menziarahi Amran tetapi sekiranya ada sebab tertentu yang menyebabkannya berlaku,mari kita doakan ia dapat diatasi segera. Walaupun berlainan ibu, mereka dikira saudara kandung juga kerana mempunyai bapa yang sama.

Antara lakonan Amran Tompel yang paling diingati ialah sebagai tukang kebun dalam filem 80-an, Keluarga 99.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...