Ammar Sudah Buang Gelaran Imam Muda : Sekali Lagi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Hiburan

Ammar Sudah Buang Gelaran Imam Muda : Sekali Lagi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Dikritik netizen kerana memuat naik status mempersenda kanak-kanak yang mati kerana jangkitan Difteria, Imam Muda Ammar telah membuat keputusan untuk membuang gelaran tersebut.

Advertisement

Malah, Ammar juga telah menukar nama akaun Facebooknya kepada Hamba Berdosa dan sekali lagi telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam permohonan maaf beliau, Ammar menjelaskan status berkenaan ditulis ketika beliau dalam persaan marah selepas membaca satu tulisan yang menyatakan kehebatan vaksin seakan menafikan kuasa Allah SWT.

Ammar juga mahu pandangan golongan Anti Vaksin dihormati tetapi tujuannya itu masih tidak dapat diterima oleh netizen.

Berikut adalah permohonan maaf terbaru  Ammar :-

Assalamualaikum Semua Rakyat Malaysia.

Sekali lagi saya ingin memohon maaf atas status sebelum ini yang mengundang kemarahan ramai. saya telah pun memohon maaf secara terbuka, Namun saya merasakan permohonan maaf sahaja tidak cukup . Saya merasakan perlunya penjelasan dibuat bagi menjernihkan ketelanjuran dan silap faham yang berlaku.

1. Saya memohon maaf kepada semua.

2. Status tentang vaksin yang agak kasar itu sepatutnya tidak ditulis. Sebenarnya ia adalah tindak balas daripada statement seseorang di fb yang terlalu menyalahkan ibubapa yang melarang anak mereka daripada divaksin. Sehingga tulisan itu seolah melebihkan kuasa vaksin daripada kuasa Allah SWT. Disini beberapa penjelasan :-

a) Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di fb yang mana tulisan itu seolah2 menafikan kuasa Allah SWT. Vaksin adalah asbab dan perantara, Tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah SWT . Apakah saya tidak merasa marah apabila seseorang mengatakan ada sesuatu yang lebih hebat daripada Kuasa dan Takdir Allah SWT. Tetapi tidaklah kita perlu meninggalkan Asbab dan perantara, kapal ingin berlayar perlukan air.

Jadi… adakah saya anti vaksin ?

b) Saya berpandangan terbuka dalam masalah vaksin kerana mendapati ramai yang menggalakkan penggunaan vaksin seperti Doktor Hospital dan ramai juga yang tidak mahu langsung menggunakan vaksin seperti Pengamal Perubatan Alternatif sebahagiannya. Sejak isu ini viral, ramai rakan2 menghantar mesej saya secara personal menyatakan sokongan mereka kepada saya.

Bagi saya pula, saya BUKANLAH anti vaksin . Demi Allah , saya membiarkan anak saya diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran. Kalau saya anti vaksin mana mungkin saya membiarkan anak saya disuntik Vaksin ? Dan saya menyarankan kepada ibubapa agar berbincang dengan para doktor dan pakar yang terbaik untuk anak mereka kerana mereka lebih arif. Tambahan pula, Fatwa telah mengharuskan dan menggalakkan vaksin, mana mungkin saya lebih arif daripada Doktor dan Mufti.

Mungkin ada yang mempersoalkan post saya sebelum ini (agak lama dahulu) di IG yang mana saya telah upload gambar yang dipetik daripada buku tulisan Jerry D. Gray dalam buku bertajuk Trust No One,Penulis telah menulis lebih daripada 50 muka surat berkaitan bahayanya vaksin. Post itu bertujuan ingin mendapatkan respon masyarakat tentang perkara yang ditulis serta jawapan daripada dakwaan penulis akan bahayanya vaksin. Tambahan pula ramai saudara mara saya yang turut menjadi rakan FB dan IG adalah dikalangan Doktor. Ianya sepertimana anda share status saya sebelum ini bukannya bertujuan setuju dengan status saya tetapi share tanda tidak setuju dan supaya saya dihentam. Post itu bertujuan mendapatkan respon daripada pakar yg terdapat dalam fb dan IG saya. Dan kalau benar dakwaan Jerry D, Gray itu yang mengatakan Vaksin adalah berbahaya, maka seharusnya kerajaan Malaysia menyekat kemasukan buku2 tulisan beliau kerana menimbulkan kekeliruan.

Jadi tulisan itu sebenarnya disebabkan rasa marah saya kerana seseorang Muslim menafikan kuasa Allah SWT, bukannya kerana anti vaksin. Apabila menulis dalam keadaan marah, maka tulisan saya agak keterlaluan dan jauh daripada maksud sebenar yg dimaksudkan. Jadi untuk kesekian kalinya saya mintak maaf.

Saya sedar yang tulisan itu tidaklah maksud sebenar yang dimaksudkan tetapi sebaliknya.

3. Saya bukanlah Doktor atau Mufti, Rujuklah kepada Pakar Perubatan anda.

4. Atas nasihat anda, saya telah buang title Imam Muda, jadi jangan libatkan Imam Muda yg lain. Saya hanyalah hamba berdosa.

5. Setiap manusia sering melakukan kesilapan, Jadi maafkan saya.

6. Saya bukan anti vaksin tetapi saya anti ucapan yang menafikan kuasa Allah,

7. Mungkin saya perlu hadiri kelas bahasa agar lebih tepat kepada maksud yang disampaikan.

8. Anda boleh Pm saya jika perlu kita berbincang dengan harmoni.

9. Maaf sekali lagi.

- Ammar

Terlajak perahu boleh berundur, terlajak muat naik status di Facebook habis satu Malaysia viral sehingga trending di Twitter.  Dalam sekelip mata sahaja kehidupan Ammar bertukar dan dihimpit kontroversi. Harapnya tiada lagi kes seperti ini akan berlaku lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...